You are on page 1of 2

Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara.

Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama untuk

menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya iaitu di Jalan Pulai, Baling, Kedah dimana tidak ketinggalan mengalami perkembangan dalam sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, jalan raya merupakan pengangkutan utama. Jalan Pulai merupakan jalan raya utama di sini yang menghubungkan Kuala Ketil dengan Pekan Baling. Jaringan jalan raya di Jalan Pulai adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Pekan Baling dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah. Pengangkutan awam adalah seperti diterangkan dibawah:Pengangkutan awam a) Bas awam b) Teksi

Jadual dan graf bar/palang di bawah menunjukkan bilangan dan jenis kenderaan yang menggunakan Jalan Pulai dalam tempoh masa pemerhatian iaitu 2 hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, 5.00 petang hingga 8.00 malam. Dari pemerhatian saya, penduduk sekitaran banyak menggunakan kereta ke tempat kerja dan pulang kerja dan tempoh masa kajian adalah tempoh paling sesak menggunakan Jalan Pulai pada waktu pagi dan petang.

You might also like