You are on page 1of 9

Hentian Glotis [] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), untuk menghasilkan bunyi hentian glottis, proses

berikut turut berlaku. 1) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. 2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glottis dan tidak akan dilepaskan. 4) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glottis [ ] yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah: a. Di awal perkataan: [ibu], [pada], [ikan], [ora]. b. Di tengah perkataan: [saat], [umaat], [kadaan], [soal]. c. Di akhir perkataan: [tida], [ana], [ka], [gala]. Manakala menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008) pula, beliau mengatakan bahawa bunyi hentian glottis adalah dihasilkan melalui : 1) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 2) Pita suara dirapatkan sepenuhnya. 3) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara. 4) Udara tersekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara. Antara contoh perkataan yang dihasilkan adalah seperti: a. Di awal perkataan: [ana], [ikan] b. Di pertengahan perkataan: [saat], [rayat] c. Di akhir perkataan : [lema], buda]

Hal ini dapat dijelaskan dengan melihat gambar rajah di bawah.

Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), untuk mengahasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang berikut turut berlaku: 1) Daun lidah dinaikan kearah gusi untuk membuat sempitan. 2) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekt udara daripada keluar daripada rongga hidung. 3) Pita suara dibuka(direnggangkan). 4) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. 5) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran guri tidak bersuara [s]. bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: a. Di awal perkataan: [saya], [sapu], suguh], [sdap] b. Di tengah perkataan: [basuh], [kasar], [dasar], [pasar] c. Di akhir perkataan: [habis], [bilis], [hiris], [bras] Manakala menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008) pula, beliau juga menyatakan perkara yang sama juga. Gambar rajah dibawah menunjukkan cara penghasilan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]

Geseran Glotis Bersuara [h] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glottis [h], proses berikut turut berlaku: 1. Pita suara dibuka(direnggangkan) untuk membuat sempitan kepada glottis. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat kelur melalui hidung. 3. Udara keluar denga menggeser malalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. 4. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan glottis bersuara [h]. Kehadiran bunyi ini adalah seperti berikut: a. Di awal perkataan: [habis], [hulur], [hantu], [higap]. b. Di tengah perkataan: [lihat], [tahap], [peha], [sehat]. c. Di akhir perkataan: [brseh], [lteh], [kaseh], [lbeh]. Gambar rajah menunjukkan cara penghasilan Geseran Glotis Bersuara [h]

Sisian Gusi Bersuara [l] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara: 1. Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membut sekatan pada arus uadara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara dirapatkan. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l]. Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut. a. Di awal perkataan: [lama], [lambat], [lampau], [lupa]. b. Di tengah perkataan: [slamat], [klat], [kilat], [bulat]. c. Di akhir perkataan: [tigal], [bkal], [pegal], [pukul].

Gambar rajah menunjukkan penghasilan konsonan sisian gusi bersuara [l]

Sengauan Bibir Bersuara [m] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), sengau dua bibir bersuara [m] dihasilakan melalui: 1. Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan. Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti berikut: a. Di awal perkataan: [makan], [malam], [mula], [masin]. b. Di tengah perkataan: [timun], [namun], [timur], [lima]. c. Di akhir perkataan: [salam], [silam], [dalam], [tilam]. Manakala menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008) pula, beliau mengatakan bahawa konsonan sengau dua bibir bersuara [m] adalah dihasilkan dengan: 1. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. 5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Gambar rajah menunjukkan penghasilan sengau dua bibir bersuara [m].

Sengau Gusi Bersuara [n] Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara: 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n]. Kehadiran bunti konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: a. Di awal perkataan: [nasi], [nuri], [naka], [naluri]. b. Di tengah perkataan: [knari], [binasa], [panas], [lontar]. c. Di akhir perkataan: [papan], [simpan], [lapan], [smbilan]. Gambar rajah menunjukkan penghasilan sengau gusi bersuara [n].

Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013), untuk menghasilkan bunyi ini, proses berikut turut berlaku: 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya udara daripada paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras-gusi bersuara []. Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: a. Di awal perkataan: [a i], [ata], [amo], [aok]. b. Di tengah perkataan: [baa], [mia], [taa], [sui]. Gambar rajah menunjukkan penghasilan Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

Sengau Lelangit Lembut Bersuara [] Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Abdullah(2013) lagi, bunyi konsonan lelangit lembut bersuara[] dihasilkan melalui proses yang berikut: 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekatkan udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara []. Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: a. Di awal perkataan: [aa], [iau]. b. Di tengah perkataan: [bua], [sia], [baga], [taga]. c. Di akhir perkataan: [tagu], [bara], [tanu], [gunu]. Gambar rajah menunjukkan penghasilan Sengau Lelangit Lembut Bersuara []

You might also like