You are on page 1of 21

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


: Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam Bab 1

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: x Menyatakan dan membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi x Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi x Menyatakan kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani, sukan dan rekreasi

1.0

PENGENALAN

RINGKASAN BAB 1.0 Pengenalan 1.1 Konsep dan Definisi Pengelolaan dan Pentadbiran 1.2 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan dan Rekreasi

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

OUM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

1.1

KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Merancang Menyediakan bajet Mengawal Mengarah Mengelola Menyediakan jadual pertandingan Membuat keputusan Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) (b) (c) Persediaan profesional Sikap profesional Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1

Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum. (b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

OUM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988). (c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik (Rajah 1.1)
Pengetua/Guru Besar

Penolong Kanan (Akademik

Ketua Panitia

Setiausaha

Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

Rajah 1.1: Organisasi panitia pendidikan jasmani di sekolah

(d)

Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani Memastikan digunakan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk

Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani Menyediakan perancangan tahunan panitia Memantau pengajaran pendidikan jasmani Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian alatan untuk panitia

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(ix) (x) (e)

Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia Merancang latihan dalaman

Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani. Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani bergantung kepada jumlah pelajar seperti berikut:
Jadual 1.1: Peruntukan Kewangan Pendidikan Jasmani Bil Murid Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 251-500 Orang 501-750 Orang 751-1000 Orang 1001 Orang atau lebih Peruntukan RM 300.00 RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f)

Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) (ii) (iii) (iv) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

OUM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

(v) (vi)

Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurangkurangnya sekali setahun. Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak. Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai. Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: x Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

x x x x x

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta pemindahan barang secara pukal. sorong bagi memudahkan

x x x x

(viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Duduk di atas bola Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

OUM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

Semak Kendiri 1.1


1. Guru-guru seharusnya diberi penerangan tentang tingkah laku pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Nyatakan tingkah laku tersebut 2. Nyatakan fungsi pengurusan sukan dan pendidikan jasmani? 3. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian. Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pengurusan jasmani dan rekreasi. Nyatakan? 4. Senaraikan tugas Ketua Panitia Pendidikan jasmani 5. Nyatakan objektif utama kurikulum pendidikan jasmani mengikut Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999. 6. Huraikan Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani.

1.1.2

Pengurusan Sukan

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(a)

Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. Peringkat Individu (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. Interaksi sosial yang baik. Mengasah kemahiran-kemahiran asas. diri individu dan

(b)

(c)

(d)

Peringkat Masyarakat (i) (ii) (iii) (iv) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna. masyarakat

(e)

Peringkat Antarabangsa (i) (ii) (iii) (iv) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. Memupuk persahabatan. Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

OUM

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. memenuhi

(b) (c) (d)

Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. (b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,

10

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa. (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan. Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis

(d)

(e)

(f)

(g)

OUM

11

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
7

Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi kedua-dua bidang ini perlulah dibangunkan serentak. (a) Sukan untuk Semua (Sukan Massa) Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua? Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia. Konsep Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup. Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara).

12

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat. Matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Malaysia Cergas MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Dengan kata lain MALAYSIA CERGAS adalah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Satu seruan ke arah membentuk gaya hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan lebih tinggi mutunya. Satu idea yang dilihat dapat mengurangkan masalah sosial. Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat. Satu dinamisme dalam kepimpinan. Satu proses pendidikan seumur hidup. Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

Matlamat MALAYSIA CERGAS bermatlamat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi lebih teratur dan berkekalan. MALAYSIA CERGAS juga bertujuan mendidik masyarakat mengenai sebab-sebab: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mustahaknya bersukan Di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal Apa aktiviti yang perlu dilakukan Batasan aktiviti bagi setengah golongan umur Kesesuaian aktiviti.

OUM

13

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak setiap lapisan masyarakat supaya memberi tindak balas positif dengan menyertai kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagiaan melibatkan diri dalam kegiatan fizikal. MALAYSIA CERGAS berkonsep mengajak rakyat Malaysia keluar rumah ke padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan untuk mengambil bahagian. MALAYSIA CERGAS menyeru setiap rakyat Malaysia tua dan muda, lelaki dan perempuan supaya merancang masa lapangnya untuk cergas menyertai sebarang kegiatan fizikal. Ini perlu dilakukan secara sukarela supaya kepuasan yang diperolehi akan lebih bermakna. Antara Kegiatan yang Boleh Disertai oleh Rakyat Malaysia Bidang SUKAN seperti Tenis, Bola jaring, Pingpong, Bola Tampar, Squash, Badminton, Menembak, Bola sepak, Golf, Taekwando, Karate, Hoki, Boling, Ragbi, Skating, Bola Tangan, Sofbol, Bola Keranjang, Judo, Sepak Takraw, Kriket, Tinju, Gusti, Memanah Membuat senaman dan latihan kecergasan seperti Joging berjalan, berbasikal, membuat senamrobik, latihan conditioning' melompat, angkat berat, bersilat, yoga atau tai chi, bina badan, gimnastik, bersenam, menyedut udara. Rekreasi fizikal luar seperti berkhemah, berkelah, mendaki bukit dan gunung, mengembara, berenang, meluncur layar, surfing', belayar, mendayung perahu, selam skuba, berkeno'orienteering', bermain wau atau gasing. Kecergasan, mengikut definisi bermaksud: mempunyai tenaga untuk membuat kerja-kerja harian tanpa merasa penat yang berlebihan; tenaga untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan seterusnya masih mempunyai tenaga untuk menghadapi apa-apa kecemasan yang (b) Sukan Prestasi Tinggi Penubuhan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi adalah berdasarkan kepada mesyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan Body Contact seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain lagi. Dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 25 September 2004, satu persetujuan telah dibuat untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pelaksanaan Pembangunan Sukan Teras ini khususnya di peringkat akar umbi. Dalam mesyuarat ini Jawatankuasa telah menamakan lapan (8) jenis sukan sebagai sukan teras yang perlu dibangunkan di semua peringkat khususnya peringkat akar umbi. Pada 14 Februari 2005, satu sesi pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat mengenai konsep dan hala tuju Program Pembangunan Sukan Teras ini. Seterusnya pada 31 Mac 2005, satu Blueprint telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu bagi mengemukakan Kertas Permohonan Peruntukan Program kepada Jawatankuasa Kabinet.

14

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Sukan Negara. Pada 16 November 2005, satu Majlis Pelancaran Logo Sukan Teras Prestasi Tinggi telah diadakan di Menara KBS, Putrajaya bagi memperkenalkan Program Pembangunan Sukan Teras Prestasi Tinggi ini kepada masyarakat umum. Pelancaran ini bertujuan untuk mendapat sambutan dan menarik lebih ramai penyertaan dalam kategori sukan ini dari seluruh masyarakat Malaysia Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai hasrat ini ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menubuhkan sekolah-sekolah sukan Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka Mendapat khidmat jurulatih luar negara Menghantar atlet berlatih ke luar negara

Pertubuhan-pertubuhan sukan akan merancang dan membangunkan programprogram jangka panjang untuk kecemerlangan sukan. Dalam merancang programprogram jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan oleh majlis sukan negara: (i) (ii) Jenis sukan yang mempunyai kemudahan dan di kenali oleh masyarakat Malaysia. Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

Objektif Sukan Berprestasi Tinggi Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras. Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai bangsa dan suku kaum. Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi (i) Mengenal Pasti Bakat Atlet-atlet yang dipilih untuk mengikuti program ini seharusnya melalui ujianujian tertentu yang berteraskan sains sukan. Melalui cara ini, atlet-atlet berbakat dapat dikenal pasti kemampuan dan kemahiran mereka dan seterusnya dilatih secara sistematik dan berpanjangan.

OUM

15

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

(ii)

Penambahan Bilangan Atlet Berbakat Bagi memastikan negara tidak ketandusan atlet-atlet berbakat, maka usaha perlu ditumpukan bagi mencari lebih ramai atlet berbakat dalam lapan jenis sukan yang telah dinamakan di bawah program ini. Melalui program Mengenal pasti Bakat (TID) yang berterusan, Talent Scouting yang menyeluruh adalah diharapkan lebih ramai atlet dikenal pasti dan diberi latihan yang sewajarnya di semua peringkat. Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah Penambahan bilangan atlet mestilah seiring dengan penambahan pusat-pusat latihan di peringkat negeri dan daerah. Melalui cara ini, pelbagai program pembangunan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan di semua peringkat. Persatuan sukan kebangsaan digalakkan untuk membuka lebih banyak pusatpusat latihan di seluruh negara. Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal Lebih ramai pegawai-pegawai teknikal diperlukan bagi mengendalikan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan di bawah program. Pihak persatuan sukan kebangsaan akan diminta untuk menganjurkan lebih banyak kursus-kursus bagi melatih lebih ramai pegawai-pegawai teknikal baru. Memperbanyakkan Peluang Pertandingan Melalui program ini, tumpuan akan diberikan untuk memperbanyakkan peluang bertanding kepada semua peringkat umur atlet yang terlibat dalam program ini. Para atlet akan diberi peluang untuk mengukur prestasi mereka di samping menilai keberkesanan program latihan yang diikuti. Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan Dalam perkara ini, kemampuan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan ahli-ahli gabungannya akan diberi perhatian sewajarnya. Tanpa persatuan sukan yang kukuh di akar umbi, pemilihan sukan tersebut sebagai sukan teras tidak akan bermakna.

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii) Penambahan Bilangan Jurulatih Program ini akan melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertaraf dunia. Melalui cara ini, kebergantungan kepada jurulatih luar negara akan dapat dikurangkan. Kursus-kursus jurulatih akan diadakan bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih baru yang berminat untuk turut bersama dalam program.

Semak Kendiri 1.2


1. Huraikan strategi dan pelaksanaan Dasar Sukan Negara. 2. Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. Atlet akan di beri peluang untuk bertanding pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mencapai hasrat ini? 3. Nyatakan Rasional Dasar Sukan Negara? 4. Berikan matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

16

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.2

PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Dalam subtajuk ini kita akan membincangkan falsafah serta kepentingan pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

1.2.1

Falsafah dan Kepentingan Pengurusan Pendidikan Jasmani, dan Sukan

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan. Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya. Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti pendidikan jasmani adalah berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Pendidikan jasmani merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan sistematik. Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika sukan. Secara amnya falsafah pengurusan pendidikan jasmani dan sukan bertujuan menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat. Falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga mengutamakan individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara bangsa dengan program sukan berprestasi tinggi.

1.2.2

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah pendidikan negara. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. Berdasarkan kepada prinsip:

OUM

17

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

(a) (b)

Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu: (i) (ii) (iii) Kecergasan Kemahiran Kesukanan

(c)

(d)

Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat

(e)

1.2.3

Prinsip Pengurusan Sukan

Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Berdasarkan kepada prinsip: (a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.

(b)

(c)

Semak Kendiri 1.3


1. 2. Nyatakan secara ringkas Falsafah pengurusan pendidikan jasmani. Nyatakan secara ringkas kepentingan pengelolaan dan pentadbiran sukan.

18

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RUMUSAN
x Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak . Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua.

x x

x x

x x x

x x

x x x x

OUM

19

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 1

x x x

Sukan prestasi tinggi bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi. falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.

PERKATAAN PENTING
x x x x x x x x x x x x x Psikomotor, Kognitif, Afektif, Sosial Emosi. Kurikulum Pendidikan Jasmani Organisasi Mesyuarat kurikulum sekolah Mesyuarat panitia pendidikan jasmani Rancangan tahunan pendidikan jasmani Perancangan belanjawan Peruntukan Kewangan pendidikan jasmani Stor Pendidikan Jasmani x x x x x x x x x x x x x x Kerjaya profesional Badan-badan amatur Profesional. Dasar Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara MALAYSIA CERGAS Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Sukan Prestasi Tinggi Mengenal pasti Bakat Pusat Latihan Negeri dan Daerah Falsafah pengurusan Pendidikan Jasmani Falsafah pengurusan sukan

RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara

20

OUM

BAB 1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM : Satu kesinambungan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

OUM

21

You might also like