You are on page 1of 3

REFLEKSI INDIVIDU NAMA NO. K/P NO.

MATRIK : : : MALIK RIDZUAN BIN MOHAMAD 820101035581 1CKH1106020

Pada tarikh 28 Julai 2012, para pelajar PPG-IPGKTI bagi unit Reka Bentuk dan Teknologi semester tiga telah diberi kursus elektif iaitu Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Kod bagi subjek elektif pertama ini ialah BMM3101 iaitu Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Pertama sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek ini iaitu En Abd Jalil bin Md. Yunus dan kawankawan seperjuangan kerana telah banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyiapkan tugasan BMM3101 bersama-sama dengan ahli kumpulan saya dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun bermacam-macam cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Pada mulanya, saya berasa kekok juga mempelajari subjek ini kerana sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai seorang guru tidak pernah mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah sebelum ini apatah lagi untuk menjenguk dan membaca huraian sukatannya. Namun, dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan sekelas perasaan tersebut dapat saya atasi dengan mudah sekaligus melenyapkan tanggapan saya bahawa mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah adalah sukar. Setelah menerima soalan kerja kursus ini, saya mengalami beberapa masalah dalam memahami kehendak tugasan ini. Saya telah memperuntukkan kira-kira tiga hari untuk benar-benar memahami kehendak tugasan tersebut dengan bertanya soalan kepada rakan-rakan dan juga pensyarah mata pelajaran. Memandangkan tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan, masalah yang saya hadapi ialah semasa menjalankan aktiviti secara berkumpulan iaitu kekangan masa untuk berkumpul sesama ahli kumpulan. Masalah ini timbul memandangkan keadaan ahli kumpulan yang
28

masing-masing tinggal berjauhan dan agak sukar untuk berbincang antara ahli kumpulan serta kesibukan setiap ahli pada tugas di tempat kerja. Untuk mengatasi masalah ini, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Mohd Iswandy dan Hishamuddin terpaksa mencuri masa pada cuti hujung minggu untuk berkumpul dan berbincang dan seterusnya menyelesaikan tugasan ini. Setelah memahami kehendak soalan, tanpa membuang masa saya terus mencari maklumat yang berkaitan melalui media cetak, internet dan juga daripada rakan-rakan. Pada mulanya saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini di Perpustakaan IPG Kampus Temenggong Ibrahim tetapi saya berasa tidak puas hati kerana maklumat yang diperoleh tidak banyak dan masa yang terlalu singkat. Tanpa berputus asa, saya kemudiannya mencari maklumat tambahan melalui teknologi yang ada kini iaitu internet. Kata pepatah ilmu dihujung jari amat s inonim dengan penggunaan internet kerana dengan hanya menekan kekunci pada komputer riba, saya akan dapat melayari laman web yang dikehendaki. Seperti sudah menjadi satu trend apabila tibanya musim assignment semua pelajar akan mula sibuk dan mengala mi tekanan sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan, begitu juga dengan saya. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan dalam tugasan ini, saya mula mengetahui kandungan sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Isi kandungannya meliputi objektif dan organisasi kandungan, kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, fokus utama dan sampingan, pemetaan kemahiran, konsep 5P, pengisian kurikulum, kemahiran bernilai tambah dan sistem bahasa. Skop dan bidang pembelajaran yang terkandung dalam subjek ini amat berguna bagi saya kerana selama ini saya tidak pernah didedahkan dengan sukatan pelajaran bahasa Melayu memandangkan di sekolah saya tidak mengajar subjek ini. Saya juga mendapat pengetahuan baru ketika melaksanakan projek ini iaitu pelbagai bentuk Pengisian Kurikulum dan jenis-jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang diperlukan dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang mana
29

agak asing bagi saya dan jarang didedahkan sebelum ini. Contohnya dalam Kemahiran Bernilai Tambah seperti kaedah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kajian Masa Depan dan sebagainya. Selain itu, pelbagai jenis bentuk Pengisian Kurikulum iaitu seperti Ilmu, Nilai Murni, Kewarganegaraan dan sebagainya juga boleh dicuba dan dipraktikkan oleh bakal guru untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu apabila mengajar di sekolah nanti. Budaya dan nilai-nilai murni seperti ini secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri pelajar dan seterusnya dapat melahirkan murid yang bertoleransi dan berbudi bahasa bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik. Selain memantapkan lagi pengetahuan mengenai kemahiran-kemahiran dalam pengajaran, ia juga memberi pelbagai idea untuk guru merancang dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya dan sekaligus dapat meningkatkan minat murid. Sebelum ini, saya memang lemah dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kerana kurang pendedahan seperti ini apatah lagi untuk mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Mungkin juga selepas ini, saya dapat mengaplikasikan beberapa perkara yang terkandung di dalam tugasan ini selepas memahaminya di dalam pengajaran dan pembelajaran saya apabila diberi kepercayaan untuk mengajar subjek ini nanti. Selain itu, dengan pendedahan-pendedahan seperti ini juga secara tidak langsung membuatkan saya lebih yakin untuk berhadapan dengan tugas guru dalam mendidik anak bangsa yang kian mencabar dewasa ini. Diharapkan, saya akan dapat mempraktikkan skil-skil yang telah ditimba dari mereka yang berpengalaman di IPG ini terutamanya para pensyarah dan rakan sekumpulan untuk kegunaan saya pada masa hadapan kerana saya percaya disebalik sesuatu yang baru itu terselit 1001 kebahagian dan pengetahuan. Sekian, terima kasih.

30

You might also like