You are on page 1of 13

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan makanan.

- air minuman yang tidak selamat - tiadakebersihan diri - pencemaran udara, makanan - kekotoran - pencemaran bakteria dan kuman

(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah (f) pendidikan kesihatan

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di sekolah-sekolah.


(a) Memberi makanan tambahan kepada muridmurid sekolah rendah,terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. (b) Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga (c) Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung. (d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. (e) Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri,kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. (a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah. 1. Rancangan Makanan Tambahan 2. Program 3K 3. Perkhidmatan Kesihatan 4. Perkhidmatan Pergigian 5. Sekolah Kawaan Larangan Merokok 6. Sekolah Bebas Denggi

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.


(a) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan tabiat sentiasa meminum susu. (b) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu. (c) Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosioekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma. (d) Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui (e) Penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita. Bincangkan punca pencemaran udara. (a) Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran. (b) Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya 4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah. (b) pertolongan cemas (c) keselamatan sekolah (d) pencegahan penyakit

(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita. Nyatakan program kesihatan sekolah masa kini (a) keselamatan makanan di kantin sekolah. (b) pertolongan cemas (c) keselamatan sekolah (d) pencegahan penyakit (e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah (f) pendidikan kesihatan

(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda. Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan Sekolah. melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan. Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan dilatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai asas kesihatan supaya mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Tugas sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah memerlukan mereka mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai asas kesihatan. 3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat kita perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang dilaksanakan lebih mantap. (a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat. (a) Memahami teras-teras utama PBSS (b) Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. (c) Bertanggungjawab untuk memastikan aktivitiaktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. (d) Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat. (e) Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif. (f) Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS.

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi membangkitkan kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan. (a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif program anti denggi. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditidan mortaliti. - menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada. - adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid untuk menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. - Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. - ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid - murid di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah. - ini juga menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat. (a) Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah (b) Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat. (c) Merancang aktiviti dengan mengambil kira: Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. (d) Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan. 4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas. (a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah. (a) Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri (b) Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. (c) Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam

rancangan sekolah. (d) Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan. (e) Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. (f) Mengawal penyakit yang berjangkit. (g) Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah. (h) Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah yang hendak dilaksanakan. Rawatan ringan dan kecemasan Kawalan penyakit berjangkit Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas muridmurid Perkhidmatan Pergigian Rujukan dan rawatan susulan Program imunisasi 5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media massa. (a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja premis makanan. (i) Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi. (ii) Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas. (iii) Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan

perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat. (iv) Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasake semasa. (b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat. (a) Kebersihan bahan mentah. (b) Pengendalian makanan yang bersih. (c) Kebersihan diri pengendali makanan. (d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi (e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. (f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. (g) Penyediaan makanan yang betul.

4.Nyatakan pegawai yang terlibat di dalam menilai perlaksanaan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Perlaksanaan PBSS akan dinilai secara berterusan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD). 5.Senaraikan EMPAT rasional kewujudan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). i. Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah. ii. Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu. iii. Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada keperluan semasa sekolah. iv. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan. 6.Nyatakan EMPAT objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). i.Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. ii.Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. iii.Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah. iv.Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya

1.Nyatakan tiga golongan sasaran di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat? i. Individu ii. Keluarga iii. Masyarakat

2.Nyatakan DUA fungsi polisi kesihatan sekolah. a. Menjadi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar berpandukan piagam kesihatan sekolah yang telah ditetapkan. b. Merancang dan mengawasi pelaksanaan program dan aktiviti polisi kesihatan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat kebangsaan atau sekolah.

3.Berikan tujuan program bersepadu sekolah sihat. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah.

setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

7.Penilaian PBSS di sekolah dinilai secara berterusan oleh pegawai yang berkenaan. Berdasarkan kenyataan ini, terangkan cara-cara bagaimana penilaian PBSS dilaksanakan. Penilaian dibuat dengan menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke sekolah-sekolah. Penganugerahan tahunan diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing. 8.(a) Nyatakan ENAM teras utama Program Bersepadu Sekolah Sihat. i. Polisi Kesihatan Sekolah ii. Persekitaran Fizikal Sekolah iii. Persekitaran Sosial Sekolah iv. Penglibatan Komuniti v. Kemahiran Kesihatan Diri vi. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (b) Berikan DUA peranan perkhidmatan kesihatan di sekolah. i. Memberi kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan kesihatan optimum dan pengamalan cara hidup sihat. ii. Mengesan masalah kesihatan, merawat, dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. (c) Sebagai seorang pentadbir apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan persekitaran fizikal sekolah selamat? i. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat, dan sihat. ii. Memastikan perseitaran bersih dan selamat untuk menggalakkan amlan kesihatan yang betul, mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan kemalangan di sekolah.

iii. Memastikan kantin, dapur asrama, dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat, dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan (Pengendalian Asrama).. iv. Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dengan mengenakan kompaun di bawah PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. v. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi vi. Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air, dan bunyi. 9.Kenal pasti EMPAT indikator dalam pemantauan dan penilaian tentang persekitaran fizikal sekolah. i.Peratus sekolah mempunyai rating lebih 70% untuk 3K (Keceriaan, Keindahan, dan Keselamatan) ii.Peratus sekolah mencapai lebih 75% rating bebas denggi di sekolah. iii.Peratus sekolah mencapai 75% rating premis makanan. iv.Peratus sekolah mematuhi 100% peraturan larangan merokok.

(b) Cadangkan LIMA peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dan masyarakat dalam menjayakan PBSS. i. Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. ii. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS. iii. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS. iv. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat.

v.

Memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan oleh sekolah.

(ii) Bincangkan LIMA aktiviti yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah: i. Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan adalah: a. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid. b. Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru. c. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. d. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. e. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid. iii. Khidmat Kaunseling Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih di setiap sekolah. iv. Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi: a. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. b. Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.

21.Definisikan perkhidmatan kesihatan yang diperkenalkan di sekolah-sekolah. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah mempunyai tujuan memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah dan merangkumi: i. ii. iii. iv. Penjagaan Kesihatan Pemakanan Promosi Kesihatan Rawatan Rujukan Penempatan Kelas Khas oleh: a. b. c. Doktor Perubatan dan Pergigian Jururawat Guru-guru.

22(a).Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan memberikan manfaat kepada murid-murid di sekolah. (i) Terangkan LIMA manfaat yang boleh murid peroleh daripada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. a. Membina kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat. b. Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna. c. Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah. d. Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. e. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

c. Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. d. Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga sekolah. e. Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. f. Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain. g. Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan. v. Pergigian Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan: a. Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh sekolah. b. Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan dentofacial oleh pergigian atau jururawat pergigian. c. Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas. d. Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian. e. Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid. f. Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian.

Antara penyakit yang berpunca dari pencemaran ialah: a. Demam Denggi Berdarah manusia melalui gigitannya. Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti membawa virus denggi akan memindahkannya kepada manusia semasa proses menghisap darah. Orang dewasa dan kanak-kanak mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi. Timbunan sampah di merata-rata tempat dan parit atau longkang yang tersumbat akan menyebabkan air bertakung dan sesuai menjadi tempat pembiakan nyamuk. Sistem pembuangan sampah yang tidak diurus secara sistematik ini menjadi punca merebaknya penyakit bawaan nyamuk ini. b. Malaria demam, menggigil dan sakit kepala. Sama seperti demam denggi, penyakit Malaria juga merupakan penyakit berbahaya yang disebarkan oleh nyamuk. Cuma bezanya, vektor Malaria adalah nyamuk Tiruk betina. Nyamuk Turuk boleh membiak di kawasan berpaya juga di tempat-tempat kotor akibat bahan buangan yang tidak terkawal. Malaria adalah disebabkan oleh parasit darah yang dibawa oleh nyamuk Tiruk betina. Nyamuk yang sama boleh menyebarkan malaria kepada sesiapa sahaja kerana parasit masih berkembang dalam badan nyamuk tersebut c. Disentri perosak seperti lalat dan lipas yang menyukai tempat kotor, gelap dan lembap. Pembawa habuk, kekotoran dan bakteria yang diperolehi dari sampah sarap atau kotoran ini akan mencemarkan makanan yang terdedah. Orang yang memakan makanan Disentri (Diarea) adalah penyakit bawaan makhluk Penyakit Malaria dapat dikenalpasri melalui gejala Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada

(b) Masalah kesihatan dan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar semakin meruncing pada masa kini. (i) Terangkan LIMA penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar.

tercemar itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Disentri. Umumnya Disentri disertai dengan gejala demam tinggi, sakit perut, muntah yang teruk, dan kerap buang air besar sehingga mengakibatkan kelemahan tubuh kerana kekurangan cairan (dehidrasi). d. Bronkitis dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahanbahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan mengganggu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. e. Keracunan Makanan pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia, menghidang dan menjual makanan. Mereka juga mengamalkan kelakuan atau amalan buruk seperti merokok, berbual-bual, bersin ke arah makanan, meludah merata-rata semasa menyedia dan menjual makanan. Kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan juga tidak diendahkan. Makanan dibiarkan terdedah kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal. Selain menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan atau layan diri oleh pelanggan. (ii) Bincangkan langkah-langkah pencegahan untuk setiap penyakit yang dinyatakan. a. Demam Denggi Berdarah - Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Keracunan makanan boleh berpunca dari sikap Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria

- Menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. - Melakukan semburan ke seluruh bahagian dalam rumah atau menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan dari digigit nyamuk. - Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. - Mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari kerana waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja. - Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. - Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga. - Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air. - Bersihkan persekitaran rumah dengan cara membuang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup. b. Demam Malaria memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakannya seperti paya di mana airnya bertakung. - Memakai baju dan seluar panjang, pasang net di tingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk. - Ubat chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria. c. Disentri langkah-langkah mengawal makhluk perosak ialah dengan cara:

- Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara

i. Langkah pencegahan yang tertumpu kepada

a. b. c. d. e. f.

Menutup ruang dan lubang yang boleh dilalui. Menjaga kebersihan premis dan persekitaran. Elakkan sisa makanan bertaburan. Menutup tong atau bekas berisi sampah. Mencuci peralatan dapur dengan segera selepas digunakan. Simpan semua bahan makanan di tempat bertutup yang tidak boleh dimasuki lipas.

- Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak menjadi punca jangkitan kepada orang lain. - Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas, memegang bahan mentah, mengangkut sampah sarap atau sisa makanan - Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis. - Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi. - Sentiasa tudung makanan yang dihidang. - Tidak menyediakan makanan terlalu awal. ii. Bahan mentah harus disimpan pada suhu yang rendah (<4C). - Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan. Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan. - Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong (chopping board) yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang. - Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau bendasing pada permukaannya. - Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad. iii. Serangga dan Haiwan binatang peliharaan adalah pembawa habuk,

ii. Mengamalkan mencuci tangan dengan betul terutamanya selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, dan sebelum memegang bayi. d. Bronkitis Perbuatan berhenti merokok, akan menyebabkan seseorang bekas perokok dapat bernafas dengan lebih selesa dan paru-paru akan mula sembuh. - Jauhi daripada pencemaran udara dan bahan-bahan kimia. - Elakan dari menyedut habuk atau wasap bahan kimia. Memakai topeng keselamatan atau alat-alat perlindungan lain apabila berada ditempat yang tercemar udaranya. - Melakukan senaman secara tekal untuk menguatkan otot pernafasan. Lakukan senaman sekurangkurangnya 3 kali seminggu. e. Keracunan Makanan kejadian keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi punca-punca pencemaran seperti berikut: i. Manusia (pengendali makanan mengorek hidung dan telinga serta menggaru kepala atau bahagian-bahagian lain pada badan/semasa mengendalikan makanan

- Berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok.

- Bahan-bahan mentah, terutama daging atau hasilnya

Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah

- Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan kekotoran dan bakteria. - Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

- Mengelakkan amalan buruk seperti merokok,

iv.

Bekalan Air dari sumber utama (contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah), pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

i.

Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.

Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung

ii. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk Tahun 1dan Tahun 6 bagi murid sekolah rendah dan Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 bagi pelajar sekolah menengah. iii. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid. iv. Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) mesti dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah tamat Tahun 6. v. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baru sekiranya seseorang murid atau pelajar berpindah sekolah. vi. Guru hendaklah member kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan. (b) Masalah kesihatan dan penyakit pada masa kini banyak bergantung kepada faktor persekitaran. Jelaskan LIMA jenis persekitaran yang memberi kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak i. Air minuman yang tidak selamat kimia dan unsur-unsur mikrobiologikal adalah di antara penyebab air tidak selamat untuk diminum. Kesemua bahan sisa toksik kimia mengandungi racun yang akan menjejaskan kualiti air bersih dan mengancam kesihatan jika diminum. Unsur-unsur mikrobiologikal mencemari air apabila sumber air dicemari oleh bahan-bahan buangan, kumbahan manusia dan haiwan. Ia akan menjejaskan kesihatan kerana boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit serta boleh menjangkiti pengguna air terutamanya kanak-kanak. Kandungan air yang dicemari oleh bahan sisa toksik

v.

Sisa dan Bahan Buangan mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah.

- Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang

- Bekas sisa dan sampah-sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas. 23.(a) Penekanan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah diberikan kepada kanak-kanak pra sekolah, murid darjah 1, darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Buktikan kenyataan di atas dengan SATU aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Penekanan diberikan kepada kanak-kanak Pra Sekolah, murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dalam aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah seperti Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah, Rawatan dan Tindakan Susulan, Khidmat Kaunseling, Pemakanan, Pertolongan Cemas, Pendidikan Kesihatan, dan Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Penilaian Status Kesihatan ialah satu aktiviti yang meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah. Ujian penglihatan dan kebersihan diri adalah di antara ujian saringan yang dilakukan oleh guru, jururawat dan doktor disamping aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti berikut:

ii.

Tiada kebersihan diri (kumpulanenterovirus) biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri.

dan pertanian. Keadaan ini boleh menjadi ancaman kepada kesihatan manusia termasuk orang tua dan kanak-kanak. Jerebu yang terhasil apabila kandungan udara yang mengandungi oksigen, nitrogen dan hidrokarbon bertindak dengan kehadiran cahaya matahari. Kehadiran jerebu di udara menyebabkan kesukaran untuk bernafas, pedih mata, pening dan rasa mual. Pendedahan kepada jerebu dalam jangka masa panjang mengundang bahaya kepada pesakit-pesakit yang mengidap asma dan sistem pernafasan. v. Kimia bahaya oleh para petani bagi mengawal serangan makhluk perosak daripada memusnahkan tanaman mereka. Penggunaannya yang tidak mengikut prosedur yang betul mengakibatkan berlakunya pencemaran udara, sungai, sumber air bawah tanah, tanah, tumbuhan dan makanan. Racun kimia ini mengancam kesihatan manusia melalui pernafasan, minuman, makanan dan melalui penyerapan di kulit. Organoklorin yang hadir di dalam susu ibu semasa penyusuan bayi akan mengancam kesihatan bayi. Racun kimia juga menjejaskan proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 24.(a) Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. (i) Apakah tujuan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat? a. b. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit.

Penyakit tangan, kaki, dan mulut disebabkan oleh virus

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun, terdapat juga keskes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung. iii. Sistem pembentungan yang tidak baik yang sempurna boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan penduduknya, Kewujudan beberapa kawasan berpaya yang menjadi habitat nyamuk Mansonia menyebabkan penduduk termasuk kanak-kanak di kawasan tersebut berisiko tinggi mendapat penyakit Untut. Penyakit Untut atau Kaki Gajah (Filariasis

Kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan

Racun kimia seperti racun makhluk perosak digunakan

Limpatik) adalah disebabkan oleh parasit dan virus


bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di, kawasan berpaya dan air bertakung sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah satu, atau keduadua kaki akan membesar akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis. iv. Pencemaran udara daripada pertumbuhan dan perkembangan pesat sektor industri dan kenderaan bermotor. Bahanbahan seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida dan beberapa lagi bahan lain menyebabkan udara tercemar. Begitu juga dengan aktiviti pembakaran secara terbuka sisa buangan perbandaran seperti plastic dan PVC (polyvinyl

Pencemaran udara secara luaran adalah berpunca

chloride), juga hutan-hutan bagi kegiatan ekonomi

(ii) Cadangkan LIMA langkah dalam meningkatkan persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat. a. Memastikan persekitaran bersih dan selamat untuk menggalakkan amalan kesihatan yang betul, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kemalangan di sekolah. b. Memastikan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama). Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkini. c. Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru akan diwakilkan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. d. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994. e. Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara, air dan bunyi. 25.(a) Bandingkan PROSTAR dan Program Doktor Muda dari segi definisi masing-masing. PROSTAR adalah singkatan daripada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja,satu program pencegahan AIDS di kalangan remaja dan dilaksanakan pada tahun 1996 hingga 2000. Manakala Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan yang diperkenalkan pada tahun 1989. Ia disertai sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Murid-murid ini dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa i.

aspek kesihatan yang relevan. Seterusnya bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan rakan-rakan, anggota keluarga dan masyarakat. 33.(a) Nyatakan tujuan progam susu untuk sekolah. Program Susu Sekolah merupakan program Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu di kalangan murid-murid dari peringkat awal selain daripada memastikan muridmurid menerima makanan-makanan berzat. (b) Nyatakan TIGA program yang di laksanakan di sekolah bagi meningkatkan kualiti kesihatan. Program Kesihatan Pergigian Sekolah ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iii. Program Susu Sekolah (c) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah mengandungi komponenkomponen berikut: i. Pendidikan Kesihatan a. Menerangkan jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. b. Pendidikan kesihatan termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. c. Bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat. d. Diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan yang bijak bagi

menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan mereka. ii. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah sokongan kesihatan sekolah yang diberikan termasuklah oleh: a. b. c. d. e. 2. a. b. c. d. e. f. Pasukan Kesihatan Sekolah Jabatan Kesihatan Kementerian Kesihatan Pihak swasta Pertubuhan-pertubuhan sukarela b. Di antaranya termasuklah bentuk perkhidmatan seperti berikut: Rawatan ringan dan kecemasan Kawalan penyakit berjangkit Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid Perkhidmatan Pergigian Rujukan dan rawatan susulan Program imunisasi c. a.

aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama meliputi: Penyediaan tandas yang mencukupi untuk muridmurid dan kakitangan; Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna.

1. Bentuk perkhidmatan dan khidmat-khidmat

iii.

Keadaan Hidup Sihat di Sekolah

a. Sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari. b. Persekitaran sekolah perlu dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah. c. Persekitaran sekolah yang selesa sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang konduksif kepada proses pembelajaran dan pengajaran. iv. Kerjasama antara Sekolah dan Masyarakat untuk Kesihatan Kerjasama di antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan

You might also like