You are on page 1of 2

www.zahrein.

com

Kuliah Maghrib
Tarikh: 1 february
Tempat : Masjid Gelugor
Pencermah: Ustaz Mohd Izhar Habib

Perangai orang Yahudi:

[109]
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat
mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul
dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad
s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah
datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Mereka memesongkan umat islam hingga menjadi kafir. Kadang-kadang perangai orang
Yahudi sama dengan orang islam. Lihatlah bagaimana kita meniru akan cara kehidupan
meraka dari segi pakaian, pertuturan dan pergaulan. Ini menunjukkan kita mengikut
jejak langkah yahudi dan nasrani.

Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa memeriksa diri kita sendiri akan hal ini.
Perangai Yahudi dan nasrani akan menimbulkan keraguan pada umat islam.

Ciri-ciri Yahudi:

1. Menimbulkan keraguan
2. Tidak menerima kandungan kitab Allah S.W.T.
3. Mereka bergerak atas Assabiyah.

Kita harus mencontohi tentera-tentera islam yang ketika dahulu pernah menawan
Rom dan Parsi. Walaupun mereka kekurang dari segala macam, namun mereka
tetap menang. Allah beri mereka kemenangan. Hanya hamba Allah dapat
menewaskan Pihak Rom dan Parsi. Bantuan Allah hanya akan turun kepada orang
yang mengingati Allah.. Jika kita ingat kepada Allah, Allah akan ingat kepada kita.

Lebih banyak ingat akan Allahm Allah akan ingat kepada kita. Ketika ini Negara
Palestin sedang diserang oleh puak Yahudi. Jika kita perhatikan sejarah, semenjak
yahun 1897 lagi pihak Yahudi telah bersedia atau merancang untuk menawan Negara
palestin.

Oleh sebab itu kita wajib menolong dan membantu orang islam di Palestin. Ini adalah
kerana ia adalah tanah mereka dan hak mereka sudah dicerobohi. Pihak yahudi
suka merosakkan pegagan orang islam dengan keraguan. Apabila timbul keraguan,
mereka akan pecah belahkan umat islam. Dalam Negara kita ada perangai Yahudi.
Bergerak atau Assabiyah adalah perangai Yahudi.
www.zahrein.com

Pada masa dahulu kaum Yahudi adalah bangsa yang terbaik pada masa dahulu.
Orang yang mempunyai nilai tinggi adalah orang yang tidak takut kepada makhluk
tetapi takut kepada Allah S.W.T.

Cuba kita fikirkan diri kita sendiri, bagaimana kita ingin melawan Yahudi jika kita
ikut perangai yahudi. Pada ketika ini kesatuan Islam tidak seperti dahulu. Orang
Islam yang sebenar , tidak boleh tengok orang lain susah. Kalau orang lain sakit,
orang lain pun kena rasa sakit.

Oleh yang demikian kita kena tahu akan nilai Islam dan ajaran yang sebenar. Kita
kena ikut ajaran islam dengan bersungguh-sungguh. Jika kita ingin Allah menjaga
kita, kita ikut hukum Allah. Kita kena laksanakan hukum yang terdapat dalam Al-
Quran. Kerana ajaran islam adalah ajaran yang tepat dan padu.

Janganlah kita berpikiran seperti orang kafir. Janganlah kita berfikiran seperti orang
Yahudi. Kita ada 2 perkara yang harus kita pegang iaitu AlQuran dan AsSunnah.
Kita dikehendaki memartabatkan AlQuran sehingga kita mati. Kita kena ikut
petunjuk Al-Quran. Jangan kita jadi buta Quran, jangan kita lupa akan Al-Quran.
Jika kita buta Al-Quran, kita akan dibutakan pada hari akhirat kelak.

Surah Al-Zummar ayat 59

[59]
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun
datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah
mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau
telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"

Janganlah kita menjadi pendusta. Muka kita kan menjadi hitam bila di akhirat kelak.
Wassalam.

You might also like