You are on page 1of 9

1. BIODATA 2. UCAPAN PENGHARGAAN 3.

KITARAN HIDUP HAIWAN a) KATAK b) RAMA-RAMA c) AYAM d) NYAMUK

2 3 4 6 8 9

NAMA : AINA SYUMAIRA BINTI MOHD ASRI UMUR :10 TAHUN TARIKH LAHIR : 17 OGOS 2003 HOBI : MENUNGGANG BASIKAL CITA CITA : GURU BAHASA ARAB SUBJEK KEGEMARAN : BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM ADIK-BERADIK : 3 ORANG NAMA IBU : NOR SELINDA BINTI HASHIM NAMA BAPA : MOHD ASRI BIN AHMAD

Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana dengan nikmat dan kurniaanya saya dapat menyiapkan folio ini. Jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran sains iaitu Puan Rafiah binti Omar kerana memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan folio Kitaran Hidup Haiwan. Seterusnya jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada datuk , nenek ,ibu dan ibu saudara kerana membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan folio ini. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan dalam berkongsi pandangan dan idea.

Peringkat 1 Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya.

Peringkat 2 (Berudu) Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.

Peringkat 3 (Berudu mula berubah) Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput.

Peringkat akhir (Katak) Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

Peringkat 4 (Hampir menjadi katak) Lama kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Iamenanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru paru semakin menjalankan fungsinya.

Peringkat 1 : Telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas. Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva


Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas. Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang. Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

Peringkat 3 : Kepompong / Pupa

Pada tahap ini transformasi akan berlaku Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk. Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain. Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

Telur : Ayam betina bertelur di dalam sarang. Dalam telur ada embrio. Embrio akan membesar menjadi anak ayam dalam masa 21 hari. Ayam betina perlu memastikan telur telurnya dipanaskan. Kulit telur yang keras melindungi embrio di dalamnya. Anak ayam mematuk kulit untuk menetas keluar. Ini boleh mengambil masa sehingga satu hari. Anak ayam : Anak ayam berada dalam keadaan lembap apabila ia menetas. Bulunya akan mengering dengan cepat. Anak ayam boleh berjalan selepas ia menetas. Anak ayam makan biji benih, serangga, dan cacing. Bulu anak ayam akan tumbuh dengan lebih banyak dalam masa 4 minggu. Balung ayam akan tumbuh di atas kepala ayam. Anak ayam akan menyerupai induknya sepanjang mereka membesar. Ayam dewasa : Anak ayam membesar menjadi ayam dewasa dalam masa enam bulan. Anak ayam betina membesar menjadi ayam betina. Anak ayam jantan membesar menjadi ayam jantan. Ayam betina kemudian akan bertelur.

You might also like