You are on page 1of 4

ELEMEN ALAM SEKITAR

Elemen alam sekitar merupakan elemen terakhir dalam Pedagogi Relevan Budaya. Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. Sekitar pula bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004) Manakala merujuk Kamus Dewan pula, alam ialah dunia, bumi. Dan Sekitar pula ialah sekeliling. Justeru itu, maka perkataan alam sekitar ini adalah lebih kepada apa sahaja yang melingkungi kehidupan manusia.

Kehidupan manusia yang telah lama bersahabat dengan alam sekitar dan juga sentiasa berkait rapat dengan alam sekitar menjadikan alam sekitar suatu elemen yang paling baik untuk digunakan dalam pedagogi releven budaya. Sejak dahulu lagi kehidupan manusia saling bergantung dengan alam sekitar dan maju seiring dengan perubahan alam sekitar. Alam sekitar mempengaruhi cara hidup, petempatan, ekonomi, dan kepercayaan manusia (Chen Mun Theng.2010). Contohnya persekitaran yang maju dan membangun seperti di ibu kota Kuala Lumpur telah merubah cara hidup manusia di sana. Dengan kerja yang tidak pernah tidak habis menjadikan manusia di bandar-bandar besar sebagai sebuah mesin dan hamba kepada kerja. Tidak hairanlah jika kita lihat kehidupan di bandar sebagai suatu hari yang berulang-ulang sama seperti hari yang sebelumnya. Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung

kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Alam sekitar juga mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan manusia yang percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia. Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan panahan petir dan sebagainya mempunyai semangat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah (Jemali. 2008). Pemilihan sesuatu perkara yang

melibatkan keadaan alam sekitar seperti amalan feng shui dalam masyarakat cina menunjukkan alam sekitar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Kesemua perkara ini mempunyai kaitan terus dengan budaya seseorang murid kerana mereka telah selalu berinteraksi dengan alam sekitar. Justeru itu, guru bolehlah memanfaatkan sumber alam sekitar untuk menghubungkaitkan

pengetahuan murid di rumah dengan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Contoh aktiviti yang menggunakan elemen ini adalah murid diminta menyenaraikan tumbuhan herba masyarakat setempat yang masih digunakan hari ini. Mereka boleh mendapatkan bantuan daripada golongan dewasa iaitu ibu bapa untuk mendapatkan maklumat mengenai tumbuhan herba mengikut kepercayaan etnik yang mempunyai kelebihan yang tersendiri (Noriati A. Rashid. 2011). Dengan ini, murid dapat memupuk minat terhadap tumbuhan herba kerana lebih mengetahui dengan jelas tentang tumbuhan herba ini. Unsur alam sekitar yang lain seperti suasana kampung tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh guru. Keindahan kampung boleh diterjemahkan ke dalam bentuk interaksi antara murid dalam kelas atau makmal sains di mana murid lebih cenderung untuk menunjukkan sifat sebenar apabila guru bijak menggunakan unsurunsur kehijauan. Apabila persekitaran pembelajaran berkait rapat dengan alam sekitar murid, murid akan mampu menghubungkan pengalaman di rumah dan sekolah serta memenuhi keperluan kurikulum (Ee Ah Meng. 1998) Elemen alam sekitar juga membantu dengan memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru (Noriati A. Rashid. 2011). Contohnya, cikgu sains meminta murid membawa satu jenis daun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Murid telah mempunyai pengalaman bermain dengan daun-daun di persekitaran mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencari jenis daun tersebut. Seterusnya membantu guru meneruskan pengajaran dengan lebih lancar kerana murid telah mengetahui serba sedikit tentang daun tersebut.

Bibliografi Buku Zuhdi Marsuku (2002). Etika Alam sekitar Daripada Perspektif Islam, Timur, dan Barat. PTS Publication, Kuala Lumpur. Ee Ah Meng (1998). Pendidikan Di Malaysia II (semester V). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Internet Jemali (2008). Alam Sekitar. Diakses pada 29 Februari 2013 dari laman

http://fastnote.wordpress.com/alam-sekitar/ Chen Mun Theng (Ogos 15, 2010). Alam Sekitar- Definisi Alam Sekitar. diakses pada 28 Februari 2013 dari laman http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/definisi-alamsekitar.html

Gerbang Maya Pusat Rujukan Persuratan Melayu.Dewan bahasa dan Pustaka. Diakses pada 27 Februari 2013 dari laman http://prpm.dbp.gov.my/

You might also like