You are on page 1of 6

Pendekatan Discipline Based Art Education (DBAE)

PSV3107
Siti Rashidah Bt Muhammad Zura Bt Mamat Nurul Syazwani Bt Mohd Raduan Wan Nur Asma Amira Bt Wan Zulkifli

Pendekatan DBAE (Discipline-based Art Education)

Dalam Pendidikan Seni berasaskan disiplin ini merangkumi empat bahagian iaitu: 1) Menghasilkan produk seni. 2) Mengkritik seni 3) Sejarah seni 4) Estetika

Menghasilkan produk seni


Aktiviti menghasilkan produk seni membantu pelajar berfikir secara bijaksana dalam mencipta imej-imej visual. Membantu mereka untuk mencipta imej yang mempunyai tenaga ekpresif, celik akal (insight) dan pandai mencipta.

Memberi kritikan seni


Manakala, melalui kritikan seni, ia akan membantu keupayaan pelajar untuk melihat, bukan sekadar memandang tetapi keupayaan melihat dengan teliti. Melalui pemerhatian yang teliti ini, pelajar dapat membina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya yang berselerakan dengan hasil kerja seni yang formal.

Memberi kritikan sejarah


Disiplin sejarah pula dapat membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni.

Hasil peninggalan seni yang meninggalkan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasi dimensi masa, ruang serta bangsa yang berlainan.

Estetika
Disiplin estetika merupakan satu disiplin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni. Manusia sentiasa membuat penilaian. Melalui penilaian, kita akan berhujah dan memberi pendapat mengenai sesuatu nilai. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni.

You might also like