You are on page 1of 12

LIMA PAHLAWAN Pemikiran Perjuangan sekumpulan anak muda untuk menegakkan keadilan, taat setia kepada raja, dan

mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjuangan Lima Pewira, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir , dan Hang Lekiu melawan lanun-lanun di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas agar mereka kembali taat kepada raja dan mematuhi undang-undang serta peraturan negeri untuk kebaikan negeri Melaka pada masa hadapan Persoalan Persoalan ketaatan kepada raja Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah mempamerkan ketaan kepada raja yang tidak berbelah bagi biarpun nyawa mereka berada dalam keadaan berbahaya Persoalan kepatuhan kepada undang- undang dan peraturan Keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan Persoalan bersatu padu untuk menewaskan musuh. Hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh WATAK DAN PERWATAKAN Nakhoda Antah Berantah Seorang ketua lanun Nakhoda kapal Samudera Buas Mempunyai ramai anak kapal Seorang ketua yang bijak Contoh : Nakhoda Antah Berantah telah mengarahkan orang-orangnya mengawal kawasan sebelum berjumpa Jebat. Seorang yang tidak taat kepada raja dan peraturan negeri. Membenci pendatang asing yang sombong. Berani menyahut cabaran dan tegas. Ketua yang adil dan menepati janjinya. Boleh dilihat melalui semua janji yang dibuat dengan Hang Tuah serta sahabatnya. Seorang nakhoda yang sangat kuat dan mashyur.

Nakhoda Antah Berantah yakin sekiranya dia bersama Samudera Buas kembali ke Angkatan Diraja, kapal-kapal yang lain akan mengikut jejaknya. Hang Tuah Seorang hulubalang negeri Melaka. Mempunyai empat orang sahabat, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Saudara yang paling tua antara sahabatnya. Seorang pahlawan yang gagah dan berani. Hang Tuah berani menolak pelawaan Nakhoda Antah Berantah agar menjadi lanun walaupun Hang Tuah tahu akan akibatnya jika menolak pelawaan itu. Seorang yang penyabar. Seorang yang tabah menghadapi seksaan daripada Juragan Kilat Bersiung. Seorang yang berbudi pekerti yang baik. Contohnya Dia meminta Hang Lekiu menjawab pertanyaan Juragan Kilat Bersiung. Taat kepada raja dan undang-undang. Hang Tuah mengakui bahawa dia taat kepada rajanya dan mematuhi peraturan negeri. Juragan Kilat Bersiung Seorang pegawai lanun kapal Samudera Buas. Memandang rendah terhadap keupayaan orang lain. Seorang begitu angkuh, sombong, ganas, dan kejam. Contohnya beliau telah menyeksa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang lain . JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! (Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur). (Halaman 193) Tidak taat kepada raja dan peraturan. Keras kepala. Tidak bersetuju dengan niat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menghadap Raja. Hang Jebat Hulubalang negeri Melaka. Seorang yang berani. Pahlawan yang gagah. Dibuktikan apabila beliau telah membunuh Juragan Kilat Bersiung (pegawai lanun kapal Samudera Buas yang ganas dan kejam) Seorang tidak sabar dan mahu bertindak melulu.

HANG JEBAT: Pada fikiran saya, Abang Tuah, baik kita mengamuk semua yang di dalam kapal ini sekarang juga. Tentu hulu hilirnya. (Halaman 206) Menghormati Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Mendegar semua arahan yang diberikan oleh Hang Tuah kepadanya. Taat kepada raja dan patuh kepada peraturan dan undang-undang. PLOT Permulaan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya telah ditangkap di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas. Jurugan Kilat Bersiung begitu marah terhadap mereka kerana mereka telah membunuh dua orang anak kapal Samudera Buas. Perkembangan Juragan Kilat Bersiung telah menyiksa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah telah memberi pilihan kepada Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk menjadi anak kapal di atas kapal Samudera Buas. Permintaan Nakhoda Antah Berantah telah ditolak oleh Hang Tuah kerana taat kepada raja dan lebih rela mati daripada ingkar terhadap peraturan dan undang-undang. Puncak/Klimaks Juragan Kilat Bersiung telah diserang oleh Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Perundingan berlaku antara Nakhoda Antah Berantah dengan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah telah bersetuju dengan cadangan Hang Tuah untuk pergi menghadap raja dan balik menyertai Angkatan Diraja. Penurunan Pendirian Nakhoda Antah Berantah untuk pergi menghadap Raja tidak dipersetujui oleh Juragan Kilat Bersiung. Juragan Kilat Bersiung sanggup mencabar Nakhoda Antah Berantah kerana tidak bersetuju untuk pergi menghadap Raja. Nakhoda Antah Berantah memutuskan agar Juragan Kilat Bersiung berlawan dengan Hang Jebat dan jika Hang Jebat menang, Nakhoda Antah Berantah akan kembali menghadap raja dan jika Hang Jebat kalah, semua sahabatnya akan dihukum mati. Peleraian Juragan Kilat Besiung telah kalah di dalam perlawanan bersama Hang Jebat. Nakhoda Antah Berantah telah meminta anak kapalnya untuk menukar haluan kapal dan Nakhoda Antah Berantah sedia untuk menghadap raja. Teknik Penceritaan. Saspens. Saspens ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Teknik ini digunakan oleh pengarang sewaktu Juragan Kilat Bersiung ditawan oleh Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya yang menggambarkan Juragan Kilat Bersiung dengan pendirian Nakhoda Antah Berantah untuk kembali tunduk kepada raja. Secara tidak langsung, pembaca akan tertanya-tanya sebab Juragan Kilat Bersiung menentang Nakhoda Antah Berantah. Contohnya: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Tidak! Selama Juragan Kilat Bersiung masih bernafas lagi, selama itulah kapal ini tidak menyembah balik kepada raja. HANG JEBAT: Apa gerangan maksud juragan? (Hal 207) NAKHODA ANTAH BERANTAH: Nah Juragan! Apa pula fikiran kau? Kau sudah tengok salah seorang budak ini berlawan dengan Lela Tunjang, harimau berantai kita. Tunjang mati. Kau sanggup? JURAGAN KILAT BERSIUNG: Dengan datuk sendiri saya sanggup! (Halaman 208) Dialog. Teknik dialog ini merupakan teknik yag menguasai keseluruhan teks drama ini. Teknik ini digunakan bagi menghubungkan interaksi watak antara satu sama lain. Interaksi ini menghubungkan jalinan serta kesatuan cerita yang menarik. Contohnya: NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi? HANG TUAH: Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang. (Halaman 198) LATAR MASA Mengambil masa yang singkat iaitu tidak sampai satu hari. Waktu senja Contoh: Permulaan awal drama yang melibatkan peristiwa Hang Tuah dan sahabatnya ditangkap di atas kapal Samudera Buas. Waktu malam Contoh: Peristiwa pembunuhan Juragan Kilat Bersiung oleh Hang Jebat pada waktu malam . Zaman silam yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Contoh: sejarah keagungan Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana pada zaman pemerintahan Melayu Melaka. LATAR TEMPAT Secara keseluruhan hanya menggunakan satu latar tempat, iaitu di atas kapal lanun yang bernama Samudera Buas. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang patuh dan setia kepada raja.

Contoh: Kesetiaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya mewakili masyarakat yang sentiasa taat kepada raja dan menghormati kedaulatan sesebuah negara. Masyarakat yang berani menegakkan keadilan dalam hidup. Contoh: Hang Tuah serta semua sahabatnya memperlihatkan masyarakat yang berani menegakkan keadilan walaupun menghadapi tentangan musuh yang mencabar. Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi. Contoh: Nilai tanggungjawab yang tinggi untuk menentang musuh dapat dilihat pada watak Hang Tuah serta semua sahabatnya yang bertanggungjawab membantu negeri Melaka menghapuskan lanun-lanun yang berleluasa di lautan tanpa mengikut undangundang. Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contoh: Juragan Kilat Bersiung mewakili masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dia sanggup menyeksa Hang Tuah serta semua sahabatnya dengan kejam dan zalim. Masyarakat yang berpendirian teguh. Contoh: Hang Tuah mewakili masyarakat yang berpendirian teguh. Biarpin ditawarkan untuk menjadi hamba dan terus hidup, tetapi mereka tidak menerima pelawaan Nakhoda Antah Berantah. NILAI Bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab sangat penting di dalam kehidupan. Hang Tuah dan semua sahabatnya memiliki nilai tanggungjawanb yang tinggi untuk menegakkan keadilan bagi menjana keselamatan negeri Melaka. Pengorbanan. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup berkorban dan mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar jauh daripada ancaman musuh. Keberanian. Keberanian Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk melawan musuh perlu menjadi contoh kepada genarasi masa hadapan. Keberanian ini berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Sabar. Kesabaran akan membawa kepada kejayaan. Hang Tuah serta semua sahabatnya begitu sabar walaupun diseksa dengan teruk sewaktu ditawan dalam kapal Samudera Buas. Kesetiaan. Kesetiaan kepada raja dan mematuhi undang-undang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Walaupun Hang Tuah dan semua sahabatnya tahu mereka akan dibunuh, namun mereka tetap setia dan tidak berpaling tadah kepada lanun-lanun.

PENGAJARAN Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada segala ancaman musuh. Kita hendaklah menghormati undang-undang dan taat setia kepada raja. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita. HIKAYAT PUTERA JAYAPATI Ringkasan Persitiwa 1. Kisah bermula dengan Putera Jayapati dengan perasaan gembira menuju kerumah Malik Indera untuk mendapatkan pendahan (lembing pendek) ms 86. 2. Kedatangan Putera Jayapati (PJ)disambut mesra oleh Malik Indera suami isteri. Menjelang petang PJ membersihkan diri/mandi lalu menikmati makan malam yang disediakan. 3. PJ mencitakan (menggunakan kesaktian) mewujudkan kudanya Janggi Aspur untuk membawanya terbang ke mahligai tuan puteri Cendera Nurlaila. Apabila tiba di mahligai tuan puteri, PJ menyuruh kudanya pergi dan datang semula apabila dipanggil. Janggi Aspur pun ghaib. 4. Tuan puteri sangat gembiramenerima kedatangan PJ sehingga tidak mahu berpisah. 5. Episod seterusnya menceritakan peristiwa Raja Indera Wirana memberitahu tentang kedatangan kekandanya Raja Indera Peri membawa bersama puteranya Ranjuna (tunang tuan puteri)untuk mengahwinkan mereka kepada Raja Gangga Wijaya (ayahanda tuan puteri). 6. Permaisuri menyuruh dayang-dayang memanggil puterinya untuk memberitahu tentang kehadiran Raja Peri (bakal mentua tuan puteri) yang ingin mengahwinkannya dengan puteranya Ranjuna pada bulan itu juga. 7. Inangan tuan puteri memaklumkan perkara tersebut kepada tuan puteri yang baru bangun tidur (bersama PJ).Tuan puteri sangat terkejut dan berasa takut. 8. PJ menyuruh tuan puteri pergi bertemu tunangnya tetapi tuan puteri tetap mahu bersama PJ. PJ juga menasihati puteri supaya jangan menderhaka kepada ayahandanya, tetapi tuan puteri tetap berkeras kerana yakin jika pergi pun ayahandanya tetap akan murka (tidak mengampunkan dosanya). 9. Dayang-dayang yang terkejut melihat ada lelaki lain bersama-sama tuan puteri telah diberitahu oleh tuan puteri supaya memaklumkan kepada ayahandanya bahawa beliau tidak boleh mengadap mereka kerana ada halangan.

10. Dayang-dayang memaklumkan apa yang dilihat oleh mereka, perkhabaran itu menimbulkan kemarahan Raja Gangga Wijaya (RGW) lalu menghantar menteri hulubalang untuk menyerang dan membawa pulang PJ(ms 93) ke istana RGW. 11. Tuan puteri menangis ketakutan akan kehilangan PJ, sebaliknya PJ dengan tenang memujuk tuan puteri tuan puteri dengan menyatakan bahawa beliau boleh menghadapinya sendiri. 12. PJ menggunakan kesaktian menyeru nama gurunya Bekawan Narada, menjelma menjadi 4 orang jin (ms 95) untuk menyerang hulubalang RJW di bawah mahligai tersebut. 13. Segala hulubalang RGW dapat ditewaskan oleh jin berempat, peristiwa tersebut menimbulkan kemarahan, berlaku peperangan antara rakyat RGW dengan PJ, hulubalang RGW hamper menewaskan angkatan perang PJ, bangkit semula semangat jin berempat intuk melawan dan akhirnya angkatan perang PJ beroleh kemenangan. 14. RGW akhirnya mengaku kalah dan menyerahkan keadaan kepada bakal besannya pula-Raja Indera Peri ( RIP), untuk melancarkan serangan kepada PJ, malah memberikan syarat siapa yang Berjaya dalam peperangan tersebut, dialah yang menjadi menantunya. 15. Peperangan antara PJ dengan RGW terhenti selama 4 hari, ketika itulah PJ menimbang gemala hikmat di tengah padang Indera-terdirilah Negara kota lengkap dengan kota paritnya sebagai bersiap sedia untuk berperang dengan RIP. Tuan puteri juga dibawa masuk ke dalam kota tersebut. 16. RIP dan Raja Indera Wirama terkejut apabila melihat terdapat kota, RIP pun memuja hikmatnya , mustaidkan sebuah Negara kota dan istananyamelancarkan peperangan. 17. Angkatan perang PJ hamper menewaskan lawannya, Raja Indera Wirana dalam keadaan marah lalu melompat ke atas kudanya Tandi Biram masuk ke tengah medan peperangan, ramai yang mati kecuali jin berempat, Raja Indera Wirama pun memanah Sangga Mukasin, tiada lut-anak panah terpelanting ke bumi, dipanah ke udara berlaku hujan dan angin yang kuat menimpa jin berempat mengerbangkan rambutnya. 18. Semua peristiwa itu diceritakan kepada PJ-PJ marah lalu menyatakan beliau sendiri akan keluar berperang. Sebelum itu baginda berpesan kepada tuan puteri, sekiranya baginda tewas/mati dibunuh oleh tuning tuan puteri kapankan baginda dengan kain yang dipinggang tuan puteri dan mandikan dengan air mata tuan puteri. Tuan puteri bersedih dan menangis-mahu membunuh diri tetapi dipujuk oleh PJ. 19. Berlaku peperangan yang hebat antara PJ dengan tunang tuan puteri (RIP) disaksikan oleh RGW. RGW (adik RIP) memanah ke udara, turun hujan api terkena PJ , PJ membalas turun air dan angin kencang memadamkan api. RGW membalasnya turun taufan yang dasyat. RIW memanah batu, menimpa PJ,

dibalas oleh PJ turun bukit besi kursani untukmenahan batu. RIW terlalu marah lalu bertempik menjadi merak berkepala seribu dan tangan kakinya dua ribu. PJ menjadikan dirinya raksasa yang besar . RIW menjadikan dirinya Walimana dan PJ menjadikan pula dirinya geroda. Mereka berperang sambar menyambar, pagut memagut di udara-kembali ke bumi kembali kepada rupa asal. 20. RIW pun menjadikan dirinya naga kepala tujuh sebesar pulau-Jayapati pula menjadi ular naga seperti gunung. RIW menjadi marah kerana kerana tidak dapat mengalahkan PJ lalu mengambil anak panahnya bernama Dewa Laksana, PJ mengeluarkan anak panahnya bernama Dewa Laksana Dewa. RIW berjanji sekiranya dia kalah dia rela mati. Akhirnya RIW kalah dan mati. Raja Indera Samudera Lela hendak pergi menyerang PJ tetapi dihalang oleh ayahandanya. 21. Masing-masing tertanya-tanya (RGW) siapakah sebenarnya PJ-lalu diberitahu oleh menteri PJ anak Maharaja Kala Wanda-anak raja besar yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Syair Si Burung Nuri Satu Maksud Keseluruhan "Syair Si Burung Nuri Satu" ialah sebahagian petikan cerita daripada teks "Syair Si Burung Nuri". Syair ini merupakan syair yang berbentuk cerita (naratif). Ia tergolong dalam jenis cerita unggas (binatang) yang bersifat alegori (perbandingan atau kiasan). Meskipun cerita tentang unggas atau binatang, cerita ini boleh dibawa dalam konteks kehidupan, sikap, dan sifat manusia. Petikan syair ini memaparkan kisah tentang seekor burung Nuri yang pandai berkatakata. Kononnya, burung Nuri tersebut tinggal di Gunung Puteri dan berasal dari kayangan. Nuri sangat cantik; tubuh badannya berbau wangi, rupanya menarik, tutr katanya sopan, akal pemikirannya bijak, cahaya wajahnya bersinar, bulunya bersih bersinar, kukunya putih bersih, jari-jarinya cantik berbagai-bagai warna, dan tiada tandingan mana-mana raja di istana. Oleh sebab kecantikan dan budi bahasa yang baik, burung Nuri diangkat menjadi Penghulu atau Raja di udara(kayangan). Semua burung tunduk hormat dan mematuhi segala hukum-hakam yang dilaksanakan olehnya. Pada suatu hari ketika Nuri berada di atas takhta, Nuri mengadu kepada Burung Punai bahawa badannya berasa tidak sedap. Nuri lalu masuk beradu. Semasa tidur, Nuri bermimpi bertemu dengan Bunga Cempaka Dadu yang sangat cantik. Nuri terkejut dan terjaga. Bayangan Cempaka Dadu yang hadir dalam mimpinya menimbulkan rasa asyik berahi dan rindu di hati Burung Nuri dan menggangu fikirannya. Burung Nuri kemudian bertitah kepada Si Burung Murai agar memanggil semua burung datang berkumpul di istana dengan segera. Murai berasa hairan dan bimbang memikirkan tujuan apakah Burung Nuri bersikap mengarahkan semua rakyat berkumpul. Setelah

Murai bertemu dengan semua burung, Murai pun menjelaskan bahawa Nuri menitahkan semua burung berkumpul di istana. Maksud Rangkap 1 Ada satu cerita yang asyik dan menghairankan, dikisahkan orang, ada burung Nuri yang boleh berkata-kata, pandai bercakap. Rangkap 2 Kononnya, burung Nuri tersebut tinggal di Gunung Puteri, berasal dari kayangan . Tubuh badannya berbau sangat wangi, tiada tandingan pada zamannya. Rangkap 3 Rupanya sangat cantik, tutur katanya sangat sopan, pemikirannya(akal) sangat bijak, tiada tandingan mana-mana raja di istana. Rangkap 4 Kerana kecantikan dan budi bahasa yang sangat baik, burung Nuri diangkat menjadi Penghulu kayangan. Rangkap 5 Burung Nuri mempunyai cahaya wajah yang berseri-seri, bersinar, lemah lembut, dan sopan santun tutur katanya. Semua burung tunduk hormat dan mematuhi segala hukum-hakam yang dilaksanakan olehnya. Rangkap 6 Matanya bersinar seperti permata manikam, bulunya bersih bersinar seperti permata zamrud, kukunya putih bersih seperti mutiara, dan jari-jarinya cantik berbagai-bagai warna. Rangkap 7 Adalah dikisahkan, pada suatu hari ketika Nuri berada di atas takhta, ia mengadu kepada burung Punai bahawa badannya berasa tidak sihat. Rangkap 8 Nuri lalu masuk beradu sambil dijaga oleh burung Beladu. Semasa tidur, Nuri bermimpi bertemu dengan bunga Cempaka Dadu yang sangat cantik. Nuri pun terkejut. Bayangan Cempaka Dadu yang hadir dalam mimpinya menimbulkan rasa asyik berahi dan rindu di hati Nuri. Rangkap 9 Setelah terkejut jaga, Nuri cuba pejamkan mata untuk kembali menyambung tidurnya. Namun, bayangan Cempaka Dadu mengganggu fikirannya. Oleh sebab terlalu memaksa memejamkan mata, sedangkan fikiran terganggu, Nuri berasa badannya sangat letih, apatah lagi memikirkan maksud tadbir mimpinya tadi.

Rangkap 10 Setelah Nuri bangun dari tidurnya, Si Burung Beladu yang menunggu Nuri beradu terkejut melihat mata Nuri bengkak seperti seseorang yang sedang memikirkan suatu hajat yang tidak kesampaian. Si Burung Beladu bertanya kepada Nuri, apa sebabnya. Tetapi, Nuri diam, tidak menghiraukan pertanyaan Si Burung Beladu. Rangkap 11 Menyedari hal itu, burung Beladu faham bahawa Nuri sedang susah hati, mungkin memikirkan suatu hajat berat yang sukar didapati. Maka, Si Burung Beladu pun diam, tidak lagi melanjutkan pertanyaannnya. Rangkap 12 Burung Nuri kemudian keluar seorang diri menuju singgahsana. Burung Nuri kemudian bertitah kepada Si Burung Murai agar memanggil semua burung datang berkumpul di istana dengan segera. Rangkap 13 Setelah Murai mendapat titah, Murai segera terbang mencari semua burung. Murai berasa hairan dan bimbang memikirkan sebabnya Nuri bersikap demikian. Apakah tujuan semua burung diarah berkumpul segera? Rangkap 14 Setelah Murai bertemu dengan semua burung, Murai pun menjelaskan bahawa Nuri menitahkan semua burung berkumpul di istan dengan segera kerana ada perkara atau tugas penting hendak dikhabar atau dilaksanankan. Tema Syair ini memaparkan tema percintaan. Rasa kasih dan cinta Si Burung Nuri terhadap bunga Cempaka Dadu. Meskipun bunga Cempaka Dadu hanya hadir dalam mimpi, tetapi kehadirannya telah menyebabkan perasaan Si Burung Nuri tidak menentu, menyebabkan fikiran dan kesihatannya terganggu. Si Burung Nuri berhasrat untuk mencari Cempaka Dadu sampai bertemu. Persoalan Persoalan keperibadian raja yang bersopan santun, cantik dan gagah. Si Burung Nuri dianggap sebagai raja segala burung kerana keistimewaannya yang cantik, bijak, dan gagah selain tinggal di kayangan (udara) Sangat bijak akan akalnya Dalam istana sukar bandingnya Persoalan kesetiaan rakyat terhadap raja. Burung Nuri ditaati oleh semua rakyatnya dan menurut perintah raja untuk berkumpul Sekalian burung dalam hukumnya Tunduk hormat pada sekalinya

Persoalan kerinduan kepada kekasih. Si Burung Nuri asyik memikirkan Si Bunga Cempaka Dadu hanya kerana melihatnya dalam mimpi saja. Mimpi bersunting cempaka dadu Ia terkejut hatinya rindu Persoalan terlalu mengikut nafsu boleh menjejaskan kesihatan dan fikiran. Fikiran dan kesihatan Si Burung Nuri terjejas diganggu oleh rasa cinta kepada Si Cempaka Dadu. Mengapa balut warnanya mata Seperti orang bersedih cita Persoalan simpati terhadap kesusahan orang lain. Semua burung sedih apabila melihat keadaan Si Burung Nuri dalam keadaan sedih dan sugul. Si Burung Beladu seraya berkata Ayuh tuanku cahaya mahkota Mengapa balut warnanya mata Seperti orang bersedih cita Gaya Bahasa Asonansi Contoh : Dilihat manikam kedua matanya (pengulangan bunyi vokal a) Aliterasi Contoh : seraya keluar lalu berdiri (pengulangan bunyi konsonan r) Bahasa klasik Contoh : cita, jamrut, masyghulnya Inversi Contoh : apakah gerakan akan maksudnya? Kata ganda Contoh : gilang-gemilang Simile Contoh : laksana mutiara akan kukunya Nilai Kebijaksanaan. Si Burung Nuri merupakan seorang raja yang bijaksana dan dikagumi rakyatnya Sangatlah bijak akan akalnya Dalam istana sukar bandingnya

Keadilan. Raja perlu memerintah dengan adil dan bijak. Contohnya, Si Burung Nuri memerintah rakyat dengan adil dan bijaksana. Kesetiaan. Rakyat jelata menunjukkan taat setia dengan mematuhi segala arahan raja. Contohnya, segera melaksanankan tugas dengan amanah. Simpati. Kesedihan yang dialami oleh Si Burung Nuri mendapat simpati Si Burung Beladu Kasih sayang. Si Burung Nuri sangat mencintai kekasihnya, Si Bunga Cempaka Dadu sehingga sanggup mengembara ke luar istana untuk mencarinya. Pengajaran Seseorang pemimpin hendaklah mempunyai keperibadian yang mulia. Contohnya, Si Burung Nuri ialah raja yang cantik, bijaksana , dan berkuasa. Hendaklah memerintah rakyat dengan adil dan bijaksana. Contohnya, Si Burung Nuri yang menjadi teladan kepada rakyat kerana mempunyai pekerti yang baik. Hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin. Contohnya, rakyat segera berhimpun apabila diarahkan kerana raja hendak memberikan tugas penting. Kita perlu menunjukkan rasa simpati terhadap kesusahan atau kesedihan orang lain. Contohnya, rakyat simpati dan segera menolong raja yang sedih dan menghadapi kesusahan. Janganlah terlalu mengikut perasaan. Contohnya, Si Burung Nuri terlalu sedih kerana perasaan asyik mahsyuknya terhadap Si Bunga Cempaka Dadu, menyebabkan fikiran dan kesihatannya terjejas. Hendaklah sabar dalam menghadapi sesuatu dugaan atau kesulitan. Si Burung Beladu sentiasa mencari jalan untuk memberi ketenangan dan memujuk Si Burung Nuri yang berada dalam kesusahan.

You might also like