You are on page 1of 9

Kertas Kerja Program Motivasi Mencanai Matematik Demi Kerjaya Menarik.

Tahun Enam 2013

Tempat: SK SUNGAI TONG, SETIU, TERENGGANU. Tarikh: 25 JUN 2013 Masa: 8 pagi hingga 2.00 petang. Anjuran: Bimbingan & Kaunseling SK SUNGAI TONG, SETIU, TERENGGANU. Sasaran: Pelajar-pelajar Tahun Enam (UPSR 2013)

PENGENALAN

Program Motavasi Tahun Enam merupakan program tahunan yang bukan sahaja dijalankan oleh sekolah ini, malahan semua sekolah di Malaysia. Program ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan. Sebenarnya, walaupun program ini amat singkat daripada segi pelaksanaannya, namun program ini membawa kesan besar kepada

kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu/ belajar demi masa hadapan mereka. Selain member kesedaran tentang kepentingan nombor dan kemahiran numerasi dalam kehidupan seharian dan kaitannya dengan peperiksaan UPSR dan agar dapat membina kerjaya yang baik pada masa akan datang. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat belajar para pelajar untuk lulus dan cemerlang dalam UPSR.

OBJEKTIF
1. Menerapkan diri pelajar akan nilai-nilai kesedaran diri tentang peperiksaan UPSR yang akan menjelang. 2. Berkongsi dengan para pelajar tentang beberapa ilmu dan kemahiran tentang asas-asas nombor dan numerasi secara teori dan praktikal. 3. Melatih pelajar agar lebih berani dan yakin dengan kemampuan diri serta berdaya saing dengan cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pelajar. 4. Memupuk disiplin dan semangat kerjasama pelajar secara individu dan berkumpulan. 5. Memberi gambaran umum kepada para pelajar berkaitan kepentingan mempelajari nombor dalam kehidupan seharian serta hubungannya dengan kerjaya pilihan dan dapat mencetuskan minat murid terhadap subjek matematik. 6. Menjalinkan hubungan silaturrahim dan kerjasama yang erat antara guru serta calon UPSR.

NAMA PROGRAM
PROGRAM MOTIVASI MENCANAI MATEMATIK DEMI KERJAYA MENARIK TAHUN ENAM 2013.

TARIKH
25 JUN 2013.

PENGANJUR
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SUNGAI TONG.

SASARAN
PELAJAR TAHUN ENAM 2013 ( 37 ORANG )

AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR


Rujuk Lampiran A.

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C.

KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan agar program ini dapat membantu para pelajar mempunyai kesedaran tinggi tentang Matematik dan dapat meningkatkan prestasi matapelajaran Matematik di kalangan pelajar Tahun Enam khasnya dan membantu peningkatan GPMP Matematik UPSR sekolah amnya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program tersebut. Semoga segala usaha ini diberkati Allah dan dikira sebagai satu ibadah yang berterusan. Disediakan Oleh, ................................................. (NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD) Pengerusi, Unit Bimbingan & Kaunseling SK SG.TONG

Disemak Oleh, ................................................. ( GPK HEM, SK SUNGAI TONG. )

Disahkan Oleh, ................................................. ( GURU BESAR, SK SUNGAI TONG. )

LAMPIRAN A AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG HJH FATIMAH BT EMBONG (GURU BESAR) PENASIHAT EN. ZAID B AWANG (GPK HEM) TIMBALAN PENASIHAT PN. JUNIDAH BT SAID (GPK KURIKULUM) PN. ZALATI BT ABDULLAH ( GPK KOKURIKULUM) PENGERUSI PN. NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD SETIAUSAHA CIK NUR AZHANI BT AZEZAN PENDAFTARAN CIK WAN SABARIAH BT WAN ISMAIL PN. WAN NORIHAN BT WAN MANSOR PENGERUSI MAJLIS EN. SYAZANI AMIN B MD.NOOR KAWALAN MURID EN. RAIMI SYAZWAN B ABDUL RASHID EN. MOHD ZORAIDI ABD.WAHAB EN. MD.RAHIMI B KAMARU AL SALAM CIK NUR YUZAINI BT YUSOF BUKU PROGRAM PN. NORJANNAH BT MOHAMAD PN. NOR SURIANI BT ABDULLAH CIK NUR AZHANI BT AZEZAN 5

PERSIAPAN TEKNIKAL YM SYED AHMAD SYAUQI B SYED ABDULLAH EN. MOHD RAZIFUDIN B CHE MUDA MAKANAN & MINUMAN MURID PN. NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD PN. LIZA SHAFEI YM ENGKU NURFAEZAH BT CHE KU MUDA FASILITATOR-FASILITATOR PN. NORAINI BT EMBONG PN. LIZA SHAFEI PN. JUNIDAH BT SAID EN. MOHD ZAID B AWANG HJH ZURAIDAH ABD.RAHMAN PN. NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD EN. MOHD RAZIFUDIN CHE MUDA

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM


*Tertakluk pada perubahan

25 Jun 2013 (SELASA) 7.30 pagi: Pendaftaran peserta. 8.30 pagi: Ucapan alu-aluan Guru Besar. 9.00 pagi: Slot Motivasi Kepentingan Matematik Dalam Kehidupan. 10.30 pagi: Minum pagi 11.00 pagi: Slot Motivasi Kepentingan Matematik Demi Membina Kerjaya. 12.30 tghri: LDK Drilling Soalan Penyelesaian Masalah Matematik UPSR 1.30 ptg: Solat Zohor berjemaah 2.00 ptg: Makan tengahari 2.15 ptg: Bersurai

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL 1. 2. 3. PERKARA Penceramah Fail Peserta Fotokopi a) Pamphlet b) Modul BILANGAN 1 orang x RM 50 37 keping x RM 0.50 2 helai X RM 0.05 X 37 orang murid 5 helai X RM 0.05 x 37 orang murid JUMLAH FOTOKOPI 4. Catering a) Makan pagi ( kuih karipap 2biji + ketayap 1biji + air teh o) b) Makan tengahari ( nasi minyak + lauk kari ayam + buah tembikai + air sirap) JUMLAH CATERING JUMLAH BESAR RM 203.50 RM 284.95 37 orang murid X RM 4.00 RM 148.00 37 orang murid X RM 1.50 RM 55.50 RM 12.95 RM 9.25 JUMLAH RM 50.00 RM 18.50 RM 3.70

You might also like