You are on page 1of 2

PISMPPJ1110 TIONG KIM YEW

Jurnal Mingguan Bilangan Jurnal : 1/12

Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Januari 2013 hingga 25 Januari 2013 Tajuk Jurnal : Masalah sekolah dalam kekurangan pekerja teknik Bisikan Hati/Emosi Perasaan Pada hari pertama, saya bersama-sama 3 rakan praktikum saya yang lain melapor diri kepada Encik Ungau Alam selaku guru besar SK Tanah Merah, Serian. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar SK Tanah Merah memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; struktur organisasi sekolah; latar belakang murid dan masyarakat setempat. tugas dan tanggungjawab murid di sekolah. pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Seterusnya, kami telah menerima jadual waktu bagi praktikum dari guru penolong kanan satu Sk Tanah Merah iaitu Encik Agong Lumun. Beliau membahagikan kami kepada enam waktu Pendidikan Jasmani dan empat waktu Pendidikan Moral. Oleh yang demikian, kami diberi sedikit penerangan tentang perjalanan praktikum kami nanti. Sepanjang minggu pendaftaran ini, kami mendapakan maklumat yang diperlukan serta berkenalan dengan staff sekolah.Selain itu, kami mengambil teach in bagi mengantikan guru yang tiada. Minggu yang pertama, kami lalui tanpa sebarang tugasan yang berat, namun begitu, maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa pelajar disekolah ini secara
1

PISMPPJ1110 TIONG KIM YEW

puratanya tidak melebihi 30 orang bagi sesebuah kelas.Ini merupakan satu cabaran bagi saya dan rakan praktikum saya. Kefahaman Baru/Kesedaran Saya dan rakan sepejuangan saya iaitu Timothy Lim telah mendapat sekolah yang sama. Pada minggu pertama kami berada di Sk Tanah Merah, guru-guru di sana telah menaruhkan harapan yang tinggi kepada kami dua. Pada hari pertama semasa kami dua masih berpakaian formal, kami telah diminta untuk membuat wiring dan kerja menukang. Kami dua baru sedar bahawa sekolah ini tidak mempunyai pekerja teknik. Cadangan Berfikir dengan rasional dan keserdehanaan dan bertindak dengan bijak. Tindakan Saya dan rakan saya Timothy Lim telah berbincang dan berkerjasama antara satu sama lain untuk bertindak menolong guru-guru di sekolah kebangsaan Tanah Merah untuk membantu sedikit sebanyak dalam kerja menukang dan wiring . Diharapkan pertolongan kami ini dapat meringankan sedikit beban dan membawa keselesaan kepada guru-guru di Sk Tanah Merah.

Disemak oleh guru pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh :

Disahkan oleh pensyarah penyelia Tandatangan : Nama : Tarikh

You might also like