You are on page 1of 27

MODEL-MODEL PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

MODEL KURIKULUM BERORIENTASIKAN KOGNITIF (COGNITIVE ORIENTED CURRICULUM) Model ini diasaskan oleh David Weikart dan rakan-rakannya di High Scope Institute, Ypsilanti, Michigan. Model ini pada asalnya dikenali sebagai Perry Preschool. Ia berasaskan teori perkembangan Piaget yang menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak dari segi cara kanak-kanak mengatur dan menginterpretasikan hubungan antara objekobjek dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran mereka. Susun atur bilik darjah yang menggunakan model Cognitively Oriented Curriculum ini biasanya mempunyai kawasan terbuka sebagai pusat untuk perjumpaan-perjumpaan kumpulan dan permainan dan ada kawasan kerja (sudut kerja-sudut seni, sudut bongkah, sudut senyap dan lain-lain . Ia mempunyai rutin harian. Unsur-unsur rutin harian adalah seperti jadual 1 dan 2.

Jadual 1 : Contoh rutin harian untuk program sepenuh hati. 8.30 8.50 pagi 8.50 9.45 pagi 9.45 10.00 pagi 10.00 10.30 pagi Masa Perancangan Masa kerja -Masa membersihkan -Masa mengingat kembali, makan dan masa kumpulan kecil. Masa luar Circle time Bersurai

10.30 10.50 pagi 10.50 11.10 pagi 11.10-11.20 pagi

Jadual II : Contoh rutin harian untuk program sehari penuh. 7.30 8.30 pagi Semasa kanak-kanak sampai, guru merancang bersama kanak-kanak dan memulakan sesi dengan masa kerja yang pendek. 8.30 9.00 pagi 9.00 9.20 pagi Sarapan pagi dan memberus gigi Masa perancangan

9.20 10.30 pagi 10.30 10.50 pagi10.50 - 11.20 pagi

Masa kerja dan membersihkan Masa mengingat semula Masa luar Circle Time dan

11.20 11.45 pagi menyediakan makan tengah hari 11.45 12.30 t.hari -

Makan tengah hari

12.30 1.30 t.hari Masa tidur. Kanakkanak yang tidak mahu tidur boleh berbaring dengan buku tetapi senyap. 1.30 2.15 petang Masa kumpulan kecil dan minum petang 2.15 4.00 petang Ada kanak-kanak yang telah pulang. Kanakkanak yang tinggal akan membuat aktiviti (kerja) sehingga pulang. Adalah penting untuk mempelajari aktiviti-aktiviti harian yang disediakan dengan itu guru wajib mengikuti rutin secara tekal.Keupayaan kanak-kanak untuk merancang adalah menjadi tumpuan utama model ini. Semasa waktu kerja kanak-kanak membuat perancangan sendiri dan menghantar

perancangannya di papan kenyataan yang terdapat di sudut kerja yang dipilih. Semasa kanak-kanak bergerak dari satu sudut ke satu sudut semasa waktu kerja mereka akan membawa simbol-simbol mereka dan meletakkannya di papan perancangan di sudut yang baru. Pada waktu mengingat kembali, waktu makan atau masa kumpulan kecil. Kanak-kanak dalam kumpulan kecil seramai antara 5 8 orang bertemu dengan guru untuk mengingat semula dan berkongsi aktiviti-aktiviti masa kerja mereka. Ini biasanya dilakukan semasa kanak-kanak makan. Selepas makan, kanak-kanak biasanya akan bekerja dengan bahan-bahan yang telah dipilih dan disediakan oleh guru supaya ada peluang untuk memerhati tingkah laku kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak diberi satu set bahan-bahan untuk membuat, meneroka dan memanipulasi. Masa ini bukannya waktu mengajar, sebaliknya ia memberi peluang kepada guru-guru untuk membuat pemerhatian dan memperkenalkan kanak-kanak kepada pengalaman dan bahan-bahan yang mungkin mereka tidak pernah temuinya. Kurikulum yang berorientasikan kognitif berfokus kepada perkara-perkara berikut ; pembelajaran aktif, bahasa, mengalami dan mempersembahkan, klasifikasi, seriasi, nombor, perkaitan ruang, dan masa. Setiap satu dari perkara ini ditekankan dalam program harian dan kunci pengalaman-pengalaman telah dikenal pasti oleh pembuat program.

Pembelajaran Aktif Meneroka secara aktif dengan menggunakan kesemua jenis deria. Menemui perhubungan atau perkaitan melalui pengalaman terus yang dialami. Membuat manipulasi, transformasi dan mencantumkan bahan-bahan. Memilih bahan-bahan, aktiviti-aktiviti dan tujuan-tujuan. Mendapatkan kemahiran-kemahiran menggunakan alat-alat dan bahan. Menggunakan otot-otot besar. Memberi perhatian kepada keperluan diri sendiri.

Bahasa Bercakap dengan orang lain mengenai pengalaman diri yang bermakna. Menerangkan mengenai objek-objek, peristiwa dan hubungannya. Melahirkan perasaan menggunakan perkataan. Menulis ungkapan menggunakan bahasa sendiri dan membacanya semula. Gembira menggunakan bahasa.

Mengalami Dan Mempersembahkan. Mengenal pasti objek melalui bunyi, sentuh, rasa dan bau. Meniru gaya-gaya dan bunyi-bunyi. Mengaitkan model-model, gambarangambaran dan foto dengan tempat-tempat sebenar dan benda-benda. Main peranan. Membuat model. Melukis dan mewarna. Membuat pemerhatian bahawa perkataanperkataan yang diucapkan boleh ditulis dan dibaca semula.

Klasifikasi Menyelidik atau memeriksa dan menerangkan sifat-sifat benda-benda. Menyedari dan menghuraikan atau menerangkan bagaimana bandar-bandar itu adalah sama dan berbeza : mengasingkan dan memadamkan. Menggunakan dan menerangkan objek-objek dalam berbagai-bagai cara.

Membezakan semua.

antara

kebanyakan

dan

Seriasi Membuat perbandingan Menyusun beberapa bahan mengikut susunan dan menerangkan hubungannya. Menyesuaikan satu set susunan objek-objek menggunakan kaedah cuba jaya.

Nombor Membandingkan jumlah-jumlah. Menyusun dua set objek-objek hubungan satu dengan lain. Mengira objek.

dalam

Hubungan Ruang Menyesuaikan dan menyusun benda bersama-sama dan kemudian mengasingkannya semula. Menyusun dan membentuk semua objekobjek.

Memerhati dan menerangkan mengenai benda-benda dari sudut pandangan ruang yang berbeza-beza. Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak sesuatu benda secara relatif. Belajar mengesan kedudukan sesuatu benda dalam bilik darjah, sekolah dan persekitaran. Membezakan dan menerangkan bentukbentuk.

Masa Memahami unit masa Membuat sekuen peristiwa mengikut masa.

Kurikulum berorientasikan kognitif telah dibina dan digunakan oleh Weikart dan rakan-rakannya. Ia adalah merupakan satu-satunya program yang menjadikan teori Piaget sebagai asasnya. Ia menekankan penglibatan aktif kanak-kanak dengan bahan-bahan dan peristiwa-peristiwa yang disusun dalam persekitaran yang sesuai.

2 MODEL PENGAJARAN INSTRUCTION MODEL)

TERUS

(DIRECT

Model ini berorientasikan akademik. Diasaskan oleh Carl Bereither dan Siegfried Engelmann. Dalam model ini programnya diasaskan kepada idea bahawa kesediaan pembelajaran dalam diri kanak-kanak adalah satu amalan yang tidak sesuai dengan pendidikan kanak-kanak terutamanya di kalangan kanak-kanak yang kurang beruntung. Program ini menekankan pengajaran kanak-kanak dalam tiga bidang, iaitu ; i) ii) iii) Bacaan Bahasa Matematik

dan matlamatnya ialah untuk menyediakan pengajaran untuk kanak-kanak kemahiran yang sangat khusus. Dalam bacaan, kanak-kanak perlu melihat simbol yang ditulis (huruf-huruf) dan kemudian dengan cepat menyebut bunyi-bunyi tersebut dalam satu siri huruf-huruf dari kiri ke kanan, matlamatnya ialah menyusun huruf-huruf untuk dijadikan perkataan-perkataan. Dalam bahasa, kanak-kanak akan menjawab soalan-soalan ini apa

dia? berhubung dengan gambar-gambar objek-objek dan simbol-simbol. MODEL PENDEKATAN BANK STREET Dibina untuk Head Start dan Follow Through. Ia diimplementasikan oleh Elizabeth Gilkenson dan rakan-rakan. Fokusnya adalah terhadap membina keyakinan, daya cipta, daya tindak balas dan hasil yang ditunjukkan. Daripada matlamat-matlamat umum ini, banyak objektif-objektif khusus disediakan. Pendekatan ini menggambarkan falsafah yang telah dibina lebih dari setengah abad yang lalu di Kolej Ilmu Pendidikan Bank Street di Bandar New York. Pendekatan ini dikenali juga sebagai interaksi perkembangan. Perkembangan merujuk kepada kurikulum yang mempunyai ciriciri tersendiri berhubung dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Interaksi merujuk kepada kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui interaksi dengan rakan-rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dirancang supaya kaya dengan penglibatan dan pelbagai. Pendekatan ini memerlukan guru untuk menilai perkembangan kanak-kanak secara berterusan dan menyediakan pilihan-pilihan aktiviti sejajar

dengan penilaian. Kurikulum memerlukan guru supaya membuat keputusan berkenaan pengalaman-pengalaman individu yang diperlukan oleh kanak-kanak yang perlu. Sistem penilaian yang terperinci telah dibina untuk tujuan ini. Kaedah Bank Street perlukan persekitaran pembelajaran yang membolehkan kanak-kanak memilih aktiviti-aktiviti dari pelbagai aktiviti, termasuk pengalaman deria dan motor yang banyak. Bahan-bahan seperti blok-blok permainan, baju anak-anak patung, barangbarang mainan pasir, binatang-binatang peliharaan, buku, permainan dan alat-alat mengira disediakan. Bahan-bahan yang dibuat oleh guru dan kanak-kanak menjadi bahan dan alat tambahan untuk memenuhi keperluan. Semua bidang kurikulum diintegrasikan melalui pembinaan tema atau unit-unit contohnya, biji, membina rumah, pembantu komuniti. Kriteria yang digunakan oleh guru-guru Bank Street untuk memilih tema ialah ; i) Ia adalah sesuatu yang diminati oleh kanakkanak. ii) Ia mempunyai sumber. iii) Ia boleh membantu untuk membina aktiviti dan perbincangan. iv) Ia adalah bersesuaian dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka.

v)

Ia membantu dalam perkembangan pembelajaran konsep kanak-kanak idea yang luas. vi) Ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak. vii) Ia ada potensi untuk pembelajaran kendiri kanak-kanak. Apabila tema telah dipilih guru akan membuat keputusan apakah konsep yang boleh dibina menggunakan tema tersebut. Sesuatu aktiviti itu perlu secara tidak langsung boleh membawa kepada beberapa jenis hasil pembelajaran yang terlibat. Misalnya projek kumpulan membuat jem nanas akan melibatkan pengiraan, mengukur, menimbang, memerhati, membaca dan menulis dalam berbagaibagai kumpulan kecil yang terlibat. Motivasi diberikan melalui kegembiraan yang lahir dari aktiviti itu sendiri. Ganjaran ekstrinsik tidak digunakan secara sistematik untuk mempengaruhi pembelajaran, pemilihan aktiviti atau tingkah laku kanak-kanak. Guru mendapat kerjasama dari kanakkanak dengan cara mengambil berat, memberi perhatian dan sokongan yang tekal kepada kanakkanak. Hubungan guru murid adalah merupakan kunci pelaksanaan program ini. Jadual harian distrukturkan dengan teliti supaya wujud satu siri penglibatan seimbang. Walau bagaimanapun, ia mempunyai darjah keluwesan yang tinggi guru mungkin akan mengambil jadual untuk

mengambil kesempatan dari peluang-peluang yang tidak diduga. Kanak-kanak biasanya bekerja secara sendiri atau dalam kumpulan kecil orang dewasa ada boleh ada membantu atau tidak perlu ada. Banyak aktiviti berjalan secara serentak (simultaneous ). Perjumpaan-perjumpaan untuk seluruh kumpulan diadakan sekiranya ada aktiviti yang memerlukan setiap aktiviti mengambil bahagian. Aktiviti membaca dan menulis adalah antara aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak dalam bilik darjah. Kanak-kanak menulis buku mereka sendiri dan mereka membaca buku yang ditulis oleh kanakkanak lain. Guru membaca untuk murid-murid mereka setiap hari. Contoh pengajaran membaca secara individu menyediakan banyak buku-buku bergambar dan bahan bacaan yang mudah. Kanak-kanak mengumpulkan perkataan dari bacaan menggunakan cerita-cerita, label, cerita, permainan. PROGRAM MONTESSORI Idea dan kaedah Maria Montessori secara beransuransur terbuka kepada peminat-peminat di Amerika di mana program ini telah berkembang. Program Montessori adalah berasaskan kepada idea-idea yang memberikan perhatian yang mendalam mengenai bagaimana kanak-kanak membesar. Ada yang berpegang secara rigid kepada teknik asal sementara yang lain pula telah membuat pengubahsuaian pendekatan untuk diadaptasikan

dalam konteks sosial semasa. Adalah menarik untuk diberikan perhatian bahawa Montessori mencipta programnya untuk memenuhi keperluan untuk menyediakan kanak-kanak dan untuk membantu mereka mempelajari kemahiran hidup yang penting. Program Montessori hari ini kebanyakan dihadiri oleh kanak-kanak dari keluarga yang mewah. Persekitaran Kelas Montessori Dalam bilik darjah Montessori kita boleh melihat susun atur wujud. Bahan-bahan dan alat yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak disusun dengan teratur dan jelas di atas rak-rak yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat sudut-sudut yang berbeza, setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri untuk menggalakkan sesuatu kemahiran tugasan itu dikuasai dalam sudut tersebut. Persekitaran juga disusun atur untuk menyuburkan daya estetika kanak-kanak. Bunga-bunga, tumbuhan, alat-alat perabot dan susunan yang teratur disepadukan dengan falsafah Montessori. Kanak-kanak Kita boleh dapati kanak-kanak dari kumpulan umur yang berbeza terlibat dengan aktiviti individu, sebab inti pati program Montessori ialah bersifat pendidikan individu. Kanak-kanak akan memulakan aktiviti dan

bebas untuk melakukan apa-apa sahaja projek yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar, lantai atau atas meja. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas atau bekerja berdua-dua dalam satu masa. Kanak-kanak yang lebih muda boleh belajar bagaimana cara untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang khusus dengan cara memerhati atau meniru rakan-rakan sekelas lain yang lebih tua/matang. Program Montessori direka bentuk menjadi sekuen 3 tahun untuk berumur dari 3 6 tahun. Guru Kawalan orang dewasa adalah sedikit. Penglibatan guru adalah tidak menonjol dan senyap. Guru hanya memerhati dari jauh atau membuat demonstrasi kepada kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan peralatan yang baru. Guru tidak memberikan peneguhan atau pujian kepada kerja kanak-kanak kerana aktiviti adalah berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru Montessori belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus intensif. Bahan-bahan

Ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Bahan Montessori adalah didaktik, setiap reka bentuk adalah untuk tajuk yang khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan itu kanak-kanak mendapat maklum bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan tugasan diselesaikan. Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah. Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang semula jadi. Kurikulum Bahan yang berbeza disesuaikan ke dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila kanak-kanak mula-mula memasuki program Montessori mereka diperkenalkan kepada komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu. Set aktiviti dan bahan yang kedua adalah berkaitan dengan deria, membentuk kanak-kanak membina, menyusun, meluaskan dan menghalusi persepsi deria lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa. Untuk membina

diskriminasi visual kanak-kanak boleh menyusun tone warna dari gelap ke terang dan lain-lain. 4. MODEL KONSTRUKTIVIS

Model Konstruktivitis ini adalah berasaskan kepada teori pembelajaran Piaget. Model konstuktivitis ini dikenali juga sebagai Model Interaktionis ini dikenali juga sebagai Model Instruktionis (Brewer, 2001) Contoh-contoh program yang menggunakan model Konstruktivitis ada seperti berikut : i) Program High/Szope yang dibina oleh David Weikart. ii) Sekolah untuk Perminan Konstruktif dibina oleh George Forman. iii) Piaget untuk pendidikan awal dibina oleh Constance Kamii dan Rheta De Vries. iv) Mendidik pemikir muda dibina oleh Irving Sigel. Terdapat beberapa perkara yang dipersetujui oleh program-program instruktivis di atas di samping terdapat juga beberapa perbezaan pendapat yang dipersetujui adalah seperti : i) Semua bersetuju bahawa objektif asas boleh dibentuk dari hasil kerja-kerja Piaget untuk

menggalakkan perubahan dalam pemikiran operational dan sebab akibat kanak-kanak. ii) Semua menekankan kepentingan asas tindak balas kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan. Semuanya mengambil idea daripada tradisi perkembangan kanak-kanak bahawa bahanbahan, peralatan-peralatan dan aktiviti menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi aktif.

iii)

iv) Dalam pengajaran dan pembelajaran kita tidak hanya menggunakan teori Piaget sahaja terdapat had yang tertentu dalam penggunaan teori tersebut. Bagaimana Kanak-kanak Belajar. Piaget menyatakan pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan kepada motivasi intrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai pembinaan melalui tahap-tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya berfikir dalam keadaan abstrak dan bentuk logik. Menurut Piaget, pengetahuan diperoleh secara berbeza-beza bergantung kepada tahap perkembangan individu dan jenis pengetahuan yang akan diperoleh. Pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal yang wujud pada objektif

diperoleh hanya melalui pengalaman bersama objek tersebut. Contohnya kanak-kanak mempelajari konsep segi empat sama dengan cara meneroka objek-objek berbentuk segi empat dengan itu ia akan dapat menentukan ciri-ciri tersebut. Kanak-kanak mempelajari pengetahuan. Kanak-kanak mempelajari pengetahuan sosial daripada rakan-rakan yang lebih matang dalam kumpulan sosial mereka. Bahasa dan adat resam sosial masyarakat boleh dipindahkan daripada seseorang kepada ahli yang lain ; Bahasa dan adat resam tidak boleh dipelajari melalui penerokaan sebab ia tidak berkait dengan objek sebenar. Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek-objek diikuti oleh membina pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut seriasi daripada pendek kepada panjang memerlukan pemikiran mengenai hubungan antara objek-objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah termasuk dalam pembelajaran logik matematik. Asas Pendekatan Program Perkembangan adalah meliputi menggalakkan manipulasi objek yang aktif, merangsang motivasi intrinsik, menggalakkan proses asimilasi kanak-kanak, akomodasi dan menggalakkan interaksi dengan orang lain. Kanak-kanak dalam program ini dikehendaki belajar melalui memanipulasi objektif yang aktif dan dibantu oleh guru untuk membuat refleksi ke atas tindakan-tindakan mereka. Sebagai contoh, seorang guru akan memilih untuk mengasingkan objek-objek yang tenggelam dengan yang timbul melalui main air manipulasi bahan.

Kanak-kanak boleh mencatatkan hasil percubaan mereka. Motivasi intrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program perkembangan. Ia adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan bahan-bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak. Pakar-pakar perkembangan percaya bahawa kanak-kanak mahu belajar, malah mereka sentiasa belajar. Kanak-kanak hendaklah membina kefahaman mereka sendiri, kanak-kanak menerima sangat sedikit pengajaran kumpulan. Kanak-kanak dibantu untuk membina pengetahuan mereka oleh guru dengan menggalakkan mereka membuat refleksi mengenai manipulasi objek-objek yang telah mereka lakukan. Guru adalah merupakan orang yang paling kerap berhubung dengan kanak-kanak dalam kumpulan kecil atau individu. Seorang guru developmentalist selalu merasakan kanak-kanak tidak perlu diberikan kesemua jawapan kepada persoalan yang timbul semasa pengalaman pembelajaran. Mereka percaya soalan yang belum terjawab dalam pemikiran kanak-kanak itu penting. Komponen lain yang penting ialah belajar melalui interaksi dengan orang lain. Kanak-kanak sangat digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain dan main peranan pelbagai situasi dan buat refleksi terhadap peranan dan interaksi tersebut.

Orang dewasa perlu membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah mereka sendiri dan mencari penyelesaian yang boleh diterima tanpa memberi tahu mereka jawapan yang betul. Kurikulum atau pengalaman pembelajaran adalah dipilih untuk mengikuti minat kanak-kanak atau mendedahkan kanak-kanak itu kepada bidang baru supaya minat mereka dapat ditingkatkan. Proses mencari maklumat, menganalisis data, dan mencari penyelesaian adalah dikira lebih penting daripada mempelajari fakta. Walaupun demikian, penekanan terhadap proses tidak bermaksud aspek isi kandungan diketepikan. Kanak-kanak boleh belajar lebih banyak fakta dan konsep, tetapi mereka selalunya embeded dalam konteks yang lebih bermakna. Sebagai contoh, kanak-kanak yang belajar mengenai pokok akan adopt pokok dan melawat pokok itu selalu untuk melihat perubahannya setiap masa. Mereka akan belajar mengenal pasti dan mengklasifikasikan daun-daun pokok dan mungkin terlibat membuat uji kaji untuk mengenal pasti fungsi daun. Kanak-kanak ini juga akan memeriksa lingkaran batas pokok, membuat rumusan atas pemerhatian dll. Mereka akan mencari buku-buku berkaitan pokok di perpustakaan. Dalam kata yang

lain pengalaman kurikulum akan berfokus terhadap pembelajaran kanak-kanak, bagaimana mencari, menganalisis dan menilai informasi, dalam masa yang sama fakta-fakta akan dikenal pasti (presented) sepanjang proses tersebut. Matlamat Program Interaktionist Hampir kesemua matlamat program perkembangan adalah untuk merangsang keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak. Iaitu perkembangan fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Penekanan terhadap perkembangan bahasa dalam proses pembelajaran juga penting. Program adalah bertujuan untuk menyeimbangkan semua aspek perkembangan dan tiada yang diabaikan. Matlamat untuk menggalakkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam pembelajaran adalah juga penting. Dalam jangka pendek, program interaktionist juga berusaha untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat sosio emosi. (Day and Parker, 1977). Berikut adalah matlamat sosio emosi. a) Merasa selamat (secure) dalam situasi hubungan tanpa paksaan dengan orang dewasa. Menghormati perasaan dan hak orang lain.

b)

c)

Menjadi kurang kebergantungan, peka dan ingin tahu, menggunakan inisiatif dalam mengejar ingin tahu tersebut, mempunyai keyakinan terhadap kebolehan menyelesaikan masalah sendiri dan meluahkan apa yang terdapat di pemikirannya.

Akhirnya program ini akan dapat menggalakkan pencapaian objektif kognitif iaitu ; a) b) Mencetus idea-idea, masalah persoalan-persoalan yang menarik. dan

Membuat perkaitan dan mengenal pasti kesamaan dan perbezaan.

Sekolah Untuk Permainana Konstruktif. Dalam program Forman ( di bawah Program Konstruktivis ) matlamat adalah untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kognitif mereka melalui aktiviti yang dipilih khusus untuk membantu mereka dengan idea transformasi, hubungan fungsi dan mengubah perspektif. Dalam proses menilai aktiviti kurikulum tersebut, soalan-soalan berikut perlu ditanya. a) Adakah aktiviti tersebut digemari kanak-kanak.

b) Bolehkah kanak-kanak dari kebolehan yang berbeza mengikuti aktiviti secara educational. c) Apakah konsep Piagetian yang dapat dikaitkan dengan aktiviti ini. d) Bolehkah kanak-kanak meneroka aktiviti ini secara berdikari. e) Apakah konflik kognitif yang dapat dikaitkan hasil dari usaha kanak-kanak tersebut dalam menyelesaikan aktiviti itu.

Program High / Scope Program High/Scope ( Wirkert di bawah program Program Konstruktivis ) berfokus kepada beberapa konsep iaitu pembelajaran aktif, menggunakan bahasa, menggambarkan pengalaman dan idea-idea, klasifikasi, konsep nombor, seriasi, hubungan ruang dan masa. Pengalaman ini dipilih kerana ia penting untuk pembangunan pemikiran dan sangat praktikal sebagai satu program untuk kanak-kanak. Mendidik Kanak-kanak. Matlamat program Siegel ( Siegel, di bawah Program Kontruktivis ) merupakan perkembangan kompeten persembahan Siegel (representational competence). Siegel menerangkan tiga prinsip sebagai panduan

dalam memilih bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti dalam programnya. 1. Children Understand representations of it. their worl through

2. Representational competence develops in an orderly sequence. 3. Representational competence develops fullay only in response to interactions with appropriate physical and social environment ( Eva, 1997) ms 81. Walaupun penekanan dan matlamat ketiga-tiga program ini tidak serupa tetapi ianya berkisar tentang perkembangan pemikiran kanak-kanak dan keupayaan memberi sebab musabab (reasoning) dan kebolehan kanak-kanak mempamerkan pengalaman dengan cara bermakna. Setiap program tersebut bergantung kepada penglibatan kanak-kanak secara aktif dengan bahan-bahan dan pembimbing guru yang kemudiannya membantu kanak-kanak membuat refleksi terhadap pengalaman mereka Contohnya ,bermain dengan blok blok, memberi peluang kanak-kanak mengembangkan konsep matematik seperti jarak dan persamaannya. Beberapa aktiviti lain memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan kemahiran perkembangan mereka dalam bahasa ( literasi )

Banyak aktiviti dan pengalaman dipilih bagi membantu kanak-kanak berfikir mengenai penyelesaian soasial dan kognitif. Hubung kait kesemua aspek perkembangan adalah sangat penting bagi mengembangkan whole child kontent bagi sains,sosial. Matematik,seni,kesihatan dan keselamatan semuanya di sepadukan ke dalam bentuk tema mengikut minat kanak-kanak. Bahasa diajar melalui aktiviti membaca dan menulis. Ahli interactionalish mengharapkan kemahiran bahasa diajar sebaik-baiknya dalam konteks kemahiran yang digunakan

Rujukan : 1. Brewer, J.A. (1992). Introduction to Early Childhood Education Preschool Through Primary Grades. Boston :Allyn and Bacon. 2. Essa, E (2002), Introduction to Early Childhod Education (3rd Edition). Albany : Delmar Publishers. 3. Joyce, B. Dan Weil, M (1996). Model of Teaching. Boston : Allyn and Bacon.

4. Morrison, G.S. (2001), Early Childhood Education Today, (8th Edition). New Jersey : Merill Prentice Hall.

You might also like