• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
SEDIHNYA………………….For those yang bergelar ibu dan anak yang masih mempunyai ibu..Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan..IBU MISALIOLEH NORHASHIMAH HASHIMPENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalungpingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil.Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. "Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerimaanugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dansungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- samaCik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. " Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisanpenonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuhtinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untukbangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas?Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu banggamenapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarungbertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payahmemimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anakgadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yanghanya tunduk memerhati lantai pentas. Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerimaanugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknyaserba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yangsekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaianyang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian,aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada.
 
Baterinya masih dapat bertahan.Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yangduduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Matamereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakanbicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku.Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantasmengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa. "Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya inginmerakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah pempertimbangkan maksaya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini.." Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkatsetelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama,saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dandiperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anakkandungnya" "Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalambenak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi,apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anakkandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihatnanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpinmasyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerahsebentar tadi." Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran. "Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Merekatidak dapat membendung rasa kekaguman. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sanake mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah AbangAlang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedangberjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental bangbangng dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergeraklangsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan,bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
 
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yangsedang ditayangkan itu dengan khusyuknya."Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-andan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belumpandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnyamak hendak melayan makan dan, pakai mereka." "Sewaktu saya berusia enam atau, tujuhtahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak keranamereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikanmereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itusendiri. "Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suaramak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak danabang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!""Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kalimak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka." "Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota merekacukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yangbetulnya, mereka malas, mak!"”Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali diamempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernahmengundang rasa simpati saya. "Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dankakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan sayamenyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlasmenolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jikamakanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atastangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan sajamencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahatsaya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.." "Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernahmengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah bolehhidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.""Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugasdi rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...