You are on page 1of 10

Masalah Pendidikan Jilid 27 155 Kekangan Wanita dalam Aktiviti Fizikal: Satu Ulasan Rujukan Syed Kamaruzaman b.

Syed Ali Universiti Malaya Abstract This article is a review of research on barriers to "women s physical activity. It will discuss the mean ing of physical activity and its benefits, physical activity and health problems , women:~ involvement in physical activity and obstacles women face during invol vement in physical activity. These obstacles are related to environmental, psych ological and sociological aspects. Several methods to surmount these problems ar e also discussed. Pendahuluan Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya m enjadi idaman setiap orang sarna ada lelaki mahupun wanita. Untuk mencapai impia n tersebut aktiviti fizikal yang bersisternatik amat penting. Aktiviti fizikal a dalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota tubuh badan. Menurut Corbin et al. (2002) pula, aktiviti fizikal boleh dijelaskan seba gai suatu pergerakan yang me lib atkan penggunaan otot-otot besar. Terdapat pelb agai aktiviti fizikal yang balch dilakukan. Misalnya jogging. walking, aerobics dances, field games. cycling. swimming. bowling dan golf (Zainun Ishak, 1994). N amun begitu dalam kesibukan pada zaman sains dan teknologi ini, kita telah disog okkan dengan pelbagai peralatan canggih yang bertujuan untuk meringankan kerja. Antaranya ialah lif, escalator, dan berbagai lagi yang boleh menyebabkan kita ti dak banyak menggunakan tenaga. Fenomena ini telah menjadikan individu itu bertam bah malas dan lemah, malah berasa sangat rugi jika menggerakkan anggota tubuh ba dan mereka. Keadaan ini jika dibiar berterusan akan menyebabkan pe1bagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kurangnya per gerakan fizika1. Penyakit tersebut termasuklah penyakit kardiovaskular (sakit ja ntung), tekanan darah tinggi, masalah kegernukan, sakit belakang, dan sakit send i (Wee, 1997). Sebenarnya, badan kita memerlukan lebih banyak peluang untuk berg erak aktif. Oleh yang demikian kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menilai tahap kecergasan semasa. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu

156 Masalah Pendidikan Jilid 27 aktiviti yang penting dalam mengatasi masalah ke sihatan (US Department of Health and Human Services, 1996). Menurut Jones (1996) , latihan fizikal akan dapat meningkatkan fungsi sistem kardiovaskular, yang ber upaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan mungkin mengurangkan aras t ekanan darah. Di samping itu latihan fizikal juga menghasilkan otot yang kuat da n sendi yang senang bengkok atau lembut. Seterusnya kekuatan otot dan kelembutan sendi ini akan membolehkan kebanyakan tugas harian lebih mudah dilakukan dan me mbantu pencegahan sengal dan sakit serta arthritis. Aktiviti Fizikal dan Masalah Kesihatan Menurut Wee (1997), kckurangan pergerakan fizikal merupakan salah sat u faktor yang menyebabkan penyakit kardiovaskular. Di negara ini, mengikut lapor an Yayasan Jantung Negara, sejak tahun 1980 hingga sekarang, penyakit kardiovask ular merupakan penyebab kematian utama di Malaysia. Pada tahun 1992, 5487 kemati an ataupun 23.2 peratus dari j umlah kematian disebabkan oleh penyakit kardiovas kular. Sebenarnya dari tahun 1980 hingga 1992, kadar kematian akibat penyakit ka rdiovaskular telah meningkat dari 22 orang kepada 38 orang dalam setiap 100000 o rang, iaitu pertambahan sebanyak 71.5 peratus (Wee, 1997). Selain daripada masal ah sakit jantung atau kardiovaskular, masalah lebihan berat badan turut dihadapi oleh orang ramai akibat dari kekurangan melakukan aktiviti fizikal. Di Malaysia , kadar kegemukan terus meningkat di kalangan remaja dan berdasarkan kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada lima remaja di negara in i mengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan (Berita Minggu, 2003). Menurut Noordin Darus (1999), aktiviti fizikal ataupun senaman merupakan faktor yang signifikan dalam mencegah kegemukan. Sehubungan dengan itu, jika aktiviti fizikal itu ditingkatkan, masalah kegemukan akan dapat diatasi, penyakit dapat d ihindarkan dan rnasalah kernatian sebelum tiba masanya akan dapat dikurangkan. S eterusnya jika kes-kes kematian berkaitan kegemukan boleh dicegah, maka hampir t ujuh tahun jangka hayat seseorang itu boleh ditambahkan. Jangka hayat berkuranga n 1 peratus bagi setiap paun lemak yang lebih bagi individu antara 45 hingga 50 tahun. Di Amerika Syarikat, hampir 55 peratus kematian adalah disebabkan penyaki t kardiovaskular yang berkaitan dengan kegemukan dan cara hidup yang tidak aktif secara fizikal (Wee, 1997).

Masalah Pendidikan Jilid 27 Penglibatan Wanita dalam Aktiviti Fizikal 157 Zainun Ishak (1994) telah menjalankan satu kajian berkaitan dengan penglibatan r cmaja pcrempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Di dalam kajian tersebut beliau mendapati hanya 37.9% terlibat dengan permainan di gelanggang, 36.5% terl ibat dengan perrnainan di padang dan hanya 39.7% yang terlibat dengan aktivitijo gging, cycling dan aerobics. Bilangan ini adalah keciljika dibandingkan dengan p englibatan aktiviti fizikal dari kalangan remaja lelaki. Ini menunjukkan bahawa bilangan remaja perempuan yang terlibat dengan aktiviti fizikal adalah sedikit d i Malaysia. Pada hari ini sebenarnya masih ada kaum wanita yang tidak dapat mema stikan sarna ada sukan itu penting ataupun tidak kepada diri mereka. Melalui sat u tinjauan yang dibuat oleh Nadhratul Wardah (2000), di dapati seramai 93.2% res ponden yang menyatakan sukan itu sangat penting, dan 1.4% mcnyatakan kurang pent ing. Dad tinjauan tersebut di dapati ramai kaum wanita sedar akan kepentingan me 1aksanakan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal, Namun untuk melaksanakannya aga k sukar bagi mercka. Ini adalah kerana mengikut kajian yang dijalankan oleh Nati onal Association for Sport and Physical Education (NASPE, 2003), didapati lebih kurang 23% responden menyatakan masalah gangguan dari kerja lain, 18% menyatakan tidak ada masa, 12% menyatakan rna salah kesihatan, dan 12% tidak ada minat ata upun motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal, Hasil kajian yang dijalankan ole h Ford et al. (1991) terhadap wanita di Pittsburgh pula mendapati status ekonomi juga turut mempengaruhi penglibatan mereka di dalam aktiviti fizikal, Seramai 1 6.8% wanita yang mempunyai status ekonomi tinggi telah melibatkan diri secara ak tif dan berterusan dalam aktiviti fizikal berbanding dengan hanya 7% wanita yang berstatus ekonomi rendah. Sebenarnya kanak-kanak perempuan sejak kecil hinggala h dewasa, mereka telah mclibatkan diri dengan berbagai aktiviti fizikal. Tetapi kajian telah men genal pasti hanya 20% wanita dewasa yang bergiat aktif dalam ak tviti tersebut dan 30% kurang aktif ataupun sederhana (USDHHS, 2000). Faktor-fak tor Kekangan Berdasarkan perbincangan tersebut, sebenarnya terdapat beberapa fak tor yang menjadi kekangan kepada mereka (wanita) untuk terlibat secara aktif dal am aktiviti fizikal. Kekangan atau halangan yang dihadapi oleh kaum wanita scmas a diperingkat kanak-kanak adalah sarna dengan halangan-halangan ketika mereka

158 Masalah Pendidikan Jilid 27 di peringkat dcwasa (Hall, 1998; Sherwood & Jeff ery, 2000). Faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada mereka untuk melakukan ak tiviti fizikal dapat dikategorikan kcpada tiga aspek: persekitaran, sosiologi da n psikologi (Ransdell, Oakland, & Taylor, 2003). Faktor Persekitaran Aspek persekitaran rnerangkumi kurangnya penekanan ke atas aktiviti pendidikan j asmani di sekolah-sekolah, juga kurangnya program-program rekreasi yang mana ia sebenarnya disukai oleh remaja perempuan dan boleh menarik rninat mereka melakuk an aktiviti tersebut, latarbelakang keluarga yang tidak berminat kepada aktiviti fizikal, pengaruh teknologi seperti televisyen dan komputer yang menghalang mer eka dari melakukan aktiviti fizikal, keadaan cuaca yang tidak sesuai, dan masala h perbelanjaan kewangan yang tinggi (Browne, 1992; Luke & Sinclair, 1991; Sherwo od & Jeffery, 2000). Kemudian terdapat juga di antara mereka te1ah diingatkan ol eh pihak-pihak tertentu supaya tidak menggunakan alat-alat senaman di luar bagi tujuan aktiviti fizikal kerana cuaca yang tidak sesuai dan perbelanjaannya yang tinggi (Hart et al., 1989; Sherwood & Jeffery, 2000). Nadhratul Wardah (2000) te lah menjaJankan satu tinjauan ke atas 1005 wanita di Malaysia tentang faktor- fa ktor yang menghalang wanita dari melibatkan diri dalam aktiviti fizikaJ. Antara dapatan beliau yang boleh dikategorikan dalam aspek persekitaran ialah kekuranga n masa kerana banyak kerja dan sibuk belajar (87%) dan kekurangan masa kerana me laksanakan tanggungjawab di rumah (30.5%). Berdasarkan kepada faktor yang pertam a didadapti lebih separuh daripada responden yang dikaji terlalu sibuk dengan ha l-hal pekerjaan dan urusan pelajaran dan ini menghalang rnereka bergiat aktif da lam aktiviti fizikaJ. Faktor Sosiologi Halangan - halangan dari segi sosial pula ialah seperti pcnumpuan kepada kerjake rja lain yang lebih penting; kurangnya sokongan dari kawan-kawan, adik-beradik, atau keluarga, dan pengaruh daripada individu yang terlibat dengan aktiviti fizi kal tidak menunjukkan kesan positif atau peningkatan (Sherwood & Jeffery, 2000). Tambahan pula mengikut pendapat Roszilah Asrnuti dan Mohd Sofian (2003), wanita kini lebih suka kepada benda-benda yang cantik; menurut mereka kecantikan itu a dalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan sebagai seorang wanita,

Masalah Pendidikan Jilid 27 159 Nadhratul Wardah (2000) turut menyatakan bahawa masalah yang menyebabkan kurangn ya wanita mclibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal ialah kekurangan pen getahuan dan maklumat tentang aktiviti fizikal, tidak berminat dalam sukan, tida k mendapat sokongan dari masyarakat, masalah pakaian sukan yang tidak sesuai, me nganggap tidak ada sebarang faedah, dan masalah larangan dalam agama ketika bers ukan. Di samping itu, menurut N adhratul Wardah (2000), masalah kebenaran daripa da ibu bapa untuk melaksanakan aktiviti fizikal sebenarnya tidaklah besar, keran a melalui kajiannya, beliau mendapati lebih kurang 96.8% wanita menyatakan bahaw a mereka tidak ada halangan dari ibu bapa mereka untuk me lib atkan diri dalam a ktiviti sukan atau aktiviti fizikal. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mereka menu njukkan sikap yang positifterhadap aktiviti fizikal. Kemudian jika ditinjau perk embangan sukan masa kini, sebenarnya wanita tidak pcrnah dikecualikan daripada m enyertai aktiviti kecergasan fizikal, tetapi peluang penyertaan mcreka dalam akt iviti tersebut telah dihadkan (Renzetti, 1989). Kemudian Plaisted (1995) serta R odgers dan Douglas (1998) juga berpendapat bahawa penglibatan wan ita dalam suka n juga telah dihadkan oleh pertubuhan sukan itu sendiri. Misalnya International Olympic Committee (IOC) scndiri enggan memberi kebenaran kepada atlit wanita men yertai acara larian jarak jauh seperti marathon sehingga awal tahun 1980-an. Ala sannya ialah atlit wanita tidak mempunyai ketahanan untuk mcnghadapi ketegangan acara tersebut. Faktor Psikologi Selain daripada aspek persekitaran dan sosial, aspek psikologi juga turut menyum bang kepada faktor penghalang kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal . Misalnya kurang yakin dengan kemampuannya terutama dari aspek fizikal, rasa ti dak selesa dengan pendidikan luar, dan masalah kurang yakin dengan kemampuan did yang sebenarnya mereka boleh dibimbing untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar ( Luke & Sinclair, 1991; Sherwood & Jeffery, 2000). Menurut Napolitano (2000), dar jah keyakinan diri juga turut mcmpengaruhi kemampuan untuk melakukan aktiviti fi zikal. Iaitu apabila rnereka tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, se cara tidak lang sung mereka tidak akan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan s empurna. Terdapat juga di antara mereka yang bimbang dengan kemunculan dan penil aian terhadap tubuh badan mereka (McAuley & Burman, 1993). Dalam satu

160 Masalah Pendidikan Jilid 27 kajian ke atas wanita yang tinggi tahap kebimban gan sosial susuk badan (social physique anxiety-SPA) yang diukur menggunakan Soc ial Physique Anxiety Scale (SPAS) (Hart et al., 1989), didapati wanita lebih men galami tekanan berdasarkan laporan kendiri, merasai kurang selesa semasa penilai an susuk badan dan lebih kerap berfikiran negatiftentang penampilan tubuh badan mereka (Hart et. al., 1989). Oleh itu mereka memilih untuk berlatih di persekita ran yang terpencil dan persekitaran yang tidak menitikberatkan susuk badan (Craw ford & Eklund, 1994). Zainun Ishak (1994) pula menyatakan bahawa terdapat juga d i antara wanita yang tidak aktif melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang badan mereka akan berotot seperti lelaki. Kemudian menurut Cox (1998), wanita yang me nyertai sukan dan berlatih dengan serius akan dianggap mannish atau kelakian dan unfeminine atau tidak kewanitaan. Masalah ini ada juga dinyatakan oleh Anderson dan Williams (1994) dalam Mohd Sofian (2003), iaitu wan ita takut jika dia mena ng dalam persekitaran yang dominannya kelakian, dia akan kehilangan kewanitaanny a dan juga akan disingkirkan oleh masyarakat sama ada lelaki atau wanita. Menuru t Cox (1994) juga, wanita sebenarnya mempunyai perasaan malu dalam penyertaan su kan yang tidak sesuai dengan perananjantina mereka. Situasi yang demikian menyeb abkan kurangnya penglibatan yang ramai dari kalangan wanita untuk melakukan akti viti fizikal ataupun sukan. Ada juga di antara rnereka yang rasa ragu-ragu atau bimbang hendak mengikuti aktiviti fizikal kerana kurangnya kcyakinan dengan kema mpuan fizikal mereka dan kadangkadang rasa sukar dan kekok melakukan latihan di temp attemp at awam (Bain et a1., 1989). Hasil daripada tinjauan di Malaysia, Na dhratul Wardah (2000) juga mendapati lebih kurang 69.8% daripada sampel yang dik aji menyatakan bahawa mereka kekurangan kemampuan, kekuatan dan keyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal. Kesimpulan dan Cadangan Aktiviti fizikal merupakan s uatu aktiviti pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh semua manusia tanpa mengir a kaum atau jantina. Faedah dan kepentingan dari aktiviti ini tidak dapat dinafi kan lagi. Melalui aktiviti fizikal seseorang individu itu dapat memelihara kesih atan badan secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu berbagai penyakit yang b erkaitan akan dapat dihindarkan. Semua penduduk sarna ada lelaki atau perempuan merupakan generasi yang penting dalam membantu membangunkan negara. Oleh yang de mikian satu langkah yang drastik pcrlu diambil bagi menjamin kualiti kehidupan p enduduk masa kini. Di antara langkah terse but termasuklah mengadakan usaha-usah a

Masalah Pendidikan Jilid 27 161 bagi menggalakkan kaum wanita agar mereka seiring dengan kaum lelaki dalam melak ukan aktiviti fizikal bagi penjagaan kesihatan yang baik. Mereka perlu berasa le bih selesa dan mempunyai motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut, Mis alnya, selain daripada dorongan, faktor kemudahan peralatan juga perlu disediaka n dan ini merupakan faktor penting dalam membantu meningkatkan penglibatan indiv idu dalam aktiviti fizikal (Napolitano, 2000). Bagi merealisasikan hasrat terseb ut kerjasama padu daripada semua peringkat amat diperlukan. Pihak media massa ad alah medan utama yang berperanan mcnyebarkan maklumat tentang kepentingan dan fa edah aktiviti riadah atau senaman serta keperluannya dalam kehidupan seharian. P enyebaran maklumat ini boleh dilaksanakan melalui kepakaran yang telah sedia ada di dalam negara kita. Pakar motivasi sukan contohnya boleh memberikan galakan d an dorongan di samping memberi panduan mengatasi masalah psikologi di kalangan w anita untuk melaksanakan aktiviti fizikal. Mereka juga boleh berperanan untuk mc ngikis masalah salah tanggapan masyarakat terhadap wanita yang melibatkan diri d alam aktiviti tersebut, Pakar-pakar agama juga boleh mcnggunakan saluran media u ntuk menghapuskan salah faham ten tang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang melakukan aktiviti fizikal. Kepentingan riadah dalam agama, terutamanya aga ma Islam, perlu disebarkan dan dijelaskan agar tiada pcrasaan ragu terutamanya d i kalangan kaum wanita yang ingin me lib atkan diri dalam aktiviti riadah. Malah pakar kesihatan dan pakar kecantikan yang ada juga perlu menggunakan media untu k mcnerangkan hubungan di antara aktiviti fizikal dengan kesihatan dan kecantika n tubuh badan. Begitu juga dengan kesannya terhadap sifat kewanitaan serta kcsan cuaca terhadap kulit dan bahan pelindung kulit yang sesuai semasa melakukan akt iviti fizikal. Selain penggunaan media massa, pihak Kementerian Pelajaran Malays ia dan Kcmenterian Pengajian Tinggi juga perlu mcmberikan penekanan tcrhadap pel aksanaan kurikulum pendidikan jasmani di institusi pendidikan termasuk sckolah. Mereka boleh membuat pemantauan sarna ada kurikulum yang dilaksanakan mengikut p anduan yang tclah ditetapkan atau sebaliknya. Mata pelajaran pendidikan jasmani juga boleh dijadikan sebagai mata pelajaran teras dan seterusnya dijadikan sebag ai subjek peperiksaan secara teori dan amali di peringkat sekolah mahupun instit usi pengajian tinggi. Pihak institusi pendidikan pula perlu melaksanakan kurikul um pendidikan jasmani mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementer ian Pelajaran tanpa membezakan di antara pelajar lelaki dan wanita. Mereka perlu me lib atkan

162 Masalah Pendidikan Jilid 27 semua pelajar lelaki dan wanita secara rnenyelur uh dalam aktiviti fizikal tanpa meragui tahap keupayaan pelajar percmpuan, malah sanggup mengambil risiko yang sarna sekiranya pelajar pcrempuan melakukan aktiv iti yang sarna dengan pelajar lelaki. Tindakan yang sarna juga perlu diambil sek iranya terdapat pelajar lelaki atau perempuan yang tiada kclengkapan untuk melak ukan aktiviti pendidikan jasmani, Sebagai contohnya, melarang pelajar perempuan membuat ulangkaji di dalam kelas scdangkan pelajar lelaki dipaksa melakukan akti viti pendidikanjasmani dengan memakai uniform sekolah. Pihak pemaju perumahan ju ga berperanan menyediakan sekurang-kurangnya satu kawasan lapang yang sesuai bag i semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal. Pihak pertubuhan sosial dan p enduduk setempat juga perlu bekerjasama menjaga dan menambah alatan kemudahan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya perlu, penggunaan ka wasan secara berjadual serta penyusunan program yang melibatkan aktiviti fizikal secara terancang hendaklah dibuat bagi menggalakkan penglibatan semua pihak. Ru jukan Bain, L. L., Wilson, T., & Chaikind, E. (1989). Participant perceptions of exercise programs for overweight women. Research Quarterlyfor Exercise and Spor t, 60(2), 134-143. Berita Minggu. (2003, September 28). Tabiat pemakanan tidak s eimbang punca kegemukan, msA. Browne, 1. (1992). Reasons for the selection or no nsclection of physical education studies by Year 12 girls. Journal of Teaching i n Physical Education, 11, 402-410. Corbin, C. B., Lindsey R., Welk, G. 1., & Cor bin, W. R. (2002). Concepts a/fitness and wellness. A comprehensive lifestyle ap proach (4th ed.). Boston: McGrawHill. Cox, R, H. (1994). Sport psychology: Conce pts and applications (3rd 00.). USA: Brown. Cox, R. H. (1998). Sport psychology: Concepts and applications (4th ed.). Boston: McGraw-Hill. Crawford, S., & Eklun d, R. C. (1994). Social physique anxiety, reason for exercise, and attitudes tow ards exercise settings. Journal ofSport & Exercise Psychology. 16, 70-82. Ford, E. S., Merritt, R. K., Heath, G. w., Rowell, K. E., Washburn, R. A., Kriska, A., et al. (1991 ). Physical activity behaviors in lower and higher socio-economic status populations. American Journal of Epidemiology. 133, 1246-1256. Hall, A. E . (1998). Perceived barriers to and benefits of physical activity among black an d white women. TfOmen in Sport and Physical Activity Journal, 7(2), 1-32.

, Masalah Pendidikan Jilid 27 163 Hart, E. H., Leary, M. R., & Rejeksi, W. 1. (1 989). The measurement of social physique anxiety. Journal of Sport & Exercise Ps ychology, 11,94-104. Jones, 0. L. (1996). Rahsia kesihatan. Shah Alam: Fajar Bak ti. Luke, M. D., & Sinclair, G. 0. (1991). Gender differences in adolescents' at titudes toward school physical education. Journal of Teaching in Physical Educat ion. 11. 31-46. McAuley, E., & Burman, G. (1993). The social physique anxiety sc ale: Construct validity in adolescent females. Medicine and Science in Sport and Exercise, 9, 1049-1053. Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed). (2003). Sosio-psikologi: Sukan dan kegiatan fizikal. Kuala Lumpur: Karisma. Nadhratul Wardah Salman. (200 0). Women and sport in Malaysia: Opportunities and barriers. 3M ICHPER.SD Asia C ongress 23-26 November 2000. Napolitano, M. A. (2000). Breaking barriers to incr eased physical activity. The Physician and Sportsmedicine, 28(10). NASPE (2003). Perceptions of physical education and physical activity. Journal of Physical Ed ucation, Recreation & Dance. 74. Noordin Darus. (1999). The art of total wellnes s. Kuala Lumpur: WorldWellness Network. Plaisted, V. (1995). Gender and sport. D alam T. Morris, & 1. Summer (Ed.), Sport psychology: Theory. application and iss ues (pp. 538-574). Singapore: Wiley. Ransdell, L. B., Oakland, D., & Taylor, A. (2003). Increasing physical education activity in girls and women: Lessons learn ed from the DAMET project. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. Re nzetti, C. M., & Curran, D. 1. (1989). Women, men. and society: The sociology of gender. Boston: Allyn and Bacon. Rodgers, B., & Douglas, S. (1998). The complet e idiot's guide to jogging and running. New York: Simon & Schuster. Roszilah Asm uti & Mohd Sofian (2003). Penentuan penyertaan sukan dan aktiviti fizikal di kal angan atIit lelaki dan wanita, Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed), Sosiopsikolog i sukan dan kegiatan fizikal (ms. 106-116). Kuala Lumpur: Karisma. Sherwood, N. E., & Jeffery, R. W. (2000). The behavioral determinants of exercise: Implicatio ns for physical activity interventions. Annual Reviews in Nutrition, 20, 21-44. U.S. Department of Health and Human Services. (1996). Physical activity and heal th: A report of the Surgeon General. Atlanta, GA: Centers for Disease Control an d Prevention. U.S. Department of Health and Human Services. (2000). Healthy peop le 2010. Washington, DC: USDHHS. Wee, E. H. (1997). Kecergasan: Satu panduan hid up. Shah Alam: Fajar Bakti. Zainun Ishak. (1994). Recreational activities of you ng adults in Malaysia. First ICHPER-SD Asia Congress Proceedings. Kuala Lumpur, Malaysia.

You might also like