You are on page 1of 3

ISLAM DI ASIA TENGGARA. ANALISAKAN PERJUANGAN UMAT ISLAM DI PATANI PADA TEMPOH 1900 SEHINGGA 1954.. Menurut A.

Teeuw dan Wyatt, Pattani merupakan antara Kerajaan terawal yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini kerana adalah berdasarkan bukti penulisan Tomes Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1404. Kerajaan ini telah di perintah oleh keturnan Tuan Besar Tun Ahmad iaitu bekas Perdana Menteri Kelantan dan Raja Kampung Laut. Kerajaan Pattani ini merupakan salah sebuah negeri yang telah mencapai kegemilangan dalam pentadbirannya iaitu melalui Chulalongkorn dan Phibul. Pada masa yang sama pentadbiran yang diperkenalkan dengan dasar dasar baru ini telah mencetuskan kebangkitan dan perjuangan Pattani. Terdapat beberapa faktor yang telah mencetuskan kebangkitan ini. Faktor faktor ini mencakupi tiga aspek utama iaitu dari segi politik dan social. Dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Siam atau dikenali sebagai Thailand seperti pentadbiran Thesaphiban oleh Chulalongkorn dan Rathaniyom oleh Phibul telah menyebabkan kebangkitan pejuang di kawasan selatan iaitu Patani. Terdapat beberapa tokoh perjuangan islam yang telah menerajui kebangkitan ini antaranya ialah Tengku Abdul Kadir Kamarudin, Tengku Abdul Jalil, Tengku Mahmod Mahyiddeen dan Haji Sulung. Jelasnya, perjuangan mereka ini adalah atas dorongan yang kuat kepada menegakkan dan mempertahankan kedudukan islam di Pattani. FAKTOR POLITIK Telah berlaku satu penyusunan semula system pentadbiran Pattani iaitu Thesaphiban iaitu dengan memecahkan Pattani kepada tujuh wilayah yang mempunyai seorang Pesuruhjaya Siam selaku ketua pentadbiran. Hal ini telah memperlihatkan satu keadaan yang tidak setara iaitu Raja Melayu yang hanya di anggap sebagai boneka. Hal ini sekaligus telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan Raja Raja Melayu justeru telah di laksanakan satu pemberontakan menuntut keadilan dalam system pentadbiran di Pattani. Walaubagaimanapun, pemberontakan ini telah membawa kepada penahanan Tengku Abdul Kadir di Pitsanulok selama 3 tahun.

Kebangkitan pertama ini merupakan pencetus dan membawa kepada kebangkitan yang seterusnya dalam memperjuangkan hak orang melayu dan islam di Pattani. Masyarakat Pattani meneruskan penentangan melalui impinan Tok Tae dan Haji Bulat. Walaubagaimanapun, perjuangan ini telah ditumpaskan. Penentangan ini dibuat apabila ramai masyarakat Pattani yang melihat kedudukan islam di Tanah Melayu yang di angkat tinggi. Kekalahan ini telah membawa mereka menyelematkan diri di Tanah melayu. Pada tahun 1947 memperlihatkan satu kebangkitan umat islam yang lebih agresif. Kebangkitan ini juga telah membawa kepada penumpasan masyarakat muslim. Mahmod Mahyideen merasakan bahawa satu cara yang perlu di lakukan adalah dengan melakukan perbincangan dan berunding mengikut perlembagaan dan undang undang. Walau bagaimanapun, ianya tidak berhadil iaitu dengan berlakunya penangkapan Haji Sulung yang di dakwa menubuhkan pasukan gerila. Penangkapan ini telah membawa kepada satu lagi kebangkitan umat islam yang tidak berpuas hati dengan penangkapan tanpa sebab oleh kerajaan Thailand. Jelasnya kebangkitan ini bukan lah untuk menuntut pembebasan masyarakat islam malah lebih kepada menuntut keadilan dalam pemerintahan kerajaan Thailand.

FAKTOR SOSIAL Pendidikan merupakan salah satu isu yang telah membangkitkan masyarakat islam di Pattani. Ianya bermula pada tahun 1921 iaitu melalui akta pelajaran 1921 iaitu mewajibkan kanak-kanak belajar di sekolah kebangsaan Siam yang menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa pengantar dan guru pula terdiri daripada golongan sami Buddha. Hal ini menyebabkan agama Islam tergugat serta pendidikan agama Islam dan penggunaan tulisan jawi juga terhapus. Lantas, satu pakatan iaitu Pakatan Mempertahankan Agama Islam (PMAI) ditubuhkan yang diketuai oleh Tengku Abdul Kadir. Keadaan ini seterusnya menyebabkan satu pemberontakan telah berlaku di Kampung Belukar Semak yang terletak di daerah Rakak pada tahun 1923. Walaupun begitu, pemberontakan tersebut dapat dipatahkan oleh pihak Siam hingga menyebabkan Tengku Abdul Kadir serta keluarganya melarikan diri ke Kelantan.

Kebangkitan umat islam juga dapat dilihat melalui dasar Rathaniyom. Dasar ini jelasnya membawa percanggahan dalam kebudayaan Melayu. Dasar ini adalah dengan menetapkan kesemua penduduk harus memakai pakaian fesyen ala negara Eropah seperti bertopi, makan menggunakan sudu, menggunakan meja sebagai tempat makan tanpa mengira agama dan kaum serta satu program dilancarkan yang menjadikan orang-orang Siam berpegang teguh pada semangat kebangsaan Siam. Pengenalan dasar ini telah membawa kepada satu bantahan yang di lakukan oleh Tengku Abdul Jalal iaitu dengan mengemukakan bantahan terhadap kerajaan Siam dan meminta supaya beberapa pindaan dilakukan berkaitan dengan perlaksanaan peraturan kebudayaan masyarakat Melayu kerana telah menindas orang Melayu. Beliau berharap kerajaan Siam membuat pindaan tersebut supaya perasaan penduduk tempatan terutamanya orang Melayu tidak terjejas dan tersisih. Secara keseluruhannya, masyarakat Pattani di lihat mula melakukan kebangkitan dan penentangan kepada kerajaan Siam adalah untuk mempertahankan kesucian agama dan juga hak orang islam. perjuangan uma islam ini meliputi aspek politik dan social yang telah memperlihatkan satu perjuangan yang panjang sehingga tahun 1954.

You might also like