You are on page 1of 4

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT pembelajaran di Malaysia. bagi meningkatkan kualiti

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN

Pembangunan pendidikan di Malaysia, sentiasa bergerak maju ke arah pencapaian tahap global. Untuk itu kerajaan telah memperkenalkan bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Pendidikan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di seluruh negara. Objektif NKRA Pendidikan ialah untuk memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dan dapat memupuk sikap, nilai dan etika yang positif serta memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat serta negara. Bagi menjayakan misi ini, aspek pembangunan modal insan berteraskan inovasi, kreatif, serta nilai tambah tinggi akan dijadikan teras utama dalam perancangan pembangunan pendidikan sepanjang RMK-10 Empat tumpuan utama dalam NKRA Pendidikan adalah; 1. Pendidikan Prasekolah, 2. Literasi dan Numerasi (LINUS), 3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), 4. Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar (PGB)

PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Ia menjadi teras dan asas kukuh kepada peningkatan dan kesinambungan kepada pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Ia melibatkan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain yang akan menggunakan standard yang ditetapkan Jawatankuasa Pendidikan Prasekolah Kebangsaan. Sasarannya untuk meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan 5 tahun keatas kepada; 2012 sebanyak 72%, 2011 sebanyak 80% dan, 2012 pula 87% menunjukkan peningkatan. Adalah usaha yang telah cuba dilakukan. Pencapaian daripada 1353 prasekolah yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010 sebanyak 1000 telah pun beroperasi mengikut pecahan berikut; Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : Rancang 315 : Capai 315(100%) Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) : Rancang 50 : Capai 50(100%) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) : Rancang 500 : Capai 209(42%) Swasta : Rancang 488: Capai 426(86%) LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) Program LINUS menekankan penguasaan 3M (Membaca, Mengira, dan Menulis) untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Murid yang gagal mengusai 3M dan murid keperluan khas akan disaring dan dibantu melalui pembelajaran khas supaya mereka juga dapat menguasai 3M. Jawatan Fasililtator LINUS (Fasillinus) diwujudkan di semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berperanan memantau dan menyelaras pelaksanaan LINUS serta membantu guru-guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaiannya pada tahun 2011 lebih 90% pelajar mengusai literasi dan numerasi. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) Pelaksanaan SBT bertujuan memastikan sekolah yang cemerlang serta mempunyai etos, karakter, dan identiti diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Sekolah yang diberi pengiktirafan akan dijadikan sebagai pemangkin dan benchmark kepada sekolah-sekolah lain. Kriterian pemilihan SBT berasaskan; Skor Gred Purata Sekolah (GPS) Pemberatan 70% Skor Verifikasi Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Pemberatan 30% Sasarannya sebanyak 100 buah SBT pada 2012 Sebanyak 20 buah SBT telah diumumkan pada 29 Januari 2010. Daripada jumlah ini, 14 buah adalah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah. SEKOLAH KLUSTER KECERMERLANGAN (SKK) Sehingga Januari 2012 terdapat 213 buah SKK dengan pecahan Sekolah Menengah 143 buah dan Sekolah Rendah pula sebanyak 70 buah. SKK menjadi contoh pada peringkat antarabangsa sebagai kecermerlangan pendidikan berkualiti negara. FAKTA Bagi tahun 2012, Kerajaan memperuntukkan RM30 billion bagi pendidikan rendah dan menengah yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5.5 juta murid termasuk EMOLUMEN OPERASI PENDIDIKAN = RM19.6 billion PROGRAM BANTUAN DAN BIASISWA PELAJAR = RM2.8 billion MEMBINA 80 BUAH SEKOLAH BARU, 1,100 BLOK TAMBAHAN DAN 347 PROJEK GANTIAN = RM 1.6 billion MENGUBAH SUAI DAN MENAIK TARAF SEKOLAH DAIF DI SELURUH NEGARA = RM 1.1 billion TAWARAN BARU KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB) Ganjaran kewangan dan bukan kewangan diberikan kepada PGB berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian (performance based assesment). Program Pembangunan Prestasi Sekolah (School Improvement Program SIP) pula diperkenalkan bagi sekolah yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sasarannya memastikan seramai 2% guru mendapat ganjaran pada tahun 2010 dan ditingkatkan kepada 4% pada tahun 2012. Pencapaian 2010 ialah 584 (7.63%) sekolah daripada 7,648 sekolah rendah seluruh negara dan 92 (4.2%) buah sekolah menengah daripada 2,204 buah sekolah menengah seluruh negara merangkumi semua kategori sekolah. PENDIDIKAN DALAM BAJET 2012 Peruntukkan sebanyak RM50.2 billion

RM 1.9 billion untuk perbelanjaan pembangunan bagi semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. RM 1 billion untuk penambahbaikkan sekolah Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan kokurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Bantuan persekolah sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. Pemberian Baucer Buku RM200 kepada semua pelajar di IPTA dan IPTS, Matrikulasi serta pelajar warganegara Malaysia Tingkatan 6 seluruh negara. INSENTIF PENDIDIKAN Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau cukai pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun. Galakkan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ganda keatas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship. PENDIDIKAN TINGGI UNTUK RAKYAT Rakyat Malaysia yang berkelayakkan turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Terdapat 20 IPTA dan 501 IPTS di negara ini yang menyediakan peluang dan pilihan kepada pelajar untuk memilih kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dimiliki. PROGRAM MYBRAIN Bagi melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan Program MyBrain, Pencapaian Program MyBrain 2011 adalah seperti berikut; MyMaster 6,243 pelajar (jumlah keseluruhan RM6.4 juta) MyPhD 1,391 pelajar (jumlah keseluruhan RM18.2 juta) PhD Industri 97 pelajar (jumlah keseluruhan RM208,000) Informasi di atas adalah hasil rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

You might also like