STRATEGI MEMARTABATKAN WARISAN BUDAYA DINEGERI MELAKA
Sempena: Seminar Pengembangan Dan Pemeliharaan Warisan Budaya Indonesia danMalaysiaSesi: Masalah, Perspektif dan Strategi Masa DepanOleh: Azhar Abdul Latiff
1.Pengenalan
Negeri Melaka kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggiterutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin dan RebanaKeras. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakattempatan pada satu masa dahulu, kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurangdiminati oleh golongan muda.Pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008telah memberi nafas baru kepada kesenian-kesenian tradisional di Melaka untuk menjadi pengisian kepada Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan (IKSBW) yang menjadi nadi dan penggerak kepada sektor pelancongan negeri Melaka. Satu perancangan yang sistematik dan
1
Azhar Abdul Latiff M.A. (Malay Studies) UM, BEng. (Electrical-Electronics) UTM, BEM(Graduate Engineer), ABRSM Certificate (Violin) merupakan Ketua Kumpulan SenimanMuda ISMMA, bersama-sama dengan ISMMA sejak tahun 2001 sebagai pemuzik, jurulatihseni budaya dan konduktor Orkestra. Menjadi penggiat seni budaya di negeri Melakasejak daripada tahun 1994 dan masih aktif sehingga sekarang. Berpengalaman sebagai Jurutera Operasi Penyiaran Radio di stesen radio komersial Malaysia sejak tahun 2004.Sedang membuat kajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah terhadap Industri Kreatif SeniBudaya dan Warisan di negeri Melaka.
Add a Comment
mnz_evolution1928left a comment