You are on page 1of 2

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI Tujuan: - untuk memotivasikan murid agar bersikap lebih berautonomi selaras dengan aspirasi negara

dalam menghasilkan individu bestari yang dalam erti kata merupakan murid terarah kendiri ( self-directed ). - Boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan prinsipprinsip yang luas, kesepaduan kemahiran dan pengetahuan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. - Hasil yang diharapkan ialah berjaya menghasilkan murid yang: a) Berkemahiran b) Berketrampilan c) Berakhlak d) Dapat sesuaikan diri dengan pelbagai situasi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Takrifan: - merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari - bahan pembelajaran direka dan diurus agar murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka - akhir sekali sebagai maklum balas, pentaksiran kendiri disediakan Pemikiran tentang pembelajaran akses kendiri: - murid perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif, bukan hanya memberi respon kepada rangsangan guru sahaja - murid harus menjana idea dan mencari peluang belajar - guru berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan - program ini dibentuk bagi menggalakkan murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri lantas menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Kepentingan pembelajaran akses kendiri di sekolah: a) Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas b) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka c) Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran d) Melatih murid belajar secara kendiri e) Membimbing dan membantu murid di mana perlu - murid sendiri akan: a) tetapkan matlamat pembelajaran mereka b) sediakan rancangan pembelajaran mereka c) menyempurnakannya - bagi mencapai tujuan itu, murid perlulah: a) Kenalpasti keperluan mereka b) Kenalpasti tahap kebolehan mereka c) Tetapkan matlamat pembelajaran sendiri d) Kenalpasti masa pembelajaran yang ada e) Sediakan pelan pembelajaran yang realistik Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri - sebuah bilik khas bagi menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun secara sistematik

untuk kegunaan murid. - Mengandungi ruang untuk: belajar dalam suasana senyap : aktiviti peralatan audio visual : aktiviti berpasangan dan berkumpulan Kriteria Penubuhan Pusat Pembelajaran Akses Kendiri a) Lokasi Mudah dikunjungi Senang diawasi oelh guru/pentadbir untuk jamin keselamatan bahan, peralatan dan ruang bilik b) Reka bentuk Ruang/sudut bilik harus ceria dan menarik galakkan kunjungan murid Persekitaran selesa, bebas tekanan, kondusif dan tidak formal c) Susun atur Ada pelbagai sudut seperti sudut bacaan, komputer, audio visual, permainan, bekerja, pameran dan lembaran kerja Susunan perabot kemas memudahkan pergerakan d) Ruang/ Sudut/Laluan Tempat khas simpan bahan kotak, almari, perabot, tikar e) Pusat mudah alih Guna kotak/troli Bahan-bahan dalam Pusat Pembelajaran Akses Kendiri Bahan bercetak Lembaran kerja Buku bacaan/rujukan Majalah/akhbar/jurnal Peta/poster Soalan ujian/peperiksaan/dsb. Bahan bukan bercetak Bahan audio visual Permainan Bahan Multimedia Perisian pendidikan Alat perisian mengarang Cakera padat Cakera padat video Hasilan murid Tulisan: esei, sajak, puisi, kajian ringkas Lukisan Kraf tangan Boneka Pentas boneka Pelbagai boneka Kesimpulan: Bagi memastikan keberkesanan program ini, guru perlu sentiasa memperingkatkan kualiti, jenis dan mempelbagaikan bahan untuk menari minat murid menggunakan bahan-bahan di pusat pembelajaran ini. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan di pusat ini mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat ini. Pusat ini akan lebih popular dikalangan murid jika terdapat hubungkait antara pembelajaran di dalam kelas dengan bahan yang disediakan di pusat ini.

You might also like