Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesaksian Saudari Soleha Fold

Kesaksian Saudari Soleha Fold

Ratings: (0)|Views: 22 |Likes:
Published by yantjessgmail

More info:

Published by: yantjessgmail on Apr 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/15/2010

pdf

text

original

 
1
KESAKSIAN SAUDARI SOLEHAH
Assalamualaikum, saudara dan saudari yang dikasihi Tuhan!
Namasaya Solehah, seorang Muslimah Melayu dari Semenanjung Malaysia.Keluarga saya keluarga Muslim yang cukup tradisional dan kuat peganganagama Islamnya. Sejak awal-awal lagi saya telah diberi pendidikan keagamaanIslam yang mendalam bagi membentuk perwatakan saya sebagai seorangMuslimah yang cukup taqwa dan alim.Pada peringkat sekolah rendah, saya juga dididik di sekolah madrasah danbermuqaddam, mengaji dan telah mendalami rukun-rukun Islam serta al-Quran daripada ustazah-ustazah dan guru-guru agama Islam yang lain. Guru-guru agama saya telah mengajari saya bahawa ada saranan dalam Islam yangutamakan memperolehi ilmu walau pun terdapat di tempat yang cukup jauhseperti di negeri Cina.Dari itu, saya telah banyak membaca dan tidak seganmenanyakan banyak soalan-soalan seringkali apabila saya kurang memahamisesuatu hal atau ajaran dan lain-lain isu dalam Islam.Banyak kali, tabiat saya ini tidak menyenangkan ustaz-ustaz dan guru-guruagama saya! Tetapi, bukankah saranan Islam supaya kita menimba ilmusebanyak mungkin, walau pun sampai ke negeri Cina? Jadi, saya telahmenanyakan banyak perkara tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang laindalam Islam. Salah satu ‘Rasul’ yang saya paling minati ialah Sayidina Isa a.s.,yang juga digelar ‘Al-Masih’ di dalam al-Quran. Oleh kerana Nabi Isalah yangpaling menyerlahkan sifat-sifat pengasih dan penyayang sertaperikemanusiaan yang insaniah di antara rasul-rasul yang lain, termasuk Muhammad, bagi saya. Saya telah menanyakan banyak sekali tentangSayidina Isa al-Masih kepada guru-guru agama saya, sehingga salah seorangustazah saya telah menasihatkan saya supaya saya JANGAN mengkaji ataumembaca Surah Fasal 19 yaitu Suratul-Maryam dalam al-Quran (Surah inimengandungi kisah Sayidina Isa yang agak ‘panjang’)! Saya pun hairan sekali.Kerana guru agama saya ini sedang cuba menggugat dan menghalang sayadaripada menelaah tentang salah satu daripada enam Rasul Islam yang palingpenting dan utama!Malah, dia juga telah menegah saya daripada membaca Kitab Suci Injil, yakni‘Al-Kitab/Bible (Bahasa Inggeris)’ umat Kristian. Saya pun terasa kejanggalansaranan beliau kerana halangannya bertentangan sekali dengan sikap‘menimba ilmu’ yang kononnya dipelopori oleh agama Islam! Dengan ilmu
 
2ini, saya rasa, masyarakat majmuk dan ‘pluralis’ di tanah air Malaysia dapatmenjambatani jurang kesefahaman di antara masyarakat yang berbilang kaumdan agama yang wujud dengan cukup ketara di sini! Lebih-lebih lagi,saranannya itu berbau merahsiakan sesuatu yang dia ingin sembunyikandaripada perhatian dan kajian saya. Ini bukanlah sekadar pengalaman sayaseorang sahaja, tetapi boleh dikatakan rata-rata majoriti orang-orang Islamtelah secara lumrahnya diberikan nasihat yang sama atau ditegah sama sekalidaripada mengkaji agama-agama samawi seperti Kristian/Masehi pada hari ini.Akhirnya, saya telah pun memperolehi sebuah Kitab Injil (
 Bible
umatKristian). Saya ingin mengkaji dan menyelidiknya, tetapi dengan sebuahminda yang terbuka dan tidak tercemar oleh pra-sangka prasangka dan buruk sangka lumrah yang ada dalam minda dan anggapan orang-orang Islamterhadap Kitab umat Kristian! Saya sudah cukup mantap dengan cerita-ceritadan kisah-kisah Sayidina Isa dalam al-Quran, kitab saya sendiri sebagaiseorang Muslimah.Akan tetapi, apa yang telah saya dapati di dalam Injil, adalah jauh lebihlengkap dan rinci daripada kandungan kisah-kisah Sayidina Isa a.s. dalam al-Quran! Misalnya, al-Quran katakan bahawa Isa adalah hanya salah seorang
 Nabi
dan
 Rasul 
Allah. Tetapi, Injil telah menyatakan bahawa, menurut sabdaSayidina Isa A.M.sendiri, baginda telah menyatakan bahwa
Baginda (Isa)
 adalah jauh lebih besar daripada nabi-nabi
Yunus
dan
maupun NabiSulaiman -
yang telah muncul sebelum kedatangan Isa Al-Masih!
Lihat KSI,Matius 12 : 41-42.
Isa Al-Masih menyatakan bahawa
Baginda pun
 sudah wujud dan ada bersama-sama dengan Allah s.w.t. SEBELUM LAHIRNYA NABI  IBRAHIM.A.S di dunia!
Kewujudannya ini bukanlah hanya sekadar sebagai‘buah fikiran’ Allah swt, tetapi sesungguhnya Al-Masih telah wujud sebagai
‘Kalimat Allah’
yaitu
 Firman dan Sabda Allah sendiri
yang ada pada DiriAllah, dari azaliah, serta tidak pernah berpisah daripada Allah s.w.t. padawaktu apa pun!
KSI,
 
Yohanes 8: 57-58, Yohanes 1 :1-4, 14
.Islam mengajari bahawa utusan dan risalah Nabi Isa adalah
 hanya untuk umat Israel sahaja
. Sayidina Isa sendiri telah bersabda :

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->