You are on page 1of 1

Laporan Jawatankuasa Kabinet Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan

daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974. 1 Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara. Laporan ini lebih menegaskan pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.2 Selain itu, laporan ini juga memberi fokus kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Kurikulum ala Malaysia telah ditegaskan. Di samping itu, pendidikan menengah telah dibahagikan kepada dua jurusan, akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan juga ditambah dari 9 tahun ke 11 tahun. Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Laporan Kabinet juga didapati mempunyai persamaan dgn tujuan Akta Pendidikan 1961 dan Laporan Hussein Onn, iaitu menyatupadukan rakyat.

1
2

Choon Lean Keow, 2011. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan , (Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn bhd), hlm. 37.

Ibid.

You might also like