You are on page 1of 31

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN (TAFSIR AYAT AKHLAK)

Disediakan oleh : 1. Afifah binti Ramli 2. Azzini Nudra-Afifi binti Husin 3. Aimuni binti Zakaria 4. Nor Hidayah binti Haron
PISMP PENDIDIKAN ISLAM-PR-2 SEM.3 AMBILAN JANUARI 2012

Pensyarah : Ustaz Mohd Fikri bin Haji Ismail

TAFSIR AYAT AKHLAK


Surah Al-Anfal ayat 24-25 (Menyahut Seruan Allah & Rasulnya)

SURAH AL-ANFAL AYAT 24-25

24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, Ketahuilah bahawa Sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. 25. Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu, dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras seksaanNya.
3

HURAIAN AYAT
Surah Al-Anfal ayat 24-25

Redha dengan ketetapan Allah

Taat perintah Rasul Akhlak ayat 24-25 Surah al-Anfal


Usaha tingkatkan keimanan

Cegah kemungkaran dalam masyarakat 5

Ayat 24 :
Mengajak orang-orang yang beriman agar menerima apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dalam alQuran.Begitu juga mereka diwajibkan untuk menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Perintah Allah dan Rasul yang ditujukan kepada manusia bertujuan memandu kehidupan manusia ke arah kebaikan. Itulah yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan .

Penerimaan terhadap Allah bermaksud menerima hukum-hakam dari Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Sementara penerimaan terhadap Rasul pula ialah mengakui kerasulannya yang dipertanggungjawab oleh Allah untuk menyampai seluruh 6 ajaran Allah kepada manusia.

Ibn Kathir menyebut dalam tafsirnya:


Hafas bin Asim meriwayatkan bahawa Abu Said al-Mala berkata apabila dia sedang solat Rasulullah s.a.w memanggilnya dan dia tidak datang berjumpa Rasulullah s.a.w pada waktu itu. Setelah selesai solat barulah dia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanyakannya apa yang menghalangnya segera datang bertemu Rasulullah ketika dipanggil tadi. Dia lantas menjawab dia sedang solat. Lalu Rasulullah bertanyakannya tidakkah dia pernah mendengar firman Allah s.w.t:

Kemudian Rasulullah memberitahunya bahawa baginda ingin mengajarkannya satu surah yang paling baik di dalam al-Quran sebelum baginda keluar. 7

Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa Dia

membataskan antara seseorang dengan hatinya. Mengikut Ibn Abbas bermaksud Allah membataskan seseorang mukmin dengan kekufuran. Apabila seseorang itu beriman, maka dia terselamat daripada kekufuran dan amalannya. Begitu juga menurut Ibn Abbas, Allah membataskan seseorang yang kafir dengan keimanan. Ini bermakna apabila seseorang itu kufur kepada Allah maka dia terhalang daripada melakukan amalanamalan keimanan. Al-Saddiyy pula berpendapat maksud ayat ini ialah seseorang itu tidak mampu untuk beriman kecuali dengan izin Allah. Begitu juga seseorang itu tidak 8 menerima kekufuran melainkan dengan izin dariNya.

O Kedua-dua maksud di atas menunjukkan kepada

kita perbezaan yang wujud antara keimanan dan kekufuran. O Apabila seseorang diberi hidayah oleh Allah, maka dia akan selamat di dunia dan di akhirat. Sementara mereka yang tertutup pintu hatinya dari menerima hidayah bakal menerima azab yang pedih di akhirat kelak. O Kita semua akan dikembalikan kepada Allah semula setelah perjalanan kita di dunia ini sudah berakhir. Di sana kita akan dihitung satu persatu segala amalan yang telah dilakukan di dunia. Bersedialah! Allah akan membalas segala perlakuan kita di atas dunia.
9

Ayat 25 :
O Memberi amaran kepada kita agar merasa takut terhadap

musibah atau malapetaka dari Allah yang akan diturunkan kepada manusia secara umumnya. Bala ini akan dikenakan kepada seluruh manusia di tempat itu, sama ada yang taat atau yang engkar. Muslim meriwayatkan hadis daripada Zainab binti Jahsy yang bertanyakan Rasulullah tentang perkara ini.

Bermaksud: Zainab bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kita akan dibinasakan sedangkan bersama kita ada orang-orang yang soleh. Rasulullah menjawab: Ya, jika kejahatan telah berleluasa.

10

O Kejahatan dan kemungkaran tidak akan berleluasa

dalam masyarakat jika anggota masyarakat mengamalkan konsep amar makruf dan nahi munkar atau menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. O Bila tanggungjawab ini ditinggalkan dalam masyarakat, maka mereka berhak menerima balasan Allah lantaran dosa pelaku mungkar dan dosa masyarakat yang tidak mencegah kemungkaran tersebut.

11

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis:

Bermaksud: Perumpamaan orang yang menegakkan hukum Allah dan orang yang melanggarkannya seperti satu kaum yang mengundi dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka tinggal di atas dan sebahagian yang lain tinggal di tingkat bawah kapal. Orang-orang yang berada di tingkat bawah apabila memerlukan air, mereka akan lalu melalui orang-orang di tingkat atas. Lalu mereka berkata: Kalau kita tebuk dinding kapal di bahagian bawah kita tidak akan menggangu lagi orang-orang di atas. Maka jika orang-orang di atas membiarkan kehendak orang-orang di bawah itu, nescaya mereka akan binasa dan semuanya binasa. Jika mereka mencegah perbuatan itu mereka selamat dan semua selamat. 12 (Hadis Sahih Bukhari).

Di akhir ayat ini, Allah mengingatkan kita bahawa azab Allah sangat pedih. Seksaan ini bakal dikenakan terhadap orang-orang yang ingkar perintah Allah di atas dunia ini. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa sedar, insaf dan selalu merasa takut terhadap azab Allah. Semoga kita dapat menghindari maksiat dan dosa serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran daripada berleluasa.

13

PENGAJARAN AYAT SURAH AL-ANFAL AYAT 24-25 DAN KAITANNYA DENGAN ISU SEMASA

1- Orang-orang yang beriman wajib menyahut seruan Allah dan Rasul dalam segenap aspek kehidupan mereka. Keadaan ini boleh menjamin kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat.

2- Kita hendaklah sentiasa redha dan menerima dengan hati yang terbuka segala arahan dan suruhan Allah. Kita juga mesti yakin bahawa segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada kita adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya. 3- Orang yang beriman sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk oleh Allah dalam setiap tindakan yang ingin dilakukan. Pengharapan ini boleh menjamin seseorang daripada menyimpang dari jalan Allah SWT.
15

4- Banyak musibah menimpa masyarakat kita hari ini seperti jenayah rogol, bunuh diri, wabak penyakit dan keruntuhan moral remaja dan dewasa dan berbagai-bagai lagi. Ini semua berlaku ekoran daripada kelalaian kita menegakkan hukum Allah dalam masyarakat. 5- Keghairahan mengejar dunia kadang-kadang melupakan kita ketaatan kepada Allah. Perkara ini boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri tanpa disedari. Keadaan ini samalah seperti perumpamaan orang di tingkat bawah kapal yang ingin menebuk dinding bawah kapal untuk mendapatkan air dengan cara yang mudah. Mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu boleh membinasakan mereka dan semua penumpang kapal itu. 6- Kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat perlu ditegah. Kewajipan ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Apabila kemungkaran dibiarkan, seluruh masyarakat akan menuju kehancuran akibat kemurkaan dari 16 Allah SWT.

TAFSIR AYAT AKHLAK


Surah Muminun ayat 1-11 (Ciri-ciri Mukmin Yang Berjaya)

17

SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11

18

PENGERTIAN
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 2. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, 3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, 4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat, 5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [1]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. 7. Barang siapa mencari yang di balik itu [2] maka mereka itulah orangorang yang melampaui batas. 8. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. 9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. 10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, 11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di 19 dalamnya.

HURAIAN AYAT
Surah Al-Mukminun ayat 1-11

20

Menjaga solat

Menjaga amanah Akhlak dalam ayat 1-11 Surah al-Mukminun Memelihara kehormatan diri Mengeluarkan zakat

Khusyuk dalam solat

Menjauhi perkara yang melalaikan dan sia-sia

21

Allah menegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang

beriman dan bersifat dengan sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat di atas telah berjaya dan bahagia. Kejayaan yang dicapai oleh mereka itu disebabkan oleh keimanan mereka dan amal soleh yang dilakukan itu. Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya yang disebutkan dalam ayat di atas ialah khusyuk dalam solat. Menurut Ibn Abbas antara sifat mereka yang dikatakan sebagai khusyuk dalam solat ialah perasaan takut dan menghina diri semasa berhadapan dengan Allah s.w.t yang Maha Agung ketika solat. Ibn Kathir meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawa sahabatsahabat mendongakkan kepala mereka ke langit ketika solat. Apabila diturunkan ayat ini mereka mula melihat ke tempat sujud. Antara sifat orang-orang yang beriman juga ialah berpaling dari perkara yang melalaikan. Menurut Ibn Kathir, makna allaghw ialah perkara yang batil yang merangkumi maksiat, syirik dan perkara yang tidak berfaedah sama ada perkataan atau perbuatan. 22

Mereka juga menunaikan zakat harta mereka kepada

golongan yang berhak menerimanya seperti golongan fakir dan miskin serta seumpamanya yang termasuk dalam asnaf penerima zakat. Zakat yang dikeluarkan itu memberkati harta mereka serta membahagiakan jiwa mereka kerana mencari keredaan Allah. Sifat keempat yang disebutkan dalam ayat di atas ialah menjauhkan diri daripada perkara maksiat dengan menjaga kemaluan mereka daripada melakukan zina, liwat dan mendedahkan aurat. Penjagaan ini dilakukan dalam setiap keadaan kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan hamba-hamba sahaya mereka. Sesiapa yang melakukan pelanggaran terhadap batasan yang telah ditetapkan ini bermakna mereka telah melakukan kerosakan, kezaliman dan sesuatu yang melampaui 23 batas.

Antara sifat orang yang beriman yang berjaya lagi ialah orang

yang menjaga amanah dan menepati janji. Mereka tidak mengkhianati amanah yang diserahkan kepadanya dan tidak menyalahi janji yang ditaburkan kepada orang lain. Mengikut Abu Hayyan amanat yang dimaksudkan di sini termasuklah apa sahaja yang diamanahkan oleh Allah terhadap hambaNya, sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan atau kepercayaan. Begitu juga menurutnya apa sahaja yang diamanahkan oleh manusia kepada seseorang seperti tanggungjawab sebagai pemimpin atau berbentuk barang-barang dan sebagainya. Sifat orang mukmin yang beroleh kemenangan juga ialah yang menjaga solat lima waktu. Mereka amat memelihara solat mereka dengan menunaikannya di awal waktu. Menurut Ibn Jaziyy apabila ditanya kenapa diulang dua kali berkaitan solat iaitu di awal-awal ayat ini dan disebutkan lagi di sini. Beliau menjawab kedua-dua ayat ini bukanlah pengulangan kerana ayat yang pertama berkaitan khusyuk dalam solat dan ayat yang kedua ialah penjagaan terhadap solat dengan melakukannya di awal waktu serta tidak leka 24 daripada menunaikannya.

Orang-orang yang bersifat dengan sifat-sifat yang

disebutkan di atas layak mewarisi syurga Allah s.w.t. Ayat yang berikutnya menjelaskan mereka layak memasuki tingkatan syurga yang paling tinggi iaitu syurga al- Firdaus. Syurga ini mempunyai sungaisungai yang mengalir di bawahnya. Mereka yang memasuki syurga akan kekal di dalamnya dan mereka tidak akan keluar selama-lamanya.

25

PENGAJARAN AYAT SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11 DAN KAITANNYA DENGAN ISU SEMASA

(i) Kejayaan yang hakiki ialah kejayaan yang merangkumi dunia dan akhirat. Kejayaan ini sudah tentulah apa yang diredai oleh Allah s.w.t. Oleh itu tidak bermakna seseorang yang hidup di atas dunia dengan segala kemewahan dan kesenangan tetapi mereka engkar perintahNya. Mereka hanya mendapat keseronokan di dunia yang sementara. Tetapi di akhirat nanti, mereka akan dihumbankan ke dalam azab neraka Allah s.w.t. (ii) Bagi mendapatkan kejayaan yang abadi, manusia mestilah beriman kepada Allah s.w.t. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan perintah Allah s.w.t. Oleh itu, seseorang yang engkar perintah Allah s.w.t sebenarnya ialah orang rugi, walaupun pada zahirnya seolah-olah mereka mendapat kejayaan dan keuntungan. Sebagai contoh, peniaga yang mendapat keuntungan yang berlipat ganda dengan unsur-unsur penipuan dan penindasan terhadap orang lain tidak boleh dianggap berjaya. Mereka sebenarnya tertipu kerana bakal menerima azab Allah di akhirat nanti lantaran keseronokan sementara yang mereka nikmati itu.

27

(iii) Orang yang khusyuk dalam solat mereka ialah antara orang yang mendapat kejayaan yang sebenarnya. Solat yang khusyuk dapat mencegah segala kemungkaran dan perkara yang keji. Allah berfirman:
Bermaksud: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perkara keji dan mungkar. Solat yang khusyuk ialah solat yang benar-benar memberi kesan kepada individu mukmin. Kekhusyukan dalam solat diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Keadaan ini menjadikan mereka terpelihara daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha memastikan kita khusyuk dalam solat agar kehidupan kita terjamin daripada 28 melanggar perintah Allah s.w.t.

(iv) Orang yang benar-benar beriman kepada Allah hendaklah menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah seperti maksiat dan sebagainya. Bergelumang dengan maksiat bermakna seseorang itu menempah jalan yang merugikan diri sendiri kerana mereka dimurkai oleh Allah dan akan mendapat seksaNya di akhirat nanti. (v) Orang yang suka bersedekah akan mendapat keberkatan dalam hidupnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang menghulurkan harta hasil titik peluhnya akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah apabila dilakukan semata-mata untuk mencari keredaanNya.
29

(vi) Kejayaan seseorang juga dikaitkan dengan keupayaannya mengawal nafsu syahwat mereka. Seseorang yang bergelumang dengan maksiat seperti zina, liwat dan homoseksual menyebabkan kehidupan mereka tidak terarah dan tidak menentu. Sebab itulah Allah memerintahkan manusia supaya berkahwin dan menyalurkan keinginan syahwat mereka terhadap isteri-isteri mereka. Dewasa ini ramai tokoh dunia yang terkenal akhirnya tersungkur akibat skandal dan kelakuan mereka yang mementingkan nafsu.

30

31

You might also like