You are on page 1of 4

DOA MESYUARAT

Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu. Ya ALlah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami kepadaMu.

DOA SELAMAT

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs ejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja. Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

KALENDAR PERSEKOLAHAN SESI 2004


PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2004
KUMPULAN B Sekolah-Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.Persekutuan Kuala Lumpur, N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, W.Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

PENGGAL

CUTI DAN HARI PERSEKOLAHAN


HARI PERSEKOLAHAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL HARI PERSEKOLAHAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN HARI PERSEKOLAHAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL HARI PERSEKOLAHAN CUTI AKHIR TAHUN

MULA
5.1.2004 13.3.2004 22.3.2004 29.5.2004 14.6.2004 21.8.2004

AKHIR
12.3.2004 21.3.2004 28.5.2004 13.6.2004 20.8.2004 29.8.2004

BIL. BIL. HARI MINGGU


10 50 9 10 50 16 10 50 9 11 41 53 53 290

30.8.2004 10.11.2004 11.11.2004 2.1.2005

JUMLAH
Jum. Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am..........203 hari Jum.Hari Cuti Penggal................................................87 hari

DOA KESEJAHTERAAN

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

You might also like