You are on page 1of 2

JURNAL Bilangan Jurnal Minggu Praktikum : 8/12 : Minggu Kelapan

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 15 MAC 2013 Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa

1. Masalah Pada minggu kelapan, saya telah menghadapi masalah yang sama iaitu pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa.

2. Analisis

Masalah ini tumbul disebabkan guru masuk lewat ke kelas disebabkan kelewatan menyediakan bahan bantu mengajar. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki

a. Saya sepatutnya membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengurus masa dengan baik. b. Saya kena mencari jalan penyelesaian atau membuat perancangan A dan perancangan B supaya ianya dapat berjalan seperti mana yang dirancang. c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan guru-guru dan rakan-rakan yang lain.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang dengan perancangan yang baik dan tersusun bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirancang. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi segera sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5. Tindakan Susulan

Saya mesti membuat perancangan supaya sesi pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan objektif tercapai dengan jayanya. Saya terpaksa mengurangkan aktiviti dan hanya memfokuskan kepada objektif yang perlu dicapai dan murid-murid dapat memahami dengan baik pada sesi pembelajaran pada hari itu.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : En. Jamaludin Bin Ahmad :

Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : En. Mohamad Yusri Bakir :

You might also like