You are on page 1of 14

PENERANGAN : Pada awal tamadun perusahaan Automotif,kebanyakan kereta menggunakan pacuan roda belakang .

Arus perkembangan perusahaan ini semakin pesat hingga tahun 1970 dan terhasillah suatu reka bentuk susunan rangkaian pemacu yang dikenali sebagai pacuan roda hadapan(Front Wheel Drive) .Dalam siri penjimatan tadi pacuan roda hadapan digunakan secara meluas di dunia kini .Banyak faktor yang menyebabkannya terjadi dan faktor itu saling kait-mengait. Rangkaian pemacu Rangkaian pemacu ialah suatu siri rangkaian penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan. Rangkaian pemacu biasanya terdiri daripada cekam( klac),kotak gear (gear box),aci pendorong(propellar shaft),sendi semesta(universal joint),unit karbeza (diffrential), dan aci hab (drive shaft)untuk menggerakkan roda kenderaan.(wheel) Istilah Transmission yang sering diguna pakai kadang kadang dirujukan kepada kotak gear sahaja dan ini adalah tidak tepat. Ramai berpendapat transmission ialah suatu perpindahan kuasa dari kuasa enjin ke kuasa pusingan roda melalui roda tenaga(flywheel), cekam( klac),kotak gear(gear box,)aci pendorong (propellar shaft)akhirnya ke unit kabeda (differential)

Jenis rangkaian pemacu Terdapat dua jenis pemacu iaitu Pemacu roda hadapan( Front Wheel Drive) dan Pemacu Roda belakang. (Rear Wheel Drive) Dalam rangkaian pemacu roda hadapan bahagian seperti aci pendorong tidak di perlukan dan kotak gear disatukan dengan unit kerbeza.Terdapat juga kotak gear yang didalam nya terdapat unit diffrential atau transaxle. Kebanyakan kenderaan persendirian ,teksi dan sebagainya adalah didalam tahap ini dan ianya begitu meluas digunakan . Jenis pemacu roda belakang Jenis lazim : Dalam rangkaian pemacu ini, enjin diletakkan di hadapan ruang penumpang dan menggunakan rangkaian klac, kotak gear, aci pendorong,unit kerbeza dan aci hab(axle). Roda pacuan ialah roda belakang belakang seperti gambar dibawah Sistem ini banyak digunakan dalam industri automotif sehingga 1970.

Contoh Kenderaan menggunakan pacuan belakang dan pacuan hadapan Gambar dibawah menunjukkan kereta menggunakan pacuan roda belakang Gambar dibawah ini menunjukkan kereta menggunakan pacuan roda hadapan

Foto 3 : Jenis enjin depan pacuan belakang(FR)

Foto 4 :Jenis enjin depan pacuan hadapan(FF)

. Enjin belakang pemacu belakang Dalam rangkaian pemacu ini, enjin dicagarkan dibelakang gandar belakang dan kotak gear hadapan axel belakang.Enjin ini disesuaikan untuk kenderaan ringan sahaja

. Enjin tengah pemacu belakang Rangkaian ini banyak digunakan dalam kereta lumba dan kedudukan enjin di hadapan gandar belakang sementara kotak gear dibelakang gandar belakang dimana proses penghantaran menggunakan propeller shaft

Jenis pacuan roda hadapan Rangkaian ini banyak digunakan dalam kereta lumba dan kedudukan enjin di hadapan sementara kotak gear di depan dimana proses penghantaran menggunakan drive shaft

1.Jenis pacuan empat roda Pemacu empat roda biasanya dilengkapkan ke trak-trak ringan dan bertujuan untuk menyediakan terikan ke jalan . Enjin biasa dicagakkan secara lazim dan terdapat satu kotak pindah untuk masukkan dengan gandar hadapan.Dengan ini kuasa dapat disampaikan keempat-empat roda kenderaan

Komponen utama Diantara komponen utamanya ialah. Ianya terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung didalam satu kotak biasanya dipasang dibelakang perumah klac.Melaluinyalah kuasa enjin dihantar dari aci klac keaci pendorong. Apabila pacu lebih atau kotak pindah digunakan, ia diletakkan diantara penghantaran dan aci (shaft).Terdapat berbagai jenis kotak gear secara umumnya: 1.Kotak gear penghantaran insani 2.Kotak gear penghantaran automatik Komponen-komponen utama 1.Kotak gear (gear box) Kotak gear terdiri daripada satu rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak.Biasanyan ianya dipasang dibelakang perumahan klac .Melaluinya kuasa enjin dihantar dari aci klac dan aci pendorong. Apabila pacu lebih atau kotak kuasa pindah digunakan ia diletakkan diantara penghantaran dan aci pendorong. Jenis-jenis dan binaannya anda dinasihatkan merujuk kepada nota khas yang disediakan.

1.Aci pendorong( propellor shaft) Ianya ialah aci pemacu yang menghubungkan diantara aci utama penghantaran dengan unit kabeda (diffrential).Pergerakan putaran di aci utama penghantaran dibawa melalui aci pendorong ke karbeda menyebabkan roda belakang berputar.Gambarajah dibawah ada menerangkan kedudukan serta bahagiannya.

Gandar belakang (rear axle) Terdapat dua asas gandar belakang iaitu gandar mati dan gandar hidup. Gandar mati tidak boleh berputar tetapi roda berputar diatasnya. Contoh yang biasanya digunakan ialah gandar kereta kuda .Gandar hidup pula disambungkan keroda yang man kesemua roda dan gandar berputar sekali .Gandar hidup dikelaskan kepada tiga iaitu separa terapung , tiga suku terapung dan terapung penuh.(Sila rujuk kertas penerangan khas tentang bab ini dan anda perlu melihat perbezaaan tentang penggunaannya serta kebaikannya.) Foto 5 : Jenis gandar hidup (axle hidup) Foto 6 : Jenis gandar mati (axle mati)

Unit karbeda (differential unit). Apabila kereta membelok,roda luar perlulah dikendali lebih lanjut berbanding dengan roda dalam.Karbeda menghadkan kelinciran dan menggerakkan roda berputar dengan jumlah pusingan yang berbeza.Tujuan unit ini ialah mengurangkan jumlah pusingan roda ketika membelok,pusingan roda luar ditambah sementara pusingan roda dalam dikurangkan.

You might also like