You are on page 1of 7

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di

Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian reka

bentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan

ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan

Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun

1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada

ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur

yang gah pada masa itu.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang

dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu

ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200

meter persegi . Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai

Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak

berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang

kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan

Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat

Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan

Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia

dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C.

Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang

jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini

sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia

mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya
terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang

cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked .Bangunan ini juga

mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam

rekabentuk bangunan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina

Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini

membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat

warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak

RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang

termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam

tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan

Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi

ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian

dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan

kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad

ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Pelan Bangunan

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu

dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini

memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja

Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk

separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan

pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin

udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tong

simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu

kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang

dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks

lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65,

tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick. Bangunan ini pernah

menempatkan beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan

Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah

Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya

dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tampak Bangunan

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E.

Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala

Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan

yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai

State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.
Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang

berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang

bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka

bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang

berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua

tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan

meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta

lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu

dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah

yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin

menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah

dan kios. Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan

jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat

hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di

sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah

melambangkan keagungan bangunan ini.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul

Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana

Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di

Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Ciri

Dengan kubah tembaga dan jam menara setinggi 41 meter, bangunan ini merupakan tanda

penting di Kuala Lumpur. Ia menghiasi beberapa acara penting seperti Perarakan

Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan ketika menyambut Tahun Baru. Bangunan warisan ini

pernah menempatkan Mahkamah Agung (sekarang dinamakan Mahkamah Persekutuan). Ia


juga pernah menempatkan Mahkamah Rayuan sebelum kedua-dua mahkamah ini berpindah

ke Istana Keadilan di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil

Mahkamah Tinggi Malaya.

Di belakang bangunan ini mengalir pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di

tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang

sama oleh arkitek yang sama.

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Gambar 1: Pandangan Sisi Bangunan Sultan Abdul Samad


Nama : Bangunan Sultan Abdul Samad
Lokasi : Jalan Raja, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : Tiada
Hakmilik Bangunan / Tanah : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan/Kerajaan

Persekutuan
Tahun Dibina : 1894

Latar Belakang Sejarah :


Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Pada mula pembinaannya di kenali

sebagai ?Bangunan Baru Kerajaan? (the new Government Offices), kemudian sebagai ?

Sekretariat Persekutuan?, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri

Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai ?

Bangunan? sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak

1857 - 1898.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur

pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program ?Bangunan Tersergam? (Massive

Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek

Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu. Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah

$152,824 (anggaran awal $152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas

perletakan batu asas yang di lakukan oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G (Gabenor

Negeri ? negeri Selat) pada 6hb Oktober 1894. Antara faktor menarik disebalik sejarah

pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri ?

Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di

Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000

pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua

Jabatan pentadbiran Negeri ? Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan

pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis


Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat

Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan

Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D.

District Office).

You might also like