Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Folio Sej (Bangunan Sultan Abdul Samad)

Folio Sej (Bangunan Sultan Abdul Samad)

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 90|Likes:
Published by prefect94

More info:

Published by: prefect94 on Apr 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2010

pdf

text

original

 
 Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur  dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian reka bentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunanini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 olehSir Charles B.H. Mitchellyang merupakanGabenor  Negeri-negeri Selatketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu.Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuanSungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200meter persegi . Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagaiJalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak  berhampiran dengan Dataran Merdeka,Kelab Diraja Selangor  dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan SultanAbdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran  Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagaiPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ,Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkanMahkamah Agung Malaysiadan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah TinggiKuala Lumpur pada tahun 1978.Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari Britishbernama A.C.  Norman(yang bekerja di Jabatan Kerja Rayadi Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang  jurutera juga berasal dari British, iaituC.E. Spooner . Bangunan Sultan Abdul Samad inisangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Iamempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya
 
terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yangcantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked .Bangunan ini jugamempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalamrekabentuk bangunan ini.Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibinaMoorish dan Moghulyang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan inimembuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicatwarna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yangtermahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalamtahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaanAustraliatelah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagiketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaiandilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dankedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samadini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
Pelan Bangunan
Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman inimemberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
 
Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab DirajaSelangor.Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendinginudara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tongsimen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padukayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilangdengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Tekslengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggerisboleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad byJ.M. Gillick.Bangunan ini pernahmenempatkan beberapa buah Kementerian danJabatan Kerajaan Persekutuandan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor . Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan MahkamahPersekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkanMahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Tampak Bangunan
Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelahW. E.Maxwellmengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, KualaLumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaanyang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagaiState Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->