You are on page 1of 14

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

ISI KANDUNGAN

NO 01 02 03 04 05 06 07 08

KANDUNGAN Bahagian A Soalan 1 Soalan 2 Bahagian B Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Rujukan

MUKA SURAT 2 2 4 6 6 10 12 14

BAHAGIAN A
1|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Soalan 1 Berikan definisi disleksia dan nyatakan empat (4) ciri-ciri disleksia dari tahap persekolahan. Jawapan: Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:1. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik 2. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa 3. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi motomata-tangan Ciri-Ciri Disleksia Ciri-ciri pelajar yang menghidapi disleksia boleh terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu: Kanak-kanak pra-sekolah : o Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan o Suka mengganti perkataan dan hiperaktif o Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah o Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari o Tidak merangkak semasa bayi o Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

2|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

o Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak Sekolah Rendah (6 9 tahun): o Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor. o Menggunakan jari untuk mengira dan membaca o Keliru dengan tangan kanan dan kiri o Tulisan cermin atau terbalik Kanak-kanak Sekolah Rendah (9 - 12 tahun): o Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman o Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan o Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks o Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang o Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah o Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : o Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten o Kesukaran menulis karangan o Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral o Kesukaran mempelajari bahasa lain o Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan o Jenis orang yang suka senyap o Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten o Kurang kemahiran bersosial

Soalan 2
3|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Huraikan empat (4) subbidang psikolinguistik. Jawapan : Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatanpenglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi. Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adanya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya. Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta prosesproses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak. Psikolinguistik telah menjadi bidang ilmu yang sangat luas dan kompleks dan berkembang pesat sehingga melahirkan beberapa cabang ilmu psikolinguistik. Diantara cabang ilmu psikolinguistik adalah sebagai berikut : Psikolinguistik Teoritis : Psikolinguistik Teoritis ini membahas teori-teori bahasa yang berkaitan dengan proses- proses mental manusia dalam berbahasa. Misalnya dalam

rancangan fonetik, rancangan pilihan kata, rancangan sintaksis, rancangan wacana, dan rancangan intonasi. Psikolinguistik Perkembangan : Psikolinguistik Perkembangan ini berkaitan dengan proses pemerolehan bahasa, baik pemerolehan bahasa pertama maupun pemerolehan bahasa kedua. Subdisiplin ini mengkaji proses pemerolehan fonologi, proses
4|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

pemerolehan simantik dan proses pemerolehan sintaksis secara berjenjang, bertahap dan terpadu. Psikolinguistik Sosial : Psikolinguistik Sosial ini berkenaan dengan aspek-aspek social bahasa. Bagi suatu manyarakat bahasa, bahasa itu bukan hanya merupakan suatu gejala dan identitas social saja, tetapi juga merupakan suatu ikatan bathin dan nurani yang sukar ditinggalkan. Psikolinguistik Pendidikan : Psikolinguistik Pendidikan ini mengkaji aspek-aspek pendidikan secara umum dalam pendidikan formal di sekolah. Umpamanya peranan bahasa dalam pengajaran membaca, pengajaran dalam kemahiran berbahasa, dan pegetahuan mengenai peningkatan kemampuan berbahasa dalam proses memperbaiki kemampuan menyampaikan pikiran dan perasaan.

BAHAGIAN B Soalan 1
5|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Bincangkan tahap-tahap perkembangan Ilmu Psikolinguistik. Jawapan: Psikolinguistik adalah ilmu gabungan antara dua ilmu iaitu psikologi dan linguistik. Kemunculan ilmu ini sebenarnya bermula pada permulaan abad ke 20 ketika psikologi Jerman Wilhelm Wundt menyatakan bahawa bahasa dapat dijelaskan dengan dasar prinsip-prinsip psikologis (Kess, 1992). Pada waktu itu kepentingan bahasa mula mengalami perubahan dari sifat estetik dan kultural ke suatu pendekatan yang lebih ilmiah. Di Amerika, kaitan antara bahasa dengan ilmu jiwa juga mula muncul. Perkembangan ini dapat dibagi kepada empat tahap iaitu tahap formatif, tahap linguistic, tahap kognitif dan tahap teori psikolinguistik, realiti psikologis, dan ilmu kognitif. a. Tahap Formatif

Pada pertengahan abad ke 20 John W. Gardner, seorang psikologis dari Carnegie Corporation, Amerika mulai mengganggas hibridisasi (penggabungan) kedua ilmu ini. Idea ini kemudian dikembangkan oleh psikologis lain, John B. Carroll pada tahun 1951 mengadakan seminar di Universiti Cornell untuk merintis kaitan antara kedua disiplin ilmu ini dilanjutkan pada tahun 1953 di Universiti Indiana. Psikolinguistik lahir sejak tahun 1954 ketika penerbitan karya Charles E. Osgood dan Thomas A. Sebeok yang berjudul Psycholinguistics, A Survey of Theory and Research Problems di Bloomington. Pada ketika itu, istilah psikolinguistik merupakan pertama kali digunakan. Kelompok ini kemudian membawa penelitian mengenai relavitas bahasa dan universal bahasa. Pandangan tentang relativitas bahasa seperti dikemukakan oleh Benjamin Lee Whorf (1956) dan universal bahasa seperti dalam karya Greenberg (1963) merupakan karya-karya pertama dalam bidang psikolinguistik. b. Tahap Linguistik

Perkembangan ilmu linguistik berorientasi pada aliran behavioristik kemudian beralih ke mentalisme (nativisme) pada tahun 1957 dengan terbitan buku Chomsky, Syntactic Struktures
6|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

dan kritikan daripada Chomsky terhadap teori behavioristik. B. F. Skinner telah membuat psikolinguistik sebagai ilmu yang paling digemari. Hal ini semakin berkembang kerana pandangan Chomsky tentang universal bahasa makin mengarah pada pemerolehan bahasa khususnya mengapa anak di mana pun juga memperoleh bahasa mereka dengan memakai strategi yang sama. Strategi yang sama ini didukung oleh berkembangnya ilmu neolinguistik dan biolinguistik. Kajian dalam neolinguistik menunjukkan bahawa manusia memilki otak yang berbeza dengan haiwan baik dalam struktur mahupun fungsinya. Pada manusia ada bahagian-bahagian otak yang dikhususkan untuk kebahasaan sedangkan tidak pada haiwan. Biolinguistik merupakan ilmu hibrida antara biologi dan linguistik serta mencoba menjawab lima pertanyaan sentral dalam kajian bahasa yang dikemukakan oleh Chomsky: 1. Apa yang dimaksud dengan pengetahuan bahasa, 2. Bagaimana pengetahuan itu diperoleh 3. Bagaimana pengetahuan itu diterapkan 4. Mekanisme otak mana yang relevan dalam hal ini 5. Bagaimana pengetahuan ini berperan pada spesies manusia (Jenkins 2000). Pertanyaan pertama merujuk pada pengetahuan kebahasaan manusia iaitu pengetahuan seperti apa yang dimiliki oleh manusia sehingga dia dapat berbahasa. Ini dikaitkan dengan pertanyaan kedua iaitu dari mana datangnya pengetahuan itu. Apkah pengetahuan sudah ada sejak manusia dilahirkan (innate) atau diperolehi daripada lingkungan manusia itu lahir. Pertanyaan ketiga menjawab masalah bagaimana pengetahuan yang dimiliki itu diterapkan pada data yang masuk. Dengan pengetahuan yang telah kita miliki parameter serta apakah yang kita gunakan untuk mengolah dan mencerna input yang masuk pada kita. Pertanyaan keempat berkaitan dengan peranan otak manusia yang membezakannya dari otak haiwan dan pertanyaan terakhir merujuk pada hal yang membezakan manusia dengan haiwan iaitu apakah pengetahuan dan kemampuan berbahasa itu dimiliki ekslusif manusia.

7|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Kaitan antara bahasa dengan neobiologi dengan pandangan Chomsky yang mengatakan bahawa pertumbuhan bahasa pada manusia tercipta secara genetik. Manusia dilahirkan di dunia tidak kosong (teori tabula rasa). Waktu dilahirkan manusia sudah dibekali dengan apa yang di namakan faculties of the mind yang salah satu bahagiannya khusus diciptakan untuk pemerolehan bahasa. Menurut Chomsky, manusia memiliki innate properties waktu lahir dan bekal inilah yang kemudian membuatnya mampu untuk mengembangkan bahasa. Pemerolehan bahasa adlah unik untuk manusia, hanya manusia yang dapat berbahasa. Makhluk lain dapat melakukan banyak hal termasuk hal-hal yang dilakukan oleh manusia tetapi kemampuan mereka terbatas kepada perbuatan non-verbal. c. Tahap Kognitif

Pada tahap ini psikolinguistik mula mengarah pada peranan kognisi dan landasan biologis manusia dalam pemerolehan bahasa. Chomsky mengatakan bahwa linguis sebenarnya adalah psikolog kognitif. Pemerolehan bahasa pada manusia bukanlah penguasaan komponen bahasa tanpa berlandaskan pada prinsip-prinsip kognitif. Tatabahasa contohnya tidak lagi dipandang sebagai sesuatu yang terlepas dari kognisi manusia kerana konstituen dalam suatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut. Ujaran bukanlah suatu urutan bunyi yang linear tetapi urutan bunyi yang membentuk unit-unit konstituen yang tersusun dan setiap unit ini ini adalah realiti psikologis. Frasa ini dapat digantikan satu kata saja seperti Ahmad atau dia. Pada tahap ini kita mula membincangkan tentang peranan biologi pada bahasa kerana biologi merupakan landasan di mana bahasa itu tumbuh. Chomsky dan Lenneberg mengatakan bahawa pertumbuhan bahasa seorang manusia berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.

d.

Tahap Teori Psikolinguistik

8|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Tahap akhir, psikolinguistik tidak lagi berdiri sebagai ilmu yang berpisah daripada ilmu-ilmu lain kerana pemerolehan dan penggunaan bahasa manusia berkait rapat pada cabang ilmu pengetahuan yang lain. Psikolinguistik tidak lagi berdiri sebagai psiko dan linguistik sahaja tetapi menyangkut ilmu-ilmu lain seperti neurology, filsafat, primatologi, dan genetika. Neurologi mempunyai peranan penting dengan bahasa kerana kemampuan manusia berbahasa adalah kerana faktor neorologi sejak lahir. Tanpa otak dengan fungsi-fungsinya yang kita miliki seperti sekarang ini, mustahil manusia dapat berbahasa.

Soalan 2
9|H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Huraikan fungsi otak dan daerah bahasa. Jawapan: Psikolinguistik ialah satu disiplin yang melihat perhubungan antara linguistik dengan psikologi (2005:20). Psikolinguistik juga boleh dikatakan sebagai cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan jiwa manusia. Psikolinguistik juga didefinisikan secara meluas sebagai pengajian antara bahasa dan minda. Oleh hal yang demikian, minda seseorang amat mempengaruhi seseorang itu berbahasa. Menurut Robert Lado, psikolinguistik ialah pendekatan gabungan psikologi dan linguistik bagi telaah pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan hal-hal yang tidak mudah dicapai melalui salah satu daripada kedua-dua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri. Menurut Emmon Bach pula, psikolinguistik ialah ilmu yang meneliti kaedah sebenar para pemakai sesuatu bahasa membentuk atau menaakul kalimat-kalimat bahasa

tersebut.(2010:1) Faktor yang penting dalam penguasaan bahasa adalah faktor neurologi iaitu kaitan antara otak manusia dengan bahasa. Manusia memiliki otak yang beratnya 1500 gram. Otak memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal sistem-sistem tubuh yang lain. Pusat yang mengawal aktiviti-aktiviti bagi tubuh seseorang bertempat di otak. Pusat-pusat bertaraf tinggi juga terletak di otak, contohnya intelek, fikiran, kemahuan, pendengaran, penglihatan, perasaan, dan bau. Apabila sel-sel otak menerima sesuatu utusan, sel-sel tersebut akan menyimpan makna utusan itu. Pengalaman yang bertambah akan menyebabkan penyimpanan meningkat dan menjadi asas ingatan. Otak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama. Otak pertama iaitu disebut juga sebagai serebelum. Serebelum ini terletak di bahagian bawah atau belakang kepala. Serebelum merupakan otak yang kecil yang menjadi pusat kepada koordinasi otot dan keseimbangan badan. Selain itu, serebelum juga berfungsi untuk mengawal proses pernafasan, penghadaman dan metabolisme badan. Otak kedua atau sistem limbik terdiri daripada hypothalamus dan hippocampus. Bahagian ini memainkan peranan utama untuk mengawal emosi, deria bau, deria rasa dan tingkah laku
10 | H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

seksual. Otak pada bahagian ini juga mengawal tindakan logikal untuk merangsang keinginankeinginan seperti rasa lapar, dahaga dan tindakan pertahankan diri apabila menghadapi situasi yang mencemaskan seperti bahaya, ketakutan dan ketegangan emosi. Bahagian inilah yang banyak mengawal tahap kepintaran emosi (EQ). Otak yang seterusnya ialah neocortex atau dikenali juga sebagai sereberum. Sereberum merupakan pusat pemikiran dan kesedaran seseorang. Di sinilah terletaknya pusat untuk mengawal kemampuan dan keupayaan menguasai bahasa, pusat perhatian, ingatan, fikiran dan kemahiran motor. Selain itu, otak kiri berfungsi untuk mengawal aktiviti-aktiviti logikal dan akademik. Ia juga mengawal sensasi di bahagian kanan tubuh. Manakala, otak kanan pula penting untuk menguasai perkara-perkara yang berkaitan dengan imaginasi dan kreativiti seperti muzik, imaginasi pengenalan objek dan sebagainya. Ia juga mengawal sensasi di bahagian kiri tubuh.

Soalan 3
11 | H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

Bincangkan konsep ingatan. Jawapan: Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan. Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat yang mana ia bersesuaian dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya. Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tertentu. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Kadangkala murid-murid menghadapi masalah kebuntuan dalam proses pembelajaran, ini mungkin disebabkan mereka menghadapi pelbagai jenis masalah pembelajaran. Salah satu faktor ini ialah tahap intelektual murid. Di mana sesetengah murid dapat menguasai sesuatu bahan pembelajaran baru dengan mudah, manakala sesetengah yang lain menghadapi kesukaran dalam menguasai bahan pembelajaran yang sama. Situasi ini mungkin disebabkan oleh tahap kesediaan murid-murid yang berbeza. Jika sekiranya murid-murid tidak bersedia untuk sesuatu jenis pembelajaran dan apabila didesak untuk menerima maklumat tersebut, mereka mungkin menghadapi masalah dalam menguasai konsep-konsep yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, faktor-faktor persekitaran yang kondusif, personaliti guru-guru serta sikap para murid juga mempengaruhi proses pembelajaran. Faktor yang mempengaruhi pembelajaran yang akan dijelaskan di sini ialah ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk

12 | H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Manakala Atkinson dan Shiffrin (1971), mengklasifikasikan ingatan kepada tiga komponen utama, iaitu stor ingatan sensori, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang. Mengikut mereka, ingatan sensori boleh menerima kuantiti maklumat yang banyak, tetapi hanya dapat disimpan dalam masa yang singkat. Sebahagian kecil maklumat yang diamati akan disalurkan kepada ingatan jangka pendek, yang dapat menyimpan maklumat secara automatik tanpa latihan mengingat dalam tempoh 20-30 saat sahaja. Untuk menyimpan maklumat ini, ingatan jangka pendek hendaklah dilatih berulang-ulang untuk mengingat, enkod dan memindahkannya kepada ingatan jangka panjang, yang mana dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama, kadangkadang beberapa tahun atau sepanjang hayatnya bergantung kepada jenis atau nilai maklumat terhadap individu berkenaan.

13 | H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

BML: 3033 Psikolinguistik

UPSI 02 (A122PJJ)

RUJUKAN Sanat Md. Nasir (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (1983). The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuwana, Ellen. "Neuroscience for Kids-In the News." UW Faculty Web Server. Web. 01 Dec. 2010. Learning Able Kids. "Dyslexia Symptoms in Children with Difficulty Learning to Read LearningAbledKids." LearningAbledKids - Help for Homeschooling Children with Learning Disabilities. Web. 01 Dec. 2010 Hodge, Patricia. "Helping Dyslexic Children within the Classroom." Dyslexia the Gift. Information and Resources for Dyslexia. 09 Oct. 2010. Web. 01 Dec. 2010. Bailet, Laura. "Understanding Dyslexia." KidsHealth - the Web's Most Visited Site about Children's Health. May 2009. Web. 01 Dec. 2010

14 | H A M Z A H @ R O S L A N B I N A B D U L K A D I R

You might also like

  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Document5 pages
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Document18 pages
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Tisas
    Tisas
    Document11 pages
    Tisas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Document5 pages
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • CBCT2203
    CBCT2203
    Document2 pages
    CBCT2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Document14 pages
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Document14 pages
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Titas - 2
    Titas - 2
    Document3 pages
    Titas - 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Document6 pages
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Document6 pages
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • HDPS
    HDPS
    Document13 pages
    HDPS
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Titas
    Titas
    Document6 pages
    Titas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hdps
    Hdps
    Document7 pages
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hdps
    Hdps
    Document7 pages
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Occupational and Health
    Occupational and Health
    Document3 pages
    Occupational and Health
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Penyelesaian Masalah
    Penyelesaian Masalah
    Document12 pages
    Penyelesaian Masalah
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • HDPS3203 Yong Poh Yen
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Document16 pages
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Document12 pages
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Document14 pages
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • Hdps 3203
    Hdps 3203
    Document7 pages
    Hdps 3203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    No ratings yet
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Document14 pages
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Document14 pages
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)