You are on page 1of 5

Program penterjeman terdapat di dalam bahasabahasa pengaturcaraan aras tinggi (BASIC,Focus,NOMAD, Prolog,SQL, dll)

Dengan program penterjemah, arahan yang diberikan oleh pengaturcara dalam bentuk baris-baris aturcara akan di fahami oleh komputer.

3 jenis program penterjemah: 1- penghimpun 2- pentafsir 3- pengompil

Satu program yang berfungsi menterjemah bahasa penghimpun yang menggunakan singkatan dan sukukata.

Menterjemah setiap kenyataan aturcara dalam kod sumber dan menjana kod binari yang sepadan.

Output program penghimpun dipanggil kod objek/ program objek.

Contoh: Microsoft MASM dan Macro-80 Assembler.

Program penterjemah bahasa yang menukar setiap aturcara bahasa peringkat tinggi ke dalam bahasa mesin secara baris. Proses penterjemahan adalah perlahan jika dibandingkan dengan pengompil kerana proses penterjemahan dilakukan pada setiap kali aturcara hendak dilaksanakan. Contoh bahasa yang menggunakan pentafsir sebagai program penterjemahnya adalah BASIC,LOGO dan Smalltalk.

Program penterjemah bahasa yang membaca keseluruhan aturcara bahasa peringkat tinggi dan kemudian menukarkan kepada bahasa mesin.

Pengompil akan menghasilkan satu fail program binari terlaksana yang dipanggil kod objek.

Pengompil hanya menterjemah bahasa aras tinggi kepada bahasa mesin hanya dibuat sekali sahaja.

Contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan pengkompil sebagai program penterjemah adalah bahasa pengaturcaraan COBOL, FORTRAN dan PASCAL.

You might also like