Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

114010619 Tugasan 3 Cabaran Guru

Ratings: (0)|Views: 299|Likes:
Published by Ting Ting Fiona

More info:

Published by: Ting Ting Fiona on May 28, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/13/2013

pdf

text

original

 
Tajuk: Bincangkan cabaran-cabaran utama dalam profesion keguruanyang terpaksa dihadapi oleh kaum guru.Pengenalan
Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalammerealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telahmengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dankesejahteraan negara.Malah, perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kinitelah menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih.Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka teruskekal di dalam arus globalisasi. Selain itu, para guru juga menghadapitekanan untuk mendisiplinkan murid serta menerima tekanan dan menjadisasaran kemarahan ibu-bapa.
Konsep Profesion Perguruan
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yangtinggi dan latihan yang khas. Contohnya: perundangan, perubatan, perguruandan lain-lain.Menurut Kamus Dewan, Perguruan pula bererti sebagai pengajaran,misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
 
Secara kesimpulan bagi definisi di atas, maka profesion perguruanboleh diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaranyang tingggi dan latihan khas.Cabaran pula didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan,kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti.
Cabaran-cabaran Dalam Profesion Keguruan
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidiktelah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa.Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini. Diantara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolahmenengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakaldididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guruyang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakancabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulusahaja tetapi juga masa kini.Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru jugasemakin mencabar. Hal ini kerana tugas pendidik atau guru bukan setakatmenyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepadaanak murid. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan.Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, perananguru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan
 
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.
1. Pengendalian emosi yang baik
 Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalianemosi yang baik. Guru-guru harus memahami , pendidik masa kini memangterlalu banyak tugasnya. Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dankepentingan bersama. Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras,maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnyamerupakan tanggungjawab pendidik sendiri. Dalam menghadapi beban yangpelbagai ini, strategi perlu disusun rapi .Pembahagian tugas perludilaksanakan dengan effektif.Memang guru juga insan biasa. Adakalanya berdepan dengankeadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya. Guruperlu mempunyai pengendalian emosi yang sangat tinggi, barulah bolehmengawal keadaan kelas yang kian susah dikawal disebabkan disiplin muridyang semakin merosot. Selain itu, guru juga perlu menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi, termasuk konflik dengan rakan, permintaantinggi daripada ketua jabatan, PPD dan kementerian, aduan daripada ibubapa, ada yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta.Tekanan-tekanan yang dihadapi dalam menjalankan tugas sebagaipendidik memang memerlukan guru yang mempunyai EQ yang sangat tinggi.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->