You are on page 1of 55

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH MUQADIMAH Peningkatan Pelaksanaan Pelan pencapaian Induk ini sedikit sebanyak pelaksanaan kepada adalah impak daripada Program

Pembangunan

Pendidikan aspek yang

2006

- 2010, (Kementerian yang perlu yang merealisasikan hala tuju dan

pelajaran Malaysia 2008). Program dibuat dalam konteks penyesuaian oleh

PIPP masih relevan dalam konteks pendidikan penambahbaikan digunakan dalam selaras dengan Pendidikan Untuk Semua

masa kini yang sentiasa dinamik. Begitu telah dipersetujui kerajaan. Dua

juga dengan pendekatan

dasar-dasar

PIPP, iaitu menyamaratakan peluang pendidikan kepada semua dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang mana kedua- duanya aspirasi kerajaan masa kini. efektif, sememangnya

Program PIPP ini, ia memberi implikasi bahawa untuk pendidikan inklusif menjadi lebih semua pelajar mestilah menjadi anggota yang sekolah dan komuniti perdana (Zalizan, 2009b). Justeru itu wujud keperluan tahap pelaksanaan program pendidikan inklusif di perlu untuk terbaik dinilai menilai dengan menggunakan sesuatu di negara dibina adalah indikator ini. untuk pendidikan inklusif ini dilaksanakan kualiti pendidikan inklusif yang ini Sehubungan itu, kajian ini berasaskan

aktif, diterima dan terlibat dalam kalangan negara ini

melihat sejauhmana indikator

kualiti amalan

ini bercadang

inklusif di negara

pendidikan

melalui adaptasi dan disesuaikan mengikut budaya bermatlamat untuk menambah baik amalan

negara ini daripada beberapa dokumen dan indikator yang terdapat di dalam dan luar negara. Keseluruhannya usaha-usaha pendidikan dan pencapaian bagi populasi murid yang semakin berkepelbagaian (Smith, 2003). Kementerian sebagai pelajar Pendidikan yang telah Malaysia dikenal (1995) pasti dan mentakrifkan disahkan bermasalah pembelajaran oleh pakar profesional sebagai rendah dan pengubahsuaian

mengalami kekurangan

yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri mengikut tahap kefungsian:

daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan Kebolehan kognitif; 2

Tingkah laku sosial; Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan; Penguasaan membaca; Kemahiran matematik. Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan. Secara umum, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk bermasalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran. Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.

INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid berkeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guruguru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras.

2.0. LATAR BELAKANG Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak . Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanakkanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluankeperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkahlangkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan Kementerian bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanakkanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga

memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanakkanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturanperaturan menetapkan:

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Jabatan Pendidikan Khas Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas. 7

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:

(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas. (b) Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum. (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille). (d) Unit Pengurusan Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik. 8

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan. Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut, Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihakpihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: Pendidikan Masalah Penglihatan 1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan 9

Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille Pendidikan Masalah Pendengaran 1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan 1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan 1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal 1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam Program Percantuman/Inklusif 1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan 1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran 1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah 10

1994 1995

Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006). Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut: a) b) c) d) e) f) h) Intelek Rohani Jasmani Emosi Sosial Bakat Estetika

g) Nilai-nilai moral (Mohd Najib, 2006)

11

Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di bawah pelbagai kementerian program berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan untuk

golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut; a) b) KPM: KKM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah. 1. Proses Saringan dan Diagnostik

2. Intervensi awal c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal 2. Intervensi awal d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education) Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak- kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan umur persekolahan peringkat rendah lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia

mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka KPM kementerian-kementerian menyediakan kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010). (Sej. Inklusif) 3.0. RASIONAL 12 lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dan dalam

Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan: * * * * * * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah : i. fizikal (cacat anggota) 13

ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD) iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) iv. penguasaan kemahiran 3M Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan rakan sebaya perkembangan

yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik

sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010). 4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO) Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

14

5.0. OBJEKTIF PENUBUHAN Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). * * Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan. * Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan. Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara. Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pengetua, guru besar dan guru. Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik. sekolah masing-masing.

pendidikan khas. Objektif kpm Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid berkeperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini 15

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas 6.0. SASARAN Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak ini (Mercer, 1997). Bagaimana pun, adalah penting untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran pembelajaran; iaitu, kerana dia perlu mengatur intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini ciri-ciri pelajar bermasalah dan masalah tingkah laku. Masalah Membaca Masalah bermasalah pembelajaran membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak 1997). masalah membaca, masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial

pembelajaran. menghadapi

Lebih kurang 80% masalah membaca

daripada

pelajar bermasalah

(Lerner, 2000; Lynmoat,

Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenal pasti perkataan kurang dan kesukaran membaca secara lisan. Oleh kerana pelajar ini menghadapi masalah membaca, ramai di antara pelajar gagal dan keyakinan diri (self-eficacy). Menurut Torgensen and Wagner (1998), masalah pembacaan yang paling ketara ialah kesukaran iaitu kekurangan antara bunyi (Raskind, 2001). pelajar mendekod kefahaman Contohnya, perkataan dan kurang kesedaran peraturan pelajar yang mengawal membina tidak tertentu yang fonologi kesamaan perkataan iaitu, perkataan terhadap di sekolah. Kegagalan ini telah penyumbang kepada pengurangan harga-diri (self-esteem)

sebenar dan huruf-huruf

sesetengah

memahami

kuching terdiri daripada beberapa huruf dan gagal mengaitkan bunyi dengan huruf. Kesukaran mendekod menyumbang kepada masalah membaca. Disleksia Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah 16 membaca ialah Disleksia

( Dyslexia). Kanak-kanak disleksia mengalami masalah dan terdiri daripada mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan. Berikut ini ialah beberapa ciri pelajar disleksia: Sukar mengaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya Lebih minat merujuk berkaitan Cuba meneka maksud perkataan dengan melihat gambar Huruf, perkataan dan nombor ditulis terbalik; contohnya b ditulis sebagai d. Sukar membezakan antara pelbagai bunyi yang didengar Kecelaruan dengan manakah kanan dan manakah kiri Kerap melangkau baris ketika membaca Mudah lupa perkataanbaru yang dipelajari Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. perenggan. Pemahaman Pelajar kepada gambar dan bukan kepada perkataan yang

memerlukan

sesorang

itu mentafsir

frasa, ayat dan

bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti perkataan sudah tahap pemahamannya tidak setanding dengan tahap pemahaman pelajar normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan menghabiskan masa mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membaca dengan fasih dan lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur. 4.2.2 Masalah Menulis

17

Ramai

pelajar

bermasalah

pembelajaran

menghadapi

masalah

menulis.

Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. (Smith 1998). Berikut ialah beberapa masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran: (i) (ii) Kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan; Menulis huruf yang berlainan saiz;

(iii) Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang di antara huruf; (iv) Kelemahan dalam ejaan (meninggalkan atau menambahkan huruf-huruf tertentu); (v) Kesukaran mengaitkan gambar dengan perkataan;

(vi) Tidak menggunakan tatabahasa yang betul; (vii) Organisasi perenggan yang tidak teratur; (viii) Penjanaan idea yang tidak matang; dan (ix) Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Secara umum, pelajar kemahiran pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah menulis pelajar bermasalah pembelajaran pembelajaran

adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan. Masalah Matematik Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 18 4 pelajar bermasalah

pembelajaran (dyscalculia) ketidakupayaan bermakna

menghadapi merupakan dalam ketikupayaan

kesukaran istilah yang

matematik digunakan

(Rivera, 1997). Diskalkulia secara meluas bagi dikalkulia masalah

kemahiran

matematik.

Secara umumnya

untuk mengira.

Berikut ialah beberapa

matematik di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran: (i) Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab

(ii) Kesukaran menyelesai masalah matematik bentuk ayat atau bahasa (iii) Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang salah secara konsisten. (iv) Kesukaran mengingat kembali fakta (mengingat semula fakta lebih perlahan berbanding pelajar biasa) (v) Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau

pengajaran yang sepenuhnya daripada guru. 4.2.4 Masalah Interaksi Sosial

Setelah mengkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness (1996) membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun 19 rendah yang mungkin

disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang adalah lain. Kompetensi rendah sosial yang rendah mereka di kalangan pelajar bermasalah situasi sosial di dalam kerana tidak dapat membaca

sekitar mereka (lihat Rajah 4.2). Contohnya, mereka mereka tidak faham apa yang mereka harus lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa orang lain ingin mereka buat dan bagaimana orang lain melihat mereka. Masalah Tingkah Laku Sebahagian mempunyai pelajar bermasalah masalah pembelajaran mempamerkan mudah masalah tingkah impulsif,

laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran sukar memberi tumpuan, terganggu, telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan

sebagainya (Kirk 1997; Torgese & Litcht, 1983). Istilah yang sering digunakan untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan (Attention Deficit Disorder, ADD) yang telah disemak semula dan kini dipanggil Masalah Kurang ADHD) Phychiatric Tumpuan Hiperaktiviti Masalah (Attention Deficit Hyperactivity Psikitari Amerika ini lebih ketara di kalangan Disorder, pada tahun 2000 oleh Persatuan Association). (The American pelajar lelaki

berbanding dengan perempuan. Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap situsai sosial di sekolah dan keadaan di rumah. Bagaimana, perlu ditegaskan bahawa Kurang tidak semua pelajar bermasalah Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD) pembelajaran menghadapi Masalah dan berikut ialah ciri-ciri umum

masalah tersebut: (i) Sangat aktif (dipanggil hiperaktiviti) Tidak boleh duduk diam

20

Kerap berjalan dalam kelas (ii) Sukur memberi tumpuan tanpa memikir (impulsif). Contohnya, tiba-tiba meluahkan

(iii) Bertindak

jawapan sebelum soalan ditanya (iv) (v) (vi) Tidak memberi perhatian kepada perkara terperinci Tidak mengikuti arahan sepenuhnya Tidak boleh mengelola aktiviti atau tugas yang diberi

(vii) Mudah memberi perhatian kepada perkara lain (viii) Kerap harta benda sendiri seperti buku, kerja sekolah (ix) (x) (xi) Terlalu banyak bercakap Tidak menunggu giliran Mencela ketika orang lain bercakap

Masalah Tingkah laku seperti disenaraikan akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar. Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah anda - Masalah Pembelajaran / Autisme dll.

21

7.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. 8.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanakkanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek 22

pendidikan malahan segala aspek lain. 8.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita. 8.3. Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana 23

mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 13.1 PENGENALAN

13.1.1 Pendidikan khas diwujudkan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas yang telah dikenal pasti mempunyai kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah pembelajaran, kurang upaya fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah. 13.1.2 Pendidikan pendidikan bagi murid khas, Program berkeperluan Pendidikan khas Khas dilaksanakan di sekolah

Integrasi dan Program

Pendidikan Inklusif. 13.1.3 Di peringkat menengah, KPM menyediakan pendidikan berasaskan

akademik atau vokasional bagi murid berkeperluan khas. 13.2 PERNYATAAN DASAR

13.2.1 Memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. 13.2.2 Memastikan program pendidikan bagi murid berkeperluan khas sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti. 13.2.3 Memastikan murid berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk 24

ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua. 13.3 STRATEGI PELAKSANAAN

13.3.1 Menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, relevan dan sesuai untuk murid berkeperluan khas. 13.3.2 Menyediakan vokasional. 13.3.3 Menyediakan peluang yang sama kepada murid berkeperluan khas lebih banyak peluang dalam bidang kemahiran dan

berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana. 13.3.4 Melaksanakan intervensi awal bagi kanak-kanak atau perkhidmatan berkeperluan khas

dari peringkat prasekolah Pendidikan Khas (3PK).

di Pusat Perkhidmatan

13.3.5 Menyediakan perkhidmatan sokongan dan peralatan augmentative dan assistive bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas. 13.3.6 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi, terkini dan sesuai dengan keupayaan dan keperluan murid berkeperluan khas. 13.3.7 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi, terlatih dan berkemahiran dalam bidang pendidikan khas. . 13.3.8 Memantapkan penggunaan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid berkeperluan khas.

25

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO ( Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik ( Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak diantara umur 616 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

26

9.0.

POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi. Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan 27

sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. 28

Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 29

75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

30

10.0. KEPERLUAN LOGISTIK Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan kanak-kanak Pendidikan termasuk 1996, individu konsep dan pengurusan khas atau (disabled) pendidikan kurang adalah hak yang formal upaya. untuk Dalam setiap Akta berkeperluan

ketidakupayaan

merangkumi

murid yang

mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya keperluan setiap individu berhak mendapat sama rata termasuklah pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang

upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak- kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif negara, memupuk perpaduan agar memenuhi keperluan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan

politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. - tenaga pengajar - bbmb Setiap kanak-kanak adalah unik, berbeza dan merupakan individu tersendiri merupakan tanggapan yang tuntas, benar dan amat tepat bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Ini bermakna, kemampuan pelajar-pelajar berpendidikan khas ini terbatas. Oleh itu mereka perlu didekati, dilayani dan dididik secara individu. Setiap murid tersebut memerlukan 31

perhatian secara individu. Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut: e. f. g. h. i. j. k. l. intelek rohani jasmani emosi sosial bakat nilai-nilai moral estetika Melalui kurikulum sekarang kanak-kanak ini dibimbing untuk menguasai kemahiran asas

32

yang kukuh.

Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan disebabkan oleh pelbagai kecacatan yang menganggu proses pembelajaran mereka. Mengikut Bogdan &

Kurgelmass (1984); Mercer (1973); masalah yang timbul berpunca dari ketidak mampuan dalam diri murid dan ini menyebabkan mereka sukar mengikuti kurikulum biasa. Oleh yang demikian, tumpuan adalah untuk mengubah kekurangan-kekurangan didalam diri pelajar sahaja. Dengan ini perlu dibentuk pendidikan khas seperti berikut: a. Pendekatan mengeluarkan murid dari kelas biasa Murid yang difikirkan tidak boleh mengikut kurikulum biasa dikeluarkan sama ada untuk sesuatu jangkamasa, ke kelas-kelas khas atau ke sekolah khas. Tujuannya adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran setimpal dengan kelemahan kelemahan yang terdapat pada murid tersebut. b. Pendekatan pemulihan Pendekatan ini mempunyai beberapa bentuk dan strategi. Pada asasnya pendekatan ini bertujuan untuk menyediakan pencegahan yang boleh mengatasi atau mengimbuh kekurangan-kekurangan yang terdapat dikalangan murid-murid tersebut. 33

Sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor yang akan menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam pembelajaran yang dipelajari dimana sikap mempunyai hubungan yang rapat dengan responsibiliti pelajar itu sendiri untuk memahami dan menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan oleh guru. Secara ringkasnya, sikap wujud daripada keinginan seseorang dan rangsangan oleh orang disekelilingnya. Lazimnya, sikap individu itu sendiri lambat laun akan menjadi kebiasaan yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Rahil, Abd. Majid, dan Zaidatul Akmar, 1998). Sikap kemungkinan besar mempengaruhi pencapaian seseorang dan adalah pengaruh penting kepada perubahan tingkah laku. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pendidik iaitu Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983), sikap adalah keadaan dimana seseorang individu itu dipengaruhi untuk melakukan tindak balas secara positif dan negatif terhadap individu lain. Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid

diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada

34

pemerhatian juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan malan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan. Minat adalah merupakan salah satu daya pengerak yang dapat membantu pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada seseorang sama ada ianya melibatkan aktiviti atau kegiatan secara langsung atau tidak langsung . Ia merupakan pengalaman yang dapat mempengaruhi oleh tindakan individu itu sendiri dan ianya berkait rapat dengan gerakbalas emosi dan fizikal. Minat yang tinggi boleh merangsangkan seseorang individu itu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa didesak atau dipaksa oleh orang lain yang melibatkan aktiviti dari segi pengajaran dan pembelajaran mahu pun yang melibatkan rutin seharian. Ciri-ciri ini amat diperlukan bagi memastikan wujudnya penglibatan yang maksimum dari pelajar didalam setiap aktiviti pembelajaran. Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya pengerak yang mendorong pelajar supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Ia boleh

merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu 35

sendiri. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran dipengaruhi oleh pengalaman deria dan kesedaran pengamatan untuk membolehkan deria dan kesedaran pengamatan membolehkan perubahan perhubungan diantara idea dengan proses pemikiran. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai minat yang maksimum serta sikap berdisiplin akan lebih bersemangat dan sentiasa berusaha bersungguh sungguh untuk meningkatkan prestasi dalam setiap pembelajaran walaupun ianya sukar untuk dikuasai sepenuhnya. Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor

keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi guru murid dan murid-murid

36

yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan. Masyarakat pada masa kini juga melihat intitusi pendidikan merupakan sebuah institusi yang boleh menjadi sumber utama bagi mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung martabat pendidikan sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah yang baik dan berketerampilan dapat diwujudkan. Zaitun dan rakan-rakan (1991) dalam kajian terhadap kemudahan fizikal sekolah merumuskan bahawa tiada hubung kaitnya diantara kemudahan fizikal, sebaliknya ini adalah hasil daripada banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi seperti interaksi antara kemudahan fizikal dengan pengajaran guru, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Rumusannya bolehlah dirangkaikan dari aspek-aspek iklim, sekolah atau fizikal, intelektual dan emosi. Memupuk aspek yang saling bersandar dalam mempengaruhi penguasaan pelajar dalam kelas-kelas pemulihan ini. Sistem pendidikan adalah meruapkan satu usaha yang berterusan sejajar dengan Falsafah Pedidikan Negara ( FPN) yang ingin melahirkan insan berintelektual, rohani dan

jasmani. Ia juga berperanan untuk memberikan pendidikan bersepadu dan bersistematik bagi menjamin kejayaan dalam bidang pembelajran dan kurikulum. Kurikulum yang baik dan tersusun boleh menarik serta menimbulkan minat seseorang pelajar untuk 37

mendapat pencapaian yang baik dan cemerlang dalam pelajarannya. Melalui sistem pendidikan masa dahulu dan masa sekarang secara langsung proses

pencapaian ilmu dalam pembentukan peribadi akan membawa kepada perubahan demi perubahan kepada seseorang pelajar itu. Perkara yang penting dalam menentukan

pencapaian yang cemerlang adalah bergantung kepada minat dan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Atan (1980), pembelajaran ini adalah perubahan dari pengalaman. tindakan atau

Pengalaman yang ada seseorang itu akan digunakan untuk sesuatu tingkahlaku.

Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. daripada alam sekeliling menjadi bahan diproses oleh

Rangsangan yang diterima

kecerdasan untuk menjadi pengetahuan dan pengalaman. Menurut Rahil, Abd. Majid dan Zaidatul Akmalliah (1995), pembelajaran ialah satu gerakan ke arah penyelesaian masalah yang belum biasa ditemui mengenal pasti kuasa konsep mata pelajaran tertentu dan berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bilik darjah kepada masalah diluar bilik. 1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. 38

Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam 7.2 Pendidikan Separa Inklusif Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya. 8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF 1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa. (OctopusModel) 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

(a) Isu isu logistik dalam menubuh program inklusif. i. semulajadi. Pilih sokongan yang paling kurang intrusif. ii. Untuk sokongan dalam kelas kekal efektif, ia perlu: 39 Prinsip asas Gunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas: sokongan

Sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas. Dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas dan juga Merupakan nilai tambah dalam repertoire / portfolio teknik

oleh pelajar biasa. pembelajaran guru yang mengajar. iii. Apa yang dianggap khas tidak semestinya

menonjol dalam konteks kelas yang dijalankan kerana sesuatu yang menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah untuk dikekalkan dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa yang lama. Pengajaran dan Pembelajaran a) Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. b) Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. c) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. d) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. e) Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. f) Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. g) Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. h) Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. i) Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. j) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. k) Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan. l) Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. 7.3 Pengurusan a) b) c) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. 40

d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan. e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran. 7.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran.

41

11.0.

SOKONGAN pentadbir ibu bapa PIBG

Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi Keadaan ini menjejaskan

kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. pembelajaran murid.

Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain sebagai tidak

42

bertanggungjawab dan tidak bekerjasama. e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi. f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang

menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka. Sesetengah pengetua dan guru tidak menerima secara positif penempatan murid-murid 43

berkeperluan khas di sekolah-sekolah

mereka.

Mereka

menganggap murid-murid

tersebut akan menjejas prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan pengurusan / pentadbiran sekolah. Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempuh dan kemampuan masing-masing. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Ada guru yang tidak berminat dan tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas. Jika guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-murid tersebut. Demikian juga jika guru tidak mempunyai latihan. Justeru, jikalau tidak ada guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas, pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat, yang sedia untuk belajar on the job dan amat prihatin serta penyayang. Hubungan kepenyayangan amat mustahak dalam hubungan guru-murid bagi murid-murid khas.

(caring relationship) berkeperluan

44

12. SENARIO TERKINI Isu Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada muridmurid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996). Ramai yang tidak faham mengapa murid Pendidikan Khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru Pendidikan Khas dibayar elaun untuk mengajar mereka . Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan Khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut didalam kelas mereka. Selalu timbul persoalan kenapa guru Pendidikan Khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai persoalan lagi. Kadangkala tekanan yang hebat juga diterima dari pentadbir yang langsung tidak membenarkan program inklusif dijalankan. Dasar yang telah ditentukan dalam Akta Pendidikan ini tidak memberi banyak makna kepada guru Pendidikan Khas kerana tekanan yang mereka diterima lebih menyakitkan. Persepsi negatif dalam kalangan pentadbir menjadi duri kepada guru-guru Pendidikan Khas meneruskan agenda pendidikan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ramai antara rakan kami tidak inklusifkan murid mereka kerana tidak sanggup menghadapi tekanan yang sedemikian. Masalah lebih berat lagi jika ada guru aliran perdana yang tidak mahu menerima murid inklusif tersebut kerana mereka sudah ada target dan tov untuk murid mereka. Bagi kebanyakan guru aliran perdana sukar menerima mereka kerana terpaksa menyediakan pelaporan dan dokumentasi. Bagi guru Pendidikan Khas cabarannya ialah terpaksa mengajar dengan menggunakan dua sukatan yang berbeza. Sukatan aliran perdana untuk murid inklusif dan sukatan alternatif bagi murid Pendidikan Khas. Modifikasi dalam sukatan tersebut tidak menjadi masalah sebenarnya , guru Pendidikan Khas sanggup menyahut cabaran tersebut asalkan murid berjaya. Namun demikian isunya tidak tamat begitu sahaja. Timbul pula masalah pemberian markah dan kewibawaan guru Pendidikan Khas dipertikai dalam menyemak kertas soalan dan kelayakan memberi markah mengikut skema mereka. JIka markah tinggi guru Pendidikan Khas dikatakan memberi jawapan dan membantu murid dalam peperiksaan. Begitulah tanggapannya seolah murid Pendidikan Khas tidak layak belajar apa-apa pun dan guru Pendidikan Khas tidak ada kelayakan sebagai seorang guru. Malahan paling menyedihkan hak murid untuk mendapatkan masa tambahan dalam peperiksaan dinafikan kerana tenaga guru Pendidikan Khas juga digunakan dalam peperiksaan aliran perdana.

45

Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif. Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah. pendedahan luar boleh terima pendidikan inklusif Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanakkanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut: Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan 46

khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negative apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya: Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka. Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama. Meyakinkan Ibu Bapa Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa 47 Mengapa anda menyalahkan diri sendiri? Ini bukan salah anda Anak anda berkemampuan untuk lebih maju

berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanakkanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat


Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian. Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan. Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan

48

fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu. Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya: Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan. Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang murah.

PROGRAM INKLUSIF (PI) Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. 49

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Ditadbir oleh JPN Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996) Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu. Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Terdapat 2 jenis PI: Inklusif Penuh Inklusif Separa/Separuh Inklusif Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), KL. 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang dalam 1 sekolah). 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional). 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional. 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun 2000.

50

13.0. KESIMPULAN Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu. Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection) daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau d ficit yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk berubah. Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

51

Penambaikannya bergantung terhadap sokongan dan komtmen pihak sekolah sendiri. Pihak pentadbiran perlu menunjukkan kesungguhan terhadap program inklusif dan kemudian barulah guruguru aliran perdana yang terlibat akan rasa bertanggunjawab dengan murid Pendidikan Khas. Pihak sekolah juga perlu merasakan bahawa murid inklusif ini juga akan membantu menaikkan prestasi sekolah. Dengan demikian mereka juga akan turut fokus kepada murid inklusif . Keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah- sekolah biasa. Guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanakkanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990) Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas. Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional. Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas. Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab musabab melaksanakan tugas ini. (Prof. Madya Dr. Salleh Abd. Rashid) Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. 2. 3. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. 52

4. 5. 6. 7. 8.

Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan

setempat. memperolehi peluang pekerjaan.

Disediakan oleh:

53

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50 Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia 54

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

55

You might also like