You are on page 1of 29

PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL


DISEDIAKAN OLEH: 5 PISMP PJK/AMBILAN JANUARI 2011 IPGKSM

Membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat.

TUJUAN

Membina kecergasan

Memenuhi masa lapang

Menggunakan kreativiti

Menyelesaikan masalah

ANJUNG

BERPASUKAN

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

KATEGORI PERMAINAN
ANJUNG Kawasan permainan di dalam ruangan rumah Tempat bermain dileparan simen/lantaian kayu Tempat permainan melibatkan kawasan yang tidak luas Melibatkan bilangan pemain yang tidak ramai BERPASUKAN Kawasan permainan di luar rumah Tempat bermain di ruang tanah, rumput/simen Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas Melibatkan pemain yang ramai dan biasanya dalam bentuk kumpulan

GALAH PANJANG

BATU SEREMBAN

WAU SEPAK RAGA

GASING

CONGKAK KONDA KONDI

Galah Panjang
Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar

dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan,


garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang permainan.
sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.

Peraturan permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur


kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang,

ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran


kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang


dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata


tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

BATU SEREMBAN
dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.

CARA BERMAIN
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas

GASING
Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper,

gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing


Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan

sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga


meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

CARA BERMAIN
sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanakkanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

SEPAK RAGA
Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN
dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.

CONGKAK
Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

CARA BERMAIN
Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masingmasing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Pengurusan pertandingan tradisional


Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut. Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainan-permainan tradisional. Kebanyakkan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut.

Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai. Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like