• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Kerja SekolahTahun : 4Unit : 6Tema : Meninjau warisan negara jiranSubtajuk : Lawatan sambil belajar Kemahiran :1.Mendenga2.Bertutu3.Membaca4.MenulisKemahiran berfikir : mengumpul data Nilai murni : bekerjasamaAspek pelajaran : karangan deskriptif Pengetahuan bahasa : imbuhan awalan me-, men-, mem-, meng- dan meny-contoh perkataan melawat, mencapai, membawa,mengawal dan menyelamatObjektif : agar murid-murid dapat menghasilkan karangandeskriptif menggunakan perkataan yang berimbuhanawalan me-, men-, mem-, meng- dan meny-
 
Kerja SekolahTahun 4
Murid-murid diberikan tugasan membuat karangan deskriptif tentang lawatanmereka ke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakassecara berpasangan.
Karangan deskriptif menggunakan perkataan yang berimuhan awalan me-,men-, mem-, meng- dan meny-.
Murid-murid diberikan masa selama 40 minit untuk menyelesaikan tugasanini.
Guru menyediakan beberapa gambar semasa lawatan.
Murid-murid dibenarkan memilih satu atau beberapa gambar semasa lawatanke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas.
Murid-murid diarahkan menyimpankan gambar yang mereka pilih dalamkarangan mereka.
Kekemasan, kebersihan dan kreativiti dikira dalam pemarkahan.
 
Pada 11hb Oktober 2008 yang lalu, saya dan kawan-kawanmelawat ke Pusat Latihan dan Penyelamat LapanganTerbang Lama Berakas. Tujuan kami ke sana adalah bagitujuan melawat sambil belajar. Kami menyuju ke PusatLatihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakasdengan menaiki bas sekolah yang diketuai oleh beberapaorang guru.Apabila kami tiba, kami diberikan taklimat ringkas olehseorang pegawai bomba lelaki dan dua orang pegawai bombawanita. Taklimat adalah mengenai jumlah balai-balai bomba yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dan tugas-tugasbomba.Selesai taklimat ringkas, kami dibawa mengikuti peneranganmengenai kenderaan-kenderaan bomba yang telah disediakandi luar bangunan. Terdapat 5 buah kenderaan bomba yangberbeza, bukan saja dari segi bentuk malah pada fungsinya.Kenderaan pertama disebut MFL-OL dan digunakan apabilaada panggilan kecemasan yang memerlukan cahaya yang terangkhususnya pada waktu malam.Kenderaan kedua adalah sebuah kenderaan yang digunakan olehpegawai-pegawai atasan apabila ada keperluan mengadakanmesyuarat mendadak di tempat kejadian, misalnya waktukebakaran besar atau kemalangan yang teruk. Kami diberikebenaran untuk memasuki ruang mesyuarat ini.Kenderaan ketiga adalah kenderaan yang disebut BAT, kenderaanini membawa dan menyimpan
'mask' 
dan alat pernafasan(oksigen). Kenderaan ini hanya digunakan apabila berlakukebakaran besar yang mengeluarkan asap tebal dan memerlukanahli bomba menggunakan 'mask' dan oksigen semasa menjalankantugas menyelamat. Saya diberi kesempatan mencuba ‘
mask 
’ itudan udara yang terdapat dalam ‘
mask 
’ itu sejuk.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...