You are on page 1of 4

TUGASAN 1

KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER

: HBEF3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF : JANUARY 2013

SOALAN TUGASAN

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di negara ini, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana yang mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti program pendidikan inklusif. Mengapakah perkara sedemikian berlaku? Adakah kerana sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif? Atau ibu bapa sendiri enggan memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas? Berdasarkan pernyataan di atas, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut. Aktiviti 1: 1

Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio. E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspek-aspek berikut: Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah anda,

Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda seperti tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, atau keperluan-keperluan lain, Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasi kerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana.

Aktiviti 2: Andaikan cadangan anda telah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan anda diberikan tanggungjawab untuk merangka satu program pendidikan inklusif yang berkesan dan berkualiti. Sebagai tindakan awal dalam merangka program tersebut, anda merancang untuk melakukan satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khas di sekolah anda. Untuk melaksanakan kajian kes ini, anda perlu: mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas, melaporkan maklumat terperinci latar belakang murid tersebut, mengenal pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk murid tersebut sekiranya murid ini belum mengikuti mana-mana program; ataupun mencadangkan penambahbaikan bagi program pendidikan inklusif yang sedia ada, melaksanakan program pendidikan inklusif/penambahbaikan kepada murid tersebut selama 2 bulan. melaporkan hasil kajian kes yang telah dijalankan

Aktiviti 3: Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. refleksi anda haruslah merangkumi perkara-perkara berikut: Penulisan

kesediaan sekolah untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yang meluas, impak kepada diri anda sebagai seorang guru apabila telah menjalankan kajian kes ke atas seorang murid berkeperluan khas, hasil daripada mengikuti kursus ini, adakah anda yakin untuk melaksanakan program pendidikan inklusif di dalam bilik darjah/sekolah anda,

lain-lain perkara yang berkaitan.

You might also like