undang-undang serta cinta kepada negara dilaungkan oleh kedudukan dan tindakan simbolik Ynag di-Pertuan Agong. Sebaliknya peranan simbolik bagindalah juga melambangkan janji atau tanda perlindungan dan keselamatan yang diberikan kepada rakyat oleh agensi-agensi kerajaan yang beradadi bawah neungan baginda.Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yang istimewa dan sebenarnyamewakili segala institusi dan tindakan rasmi kerajaan, perlembagaan juga menetapkan bahawa bagindan adalah seorang raja berperlembagaan. Ini bermaksub bahawa kuasa baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan (Perundangan, Kehakiman dan pemerintahan) adalah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Batasan kuasaYang di-Pertuan Agong ini ternyata jelas dalam lafaz sumpah pertabalan baginda. Baginda tertakluk kepada batasan-batasan yang ditetapkan oleh perlembagaan. Dari segi pentadbiran pula tindakan baginda adalah di atas nasihat Perdana Menteri yang juga berpandukan lunas-lunas dalam perlembagaan. Perlembagaan juga menetapkan bahawa dalam amalan, tangungjawab tiga fungsi Yangdi-Pertuan Agong (Kehakiman, perundangan dan pemerintahan) adalah dijalankan oleh badan-badan berasingan yang tertentu seperti mahkamah, suruhanjaya, kabinet dan sebagainya. Ini bagimengekalkan kebebasan, objectiviti, keneutralan dan kesaksamaan. Kaedah ini dinamakan doktrin pengasingan kuasa. Jelaslah disini Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyaikedudukan yang istimewa. Autoritinya tinggi dan darjatnya juga tinggi; namun bagi perjalananfungsinya baginda adalah tertakluk menurut nasihat perdana menteri.semua tindakan rasmi kerajaandilakukan atas nama baginda. Parlimen dan mahkamah atau kerajaan pula mempunyai sifatketinggian tetapi ketinggian perlembagaan mengatasi semuanya.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Perlembagaan mengatasi kuasa parlimen, kuasa mahkamah dan kuasa kerajaan. Dalam rukun negara prinsip keluhuran perlembagaan diletakkan di tahap ketiga selepas prinsip tentang tuhan dan prinsiptentang raja dan negara.Susunan prinsip rukun negara yang memberi taraf berlainan tentang perlembagaan dan nampak berbeza dalam konteks perbicaraan bab ini tidak bererti ada sebarang kontradiksi atau percanggahan.Dari segi rukun negara perlembagaan adalah wajar diletakkan di tahap ketiga sebagai kuasa yang boleh memandu tingkahlaku rakyat yang harus berpegang kepada ideologi itu.
Leave a Comment
**** u ***** !!!
thanx beri infom
BOLE X U SEND KPD SAYA BERKENAAN SEJARAH PERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN MALAYSIA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN AND SO ON KE sky_evo85@yahoo.com dlm format word dan attach kn ke mail yg diberi. coz da try domnload tp x dpt. harap dpt bantu secepat mungkin