You are on page 1of 17

TUTORIAL 5

SOALAN1.

Sekiranya seorang penjual si sebuah kedai runcit tersalah meletakkan tanda harga
pada barangan yang dipamerkan di kedai tersebut,

a. adakah penjual terikat untuk menjual dengan harga yang salah itu kepada
pembeli?
Tidak

b. Jelaskan jawapan <a> di atas.


Pelawaan tawaran adalah satu perbuatan mengajak orang untuk membuat
tawaran dan seterusnya atas pilihan pihak si pembuat pelawaan tawaran
untuk menerima tawaran yang dibuat atau menolaknya kerana pelawaan
tawaran merupakan satu perundingan sahaja dan seseorang itu tidak
berkehendakkan untuk terikat dengan syarat dalam perundingan itu.
Perbuatan si penjual adalah pelawaan tawaran semata-mata dan penjual
perhak menolak tawaran yang dibuat pembeli. Lebih-lebih lagi tawaran
yang dibuat tidak sama dengan apa yang dia ingin pamerkan. Pihak
penjual tidak terikat selagi pihak penjual tidak membuat sebarang
penerimaan.

c. Nama dan huraikan satu kes rujukan yang berkaitan.


Fisher vs bell.
B menpamerkan di tingkap kedainya satu pisau lipat, dimana dibelakangnya
trdapat tiket yang mengandungi perkataan ’pisau lending 4s. B telah dituduh
menawarkan pisau lipat untuk jualan yang berlawanan dengan Akta senjata
Merbahaya 1959.
KM : mahkamah memutuskan bahawa perbuatan B mempamerkan pisau lipat di
kedainya adalah satu pelawaan dan bukanlah tawaran menjual..

-1-
SOALAN2.

Mas menawarkan msin pembakar satenya kepada rin dengan harga RM600.00. rin
menyatakan yang dia akan menerima tawaran tersebut hanya jika mas berjanji untuk
menanggung kos pembaikan sebarangan kerosakan mesin untuk tempoh 6 bulan
pertama. Mas tidak bersetuju. Rin kemudiannya membuat penerimaan tanpa syarat
tersebut. Malangnya mas tidak lagi mahu menjual mesin pembakar satenya.
Nasihatkan mas sama ada dia terikat untuk menjual mesin tersebut kerana rin
mendakwa kontrak telahpun wujud di antara mereka.

Isu: Samaada wujud kontrak antara Mas dan Rin.

Prinsip Undang-Undang :
S7(a), Penerimaan mestilah dibuat secara mutlak dan tidak bersyarat, jika tidak sah
maka kontrak tidak mengikat.
S6(c)
Tawaran balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu
cadangan asal yang dibuat oleh pencadang.

Kes Rujukan :-
- Pada 6 Jun, W membuat tawaran kepada H untuk menjual tanahnya dengan
harga 1000 paun. Pada 27 jun H bersetuju membeli tanah tetapi dengan harga
yang lebih rendah iaitu 950 paun. W telah menolaknya. Walaubagaimanapun
pada 29 jun, H menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu
1000 paun. W enggan menjual kepada H.
- KM : mahkamah memutuskan bahawa tiada kontrak yang sah wujud di sini
kerana apabila H menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga 950
paun, ianya dianggap membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.

Hubungkait:-
Dalam kes ini Rin membuat tawaran abalas kepada Mas tetapi Mas tidak bersetuju
dengan penerimaan yang dibuat oleh Rin, maka tidak wujud kontrak antara Rin dan
Mas. Daripada seksyen 7(a) di atas, kita boleh disimpulkan bahawa syarat penerimaan
adalah mutlak dan tidak bersyarat. Suatu penerimaan mestilah menepati semua
syarat dan terma dalam suatu cadangan sekiranya penerimaan dibuat terhadap
sebahagian daripada syarat yang dinyatakan di dalam cadangan dan sebahagian
daripadanya adalah ditolak, ini bukan satu penerimaan yang mutlak. Hal ini boleh
berlaku apabila ada cadangan balas. Secara ringkas cadangan balas adalah penolakan
kepada cadangan asal. Jadi Rin membuat penerimaan bersyarat/tawaran balas.
Tawaran balas itu memansuhkan tawaran asal.

Kesimpulan :
- Tidak wujud kontrak Mas dan Rin.

-2-
TUTORIAL 6
Soalan1.
Noh berkata kepada sue, ’Pada harga berapakah anda sanggup menjual rumah anda yang
cantik ini?’ Sue menjawab, ’rm600,00.00.’ Noh mendakwa telah wujud kontrak di antaranya
dengan sue. Nasihatkan Sue berdasarkan Undang-Undang Kontrak.

Isu:-
Samaada wujud kontrak di antara Noh dan Sue

Prinsip undang-undang:-
-Twaran mestilah jelas dan nyata.
- tawaran mestilah dibezakan di antara kenyataan awal @ keterangan awal.
-S2(a) definisi tawaran merupakan satu akujanji oleh satu pihak yang lain bahawa dia
akan melakukan suatu @ menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang
lain itu bersedia menerima @ memenuhi sepenuhnya syarat yang dinyatakan.

Kes rujukan:- Harvey LWN Facey


D telah menghantar telegram kepada plaintif bertanyakan samaada plaintif setuju
menjual kepadanya Bumper Hall Pen dan meminta plaintif menyebut harga barang
tersebut. Pslintif menjawab dengan telegram dan menyatakan ’harga tunai paling
rendah untuk Bumper Hall Pen ialah £900.
D terus menghantar telegram kepada plaintif menyatakan persetujuan nya membeli
barang tersebut dengan harga yang dinyatakan oleh plaintif.
KM: memutuskan bahawa apa yang dilakukan oleh plaintif itu bukanlah satu tawaran
yang muktamad tetapi hanyalah satu sebut harga sahaja.

Hubungkait :-
Dalam kes diatas, tindakan sue mengatakan bahawa dia sanggup menjual rumah nya
RM600,00.00 kepada noh adalah satu tindakan menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya.
Bukan sebagai tawaran kepada noh. Mengikut prinsip tawaran itu mestilah jelas dan nyata.
Sedangkan kes noh dan sue langsung tidak jelas dan nyata. Mengikut prinsip juga tawaran
mestilah dibezakan di antara kenyataan awal @ keterangan awal. Tindakan sue adalah satu
komunikasi awal dan tidak sah untuk dijadikan satu tawaran.
Dirujuk melalui kes Harvey vs facey. Kes ini agak sama dengan kes Noh Dan Sue. Defenden
bertanyakan kepada Plaintif tentang samada beliau setuju menjual Bumper Hall Pen dan
meminta menyatakan harga. Plaintif hanya menyatakan harga sahaja iaitu RM600,00.00 dan
mahkamah memutuskan tindakan plaintif hanyalah menyatakan sebut harga dan belum cukup
untuk dijadikan satu tawaran.
Begitu juga dengan kes noh dan sue, sue hanya menyatakan sebut harga semata-mata dan
tidak membuat tawaran untuk menjual rumah tersebut. Ia tidan jelas dan nyata untuk
dijadikan satu tawaran.

KM: tidak wujud kontrak diantara Noh Dan Sue.

Soalan2.

-3-
Ros telah menghadiri jamuan perkahwinan rakan baiknya zue dan dalam perjalanan pulang,
ros telah kehilangan dompetnya yang mengandungi wang berjumlah rm10,000.00 bersama
dengan dokumen pengenalan diri. Secara kebetulan, shah tlah terjumpa dompet tersebut dan
telah memulangkannya kepada ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi saguhati
sebanyak rm800.00 kepada shah. Malangnya ros tidak menunaikan janji tersebut. Nasihatkan
shah akan kedudukannya di sisi undang-undang kontrak, sekirannya ada.

Isu:
Samaada Syah berhak menuntut wang saguhati yang dijanjikan oleh Ros.

Prinsip undang-undang:-
seksyen 2(d) menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
telah membuat atau telah menahan diri dati membuat sesuatu, atau membuat atau menahan
dir dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah di sebut
balasan untuk janji itu.
seksyen 26(b),
sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali ianya sesuatu janji untuk
memas paskan keseluruhan atau sebahagiannya, kepada seseorang yang telah berbuat
sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh
dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat sesuatu.

Kes Rujukan :-
JM WORTHERSPOON & CO LTD VS HENRY AGENCY HOUSE.
Hakim Suffian memakai makna yang diberikan dalam shorter oxford dictionary iaitu ’sukarela
bermaksud, perbuatan yang dilakukan seseorang atas pilihan dan kehendak sendiri. Dengan
itu satu perbuatan yang dibuat atas saranan atau syor dari orang lain bukanlah perbuatan
sukarela.

Hubungkait :
Untuk menggunakan seksyen ini, shah mestilah membuat sesuatu secara sukarela dan bukan
menurut kehendak pembuat janji. Dalam kes ini shah secara kebetulan telah terjumpa dompet
tersebut dan telah memulangkan kepada Ros. Ros kemudiannya berjanji akan memberi
saguhati kepada shah. Janji Ros adalah satu kontrak kerana janji itu adalah memampaskan
keseluruhan perbuatan shah yang dilakukan secara sukarela itu.

Kesimpulan :
Kontrak wujud antara Ros dan Shah kerana Shah telah melakukan perbuatan secara secara
sukarela.

Soalan3.
Ibubapa lan telah meninggak dunia ketika lan berada di tingkatan 3. terkejut dengan kejadian
tersebut, lan telah bertindak menjual kereta arwah ayahnya kepada soh. Seminggu selepas
itu, setelah dinasihati oleh bapa saudaranya, lan telah berubah fikiran dan ingin membatalkan
-4-
penjualan tersebut. Lan ingin memulangkan semula wang yang telah diterima daripada soh,
tetapi soh enggan memulangkan semula kereta tersebut. Nasihatkan lan.

Isu:-
Samaada Soh patut memulangkan kereta yang beliau beli dari Lan.

Prinsip undang-undang:-
Seksyen11:- setiap orang layak membuat kontrak sekiranya is dewasa menurut
undang-undang yang ia tertakluk dan sekiranya ia berakal sempurna dan tidak hilag
kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana
ia tertakluk

Kes Rujukan :-
Mohari Bibee Vs. Dhurmodas Ghose.
A seorang yang belum berumur dewasa telah meminjam RM20,000.00 daripada B. A
gadaikan beberapa buah rumahnya kepada B sebagai cagaran pinjaman. Maka emak
A telah memberitahu B bahawa A belum berumur dewasa.
KM : B tidak menguatkuasakan perjanjian pinjaman atau gadai janji tersebut kerana B
telah membuat kontrak tersebut dengan A yang belum berumur dewasa.

Hubungkait :
Berdasarkan S11, kita boleh merumuskan bahawa kontrak yang dibuat kanak-kanak
adalah batal kerana seseorang kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan untuk
membuat kontrak. Kaedah ini terpakai dalam kes Ran yang menjual kereta arwah
ayahnya kepada soh. Setelah seminggu, Lan telah berubah fikiran dan ingin
memulangkan wang yang telah daripada Soh untuk mengambil semula kereta arwah
ayahnya. Tetapi Soh enggan berbuat demikian, soh hendaklah memulangkan kembali
kepada Lan kerana pembelian yang dilakukan tidak sah dan Lan hendaklah
memulangkan wang kepada soh.

Kesimpulan :
Kontrak di antara Lan dan Soh adalah tidak sah kerana Lan seorang kanak-kanak dan
tidak layak untuk berkontrak.

TUTORIAL 8
Soalan 1.
-5-
Jes telah membuat tawaran melalui pos kpd wan utk menjual rumaknya di kampung suka, dgn
harga RM200,000.00. tawaran tersebut terbuka sehingga 20/2/08. surat tawaran diposkan pd
5/12/07 dan telah sampai ke pengetahuan Wa pd 11/12/07
Wan yg pd mulanya bersetuju dgn tawaran tersebut telah mengeposkan surat penerimaan
tawaran pd 25/12/07. disebabkan banjir dan perhubungan darat yg terputus, surat tersebut
lambat sampai dan hanya diterima Õ jue pd 25/1/08
Wan kemudiannya ingin menbatalkan penerimaan stelah mdpt tahu rumah tersebut slalu
ditenggelami air stp kali musin banjir. Pd 15/1/08, wan telah menghubungi jes dan
menyatakan bhwa dia ingin membatalkan penerimaannya dan membatalakan surat
penerimaan yg telah diposkan sebelum ini. Jes berasa amat kecewa dgn tindakan wan.
Pada 26/1/08, jes menghubungi wan dan menyatakan bahawa wan telahpun terikat utk
membeli rumah tsebut brdasarkan surat penerimaan yg diterima drpd wan pd 25/1/08
Sbg seorang yg arif dlm bidang undang2 kontrak, wan meminta nasihat anda akan haknya
disisi undang2 kontrak. Nasihatkan wan.

Isu: Samaada Wan terikat disisi undang-undang untuk membeli rumah Jes.

Prinsip undang-undang:-
4(3)(a) komunikasi pembatalan lengkap dipihak yang membuat pembatalan apabila
notis pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada si
penerima pembatalan itu. Dimana ia adalah kuasa si pembuat pembatalan.
4(2)(b) komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima apabila komunikasi
penerimaan itu sampai kepada pengetahuan pencadang.

Kes Rujukan :-
BRYNE VS VAN TIENHOVEN.
1 oct defenden membuat tawaran melalui surat untuk menjual bijih timah kepada
palintif. Apabila palintif menerima surat tawaran itu, ia segera menghantarkan penerimaan
dengan telegram pada 11 oct sementara itu pada 8 oct defenden telah menulis surat kepada
plaintif membatalkan tawaran yang dibuatnya pd 1 oct itu. Surat pembatalan tawaran
defenden ini tiba pd plaintif pada 20 oct.
KM : pembatalan cadangan defenden itu tdk berkesan krn pd masa surat pembatalan tiba pd
plaintif. Plaintif telah pun membuat penerimaan yg sah.

Hubungkait :
Mengikut kes ini. Wan pd mulanya telah menerima tawaran yg dibuat ttp ingin
membatalkanya. Dia telah membatalkan penerimaannya sbelum surat penerimaan yg
dihantarnya sampai ke tangan jes dgn menghubungi jes dan seterusnya membatalkannya
mengikut seksyen 4(2)(b) komunikasi penerimaan lengkap terhadap peneriam apabila
komunikasi penerimaan itu sampai kpd pengetahuan pencadang. Merujuk kepada kes Wan,
komunikasi terhadap penerima belum lengkap krn surat penerimaan yg dipos olehnya belum
sampai ke pihak pencadang dan beliau berhak utk membatalkanya dlm masa itu. Dan
komunikasi pembatalan yg dibuat diantara wan dengan jes lengkap dimasa wan menghubungi
jes. Ia merujuk kpd S 4(3)(a) iaitu komunikasi pembatalan lengkap kpd pembuat pembatalan
apabila notis pembatalan itu telah dimasukkan ke dlm penjalanan pengiriman kpd si penerima
pembatalan itu.

Kesimpulan :
Kontrak yang dibuat oleh Wan kepada Jes adalah tidak sah dan notis pembatalan yang dibuat
adalah sah

Soalan2.
-6-
Don ingin menjual kebun getah yg luas setengah ekar kepada jee dengan harga
RM80,000.00 kerana ingin menyelesaikan hutang rumahnya yang telah digadai oleh anaknya
kepada Bank Maju. Kebun getah itu amatlah disayanginya kerana memberi pendapatan yang
lumayan kepadanya.
Jee bertanya kepada Don berapakah pendapatan sebulan yang diperolihi oleh don dari
kebun getah tersebut. Don tidak dapat memberi kepastian tetapi membuat anggaran
sekurang-kurangnya RM4,000.00 sekiranya tidak hujan.
Mendengar kata-kata Don, Jee bersetuju dengan tawaran tersebut.
Berdasarkan fakta di atas, nasihatkan hak Jee Dan Don sekiranya:

a. Jee ingin membatalkan kontrak kerana kebun getah tersebut tidak mendatangkan hasil
yang lumayan seperti yang diberitahu oleh Don.

ISU :
Samaada Jee boleh membatalkan kontrak diantaranya dengan Don.

PRINSIP UNDANG2 :
Tipuan <Frod >.
S17 : seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila ia melakukan suatu tindakan dengan
niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya.

KES RUJUKAN :
WEBER VS BROWN
Plaintif Menuntut Ganti Rugi Daripada Defenden Kerana Melakukan Penipuan Dan Salah Salah
Nyataan Berkenaan Jumlah Bilangan Pokok Getah Yang Ada Dalam Sebuah Estet Yang
Dibelinya Dari Defenden. Sebelum Perjanjian Dibuat, Defenden Menyatakan Beliau Telah
Mengira Pokok Getah Yang Ada Dalam Estat Itu Dan Menyerahkan Sekeping Kertas
Mengandungi Bilangan Berserta Umur Pokok Getah Tersebut.
Mahkamah : Memutuskan Kenyataan Defenden Menyatakan Beliau Telah Mengira Pokok Getah
Tersebut Adalah Satu Penipuan ( Sedangkan Ia Tidak Mengiranya )

HUBUNGKAIT :
Mengikut kes diatas, jee ingin menbatalkan kontrak yang dibuat olenya dengan don kerana
kebun getah tersebut tidak mendatang kan hasil yang lumayang seperti yang dikatakan oleh
don. Disinin wujud salahnyataan atau tipuan kerana kata2 don berlawanan dengan apa yang
dilihat. Mengikut seksyen 17, seseorang itu dikatakan menipu pihak lain apabila melakukan
tindakan dengan niat untuk mendorong orang lain membuat kontrak dengannya. Don
melakukan ’FROD’ apabila menyatakan kebun getahnya mendatangkan hasil yang lumayan
sedangkan tidak. Dan seterusnya mendorong jee memasuki kontrak dengan kenyataannya
itu. Merujuk kes Weber VS Brown : iaitu defenden melakukan tipuan dengan menyatakan
beliau telah mengira pokok getah yang ada dalam estat yag dijualnya kepada plaintif.
Sedangkan beliau langsung tidak mengiranya. Begitu juga denga kes jee dan don. Don
menyatakan kebun getahnya mendatangkan hasil yang lumayang. Sedangkan tidak.

KESIMPULAN :
Kontrak Boleh Dibatalkan Atas Pilihan Jee Kerana Kontrak Tersebut Wujud Unsur Frod Dan
Seterusnya Menjadikan Kontrak Tersebut ’Kontrak Boleh Batal ’.

-7-
b. Boleh atau tidak Don menyatakan bahawa kontrak yang dibuat dengan Jee adalah
kontrak yang tidak sah kerana nilai kebun yang dijual tidal sama dengan nilai pasaran
yanh jauh lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada Jee.
TIDAK.

ISU :
Samaada Kontrak Diantara Don Dengan Jee Adalah Sah Atau Tidak.

PRINSIP UNDANG2 :
- Balasan tidak semestinya berpada atau tidak semestinya memandai.
- S26 : sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas
tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaan
balasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama
ada persetujuan pembuat janji itu diberi secara bebas.

KES RUJUKAN :
PHANG SWEE KIM VS. BEH I HOCK.
Responden telah bersetuju secara lisan untuk memindahkan hak milik tanah kepada perayu
dengan harga rm500.00 walaupun harga sebenar tanah itu melebihi rm500.00. Walau
bagaimanapun, responden kemudiannya enggan memindahkan hak milik tanah tersebut atas
alasan bahawa kontrak tersebut tidak boleh dikuat kuasakan sebagai satu kontrak yang sah di
sebabkan ketidakpadaan balasan. Namun di peringkat rayuan, mahkamah persekutuan
memutuskan bahawa isu ketidak padaan adalah tidak releven dan dalam kes ini wujudnya
balasan yang baik berdasarkan seksyen 2 (d) akta kontrak 1950 ; keputusan mahkamah
memihak pada pihak perayu walaupun balasan yang diberikan tidak berpada.

HUBUNGKAIT :
Mengikut kes yang dibincangkan, don telah menjual kebun getahnya dengan harga yang agak
murah berbanding dengan nilai di pasaran. Kontrak yang dibuat antaranya dengan jee
merupakan janji yang dibuat secara bebas.mengikut prinsip undang2 kontrak, balasan tidak
semestinya berpada atau memandai. Seksyen 26 pula menyatakan sesuatu perjanjian di
mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidalkah batal semata-mata kerana
balasan itu tidak memandai. Namun ketidak padaan balasan itu boleh dipertimbangkan oleh
mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji itu dibuat
secara bebas. Jadi seksyen ini menjelaskan bahawa ketidakpadaan balasan tidak akan
menjadikan sesuatu kontrak itu batal.

KESIMPULAN :
Kontrak Diantara Jee Dan Don Adalah Sah. Ketidakpadaan Tidak Menjadikan Alasan Untuk
Menyatakan Kontrak Itu Tidak Sah.

-8-
TUTORIAL 9.
Soalan1.
Encik Zack Dan Puan Bie merupakan pekongsi-pekongsi di dalam ZB Trading. Oleh
kerana perniagaan mereka semakin berkembang maju, maka Encik Zack telah melantik
seorang agen iaitu Encik Jay untuk membantu tugas-tugasnya di firma. Encik jay telah
diperkenalkan sebagai agennya kepada encik tan iaitu seorang pembekal barangan kesihatan.
Kontrak telah ditandatangani di antara Encik Jay dan encik tan dan barangan-barangan telah
dihantar ke firma ZB Trading. Namun begiru, Puan Bie tidak mahu bertanggungjawab ke atas
bayaran barang-arang tersebut dengan alasan Encik Zack tidak mendapatkan persetujuannya
terlebih dahulu sebelum melantik Encik Jay. Nasihatkan Encik Tan.

ISU:
Samaada Pian Bie Perlu Bersama Bertanggunjawab Ke Atas Bayaran Pembelian Yang
Dilakukan Oleh Encik Jay.

PRINSIP UNDANG-UNDANG:
Seksyen 7 : stp pekongsi dalam suatu perkongsian adalah merupakan egen kepada firma
perkongsian dan rakan pekongsi yang lain. Apa2 perbuatan dan tindakan seorang pekongsi
dalam dalam perniagaan mereka, akan mengikat firma pekongsian dan rakan pekongsi yang
lain.
Seksyen 140 : hubungan ejensi boleh disiratkan, @ dianggap wujud melalui tutur kata atau
perbuatan prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Kata2 atau

KES RUJUKAN :
CHAN YIN TEE VS WILLIAM JACK & CO.
Can dan Yong ( seorang kanak2 ) merupakan rakan kongsi dalam satu perniagaan. Di dalam
urusan perniagaan dengan syarikat William Jacks & Co. Chan menyatakan bahawa dia adalah
rakan kongsi Yong. Syarikat tersebut telah membekalkan barang kepada Yong tetapi yong
gagal membayar harganya. Syarikat menuntut hutang kepada Chan. Mahkamah memutuskan
bahawa Chan telah mengemukakan Yong sebagai egennya yang mempunyai kuasa untuk
berkontrak bagi pihaknya.oleh yang demikian, chan hendaklah bertanggungan di atas
perbuatan Yong dan Chan mestilah menjelaskan hutang tersebut kepada Syaikat Willian Jacks
& co.

HUBUNGKAIT :
Encik zack telah melantik seorng egen untuk lebih memudahkan kerjanya. Dan bukan
untuk kepentingan dirinya.pekongsinya tidak mahu bertanggungjawab dengan encik
jay.iaitu egen yang dilantik oleg encik zack. Mengikut seksyen 7, apa2 perbuatan atau
tindakan seorang pekongsi dalam perniagaan mereka, akan mengikat firma
perkongsian dan rakan pekongsi yang lain. Mengikut seksyen 140 pula mengatakan
hubungan ejensi boleh disiratkan @ dianggap wujud melalui tutur kata atau perbuatan
prinsipal yang memperkenalkan seorang lain sebagai ejennya. Ini membuktikan yang
hubungan di antara mereka telah wujud egensi dan mereka perlu bertanggungjawab
dengan tindakan yang dilakukan oleh encik jay.

KESIMPULAN :
Puan Bie perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan oleh Encik Jay. Dan
perlu bertanggungjawab dengan bayaran yang dilakukan oleh Encik Jay.

-9-
TUTORIAL 10.
SOALAN1.
Sham merupakan usahawan yang terkenal di negeri kelantan. Beliau menjalankan perniagaan
batik yang dinamakan Sahn Batik. Dalam usaha memajukan perniagaannya, sham telah
melantik Nan dan Zin sebagai agen penjualan kain-kain batik keluaran sham batik. Sham telah
mengarahklan nin untuk menjual kain-kain batik yang bernilai RM70,000.00 ke sabah. Zin pul
telah ditugaskan untuk menguruskan perjalanan Nin ke sana.
Zin telah membeli tiket kapal terbang ke kota bharu-kuala lumpur dan kuala lumpur-kota
kinabalu dan nin dijangka akan sampai ke Kota Kinabalu pada 5/3/08, jam 3 petang. Segala
urusan telah diselesaika oleh zin.
Tanpa diduga, tiket kapal terbang nin telah tercicir. Nin telah berusaha untuk membeli tiket
yang lain, tetapi gagal mendapatkannya. Tiket untuk ke sabah bagi bulan mac telah habis
dijual. Tiket yang ada hanyalah penerbangan ke Kuching, Sarawak dan akan tiba pada hari dan
masa yang sama.
Nin telah cuba menghubungi Sham dan Zin, tetapi mereka tidak dapat dihubungi. Dalam
keadaan terdesak, nin telah mengambil keputusan untuk membeli tiket ke kuching dan
menjual kain-kain batik tersebutk di kuching.
Tindakan nin telah menyebabkan sham mengalami kerugian sebanyak RM5,000.00. sham
telah mengarahkan nin bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Nin tidak bersetuju atas
alasan tindakannya untuk kebaikan sham dan bagi mengelakkan sham mendapat kerugian
yang lebih besar.
Nasihatkan nin berdasarkan undang-undang agensi.

Isu:
Samaada Nin perlu bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh Sham.

Prinsip undang-undang:-

KES RUJUKAN :

- 10 -
HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

TUTORIAL11.
- 11 -
Soalan1.

Didi telah membuat pembelian bekalan ikan daripada jojo di kuala terangganu untuk dihantar
ke JB. Jojo telah mengupah Kabir untuk menghantar bekalan ikan ersebut ke JB.
Dalam perjalanan ke JB , lori yang membawa bekalan ikan tersebut mengalami kerosakan di
kuantan. Lori tersebut perlu dibaiki dan akan mengambil masa selama dua hari.
Kabir cuba untuk menghubungi didi melalui telefon bimbitnya, namun Didi tidak dapat
dihubungi. Kabir mengambil keputusan untuk menjual bekalan ikan yang dibawanya di Pasar
Kuantan bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut busuk dan rosak.
Jojo tidak berpuas hati dengan tindakan kabir dan ingin mengambil tindakan. Nasihatkan
Didi berkenaan dengan situasi di atas.

Isu:-
Samaada tindakan kabir itu betul atau salah dan samada jojo boleh mengambil tindakan
keatas kabir.

Prinsip Undang2 :
S142 : ejen berkuasa dalam keadaan darurat atau kecemasan melakukan sesuatu untuk
melindungi prinsipal daripada mengalami kerugian, seolah-oleh kepentingan ejen itu sendiri
yang terancam.
SEKSYEN 167 : seserang ejen adalah wajib, dalam masa kesusahan, menggunakan segala
usaha yang munasabah untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan-arahan
selanjutnya.

KES RUJUKAN :
G.N RAILWAY VS SW AFFIELD.
Seekor kuda dihantar melalui keretapi ke suatu destasi. Setibanya di destinasi itu tidak ada
siapa yang berhak menerima kuda itu. Pihak keretapi menghantar kuda itu ke sebuah kandang
kuda untuk bermalam di sana. Mhkamah memutuskan bahawa tindakan itu sungguhpun diluar
kuasa keretapi sebagai ejen, namun ia terpaksa dilakukan untuk melindungi kuda itu. Pihak
keretapi dianggap ejen perlu.

HUBUNGKAIT :
Kes di atas, kabir iaitu merupakan agen kepada jojo telah mengambil tindakan menjual ikan2
di kuantan yang perlu di hantar ke JB kerana masalah pengangkutan yang tidak dapat
dielakkan. Kabir telah mengambil tindakan yang perlu seorang agen lakukan iaitu cuba
menghubngi jojo < prinsipal >. Tetapi tidak dapat dihubungi. Tetapi yang penting, beliau telah
mencuba. Mengikut S142 Ejen berkuasa untuk melakukan sesuatu dalam keadaan darurat
melakukan sesuatu untuk melindungi prinsipal daripada mengalami lebih kerugian. Tindakan
kabir adalah betul kerana ikan tersebut merupakan barang yang mudah rosak dan seterusnya
tidak dapat dijual lagi. Merujuk kepada seksyen 167, ejen berkewajiban menggunakan segala
usaha yang logik untuk menghubungi prinsipal bagi mendapatkan arahan2 selanjutnya. Dalam
kes ini kabir telah mengunakan segala usaha untuk menghubungi jojo. Merujuk kepada kes
G.N RAILWAY VS SWAFFIELD, tindakan pihak keretapi menghantar kuda bermalam di sebuah
kandang adalah satu tindakan untuk melindungi kuda tersebut dan pihak keretapi tidak boleh
disalahkan dan seterusnya menjadikan pihak keretapi sebagai ejen perlu. Begitu juga kes
kabir dengan jojo. Kabir telah dianggap ejen perlu kerana tindakannya adalah untuk
kepentingan prinsipal daripada mengalami lebih kerugian.

KESIMPULAN :
: tindakan kabir adalah betul dan jojo tidak berhak untuk mengambil tindakan kepadanya dan
kabir telah dianggap ejen perlu.

- 12 -
SOALAN2 :
Tajol telah bertugas sebagai agen selama 3 tahun di Firma B & Rakan2 dlm pembekalan
barang2. stp bulan, Encik B akan memberitahu Tajol ke mana barang-barang perlu dihantar.
Pada awal bulan lepas, Encik B telah keluar negara atas urusan peribadi. Tajol yang tidak
mendapat sebarang arahan telah bertindak mengikut kelaziman seperti bulan2 sebelumnya
krn apa yang dilakukannya adalah urusan perniagaan yang sama. Malangnya, tindakan Tajol
telah menimbulkan kemarahan Encik B dan Encik B enggan bertanggungjawab atas tindakan
Tajol.
Nasihatkan Tajol berdasarkan prinsip undang2 agensi.

ISU :
Samaada firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan Tajol.

PRINSIP UNDANG2 :
S 164 : ejen hendaklah menjalankan tugasnya mengikut arahan prinsipal. Jika tiada
arahan, ejen hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis sama. Jika
berlaku kerugian akibat daripada kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen mesti
membayar ganti rugi kepada prinipal, jika ada untung, ejen hendaklah membuat perkiraan
mengenainya. Memulangkan untung kepada prinsipal selepas ditolak komisen untuk dirinya.

KES RUJUKAN :
BOSTOCK VS BILTON.
Ejen telah gagal mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang di arahkan oleh
prinsipal. Kemudian kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa ejen
bertanggungjawab ke atas kerugian yang di alami oleh prinsipal.

HUBUNGKAIT :
Dalam kes ini tajol yang merupakan ejen kepada Firma B & Rakan2 telah bertindak mengikut
kelaziman kerana ketiadaan daripada Encik B. Mengikut S164, jika ketiadaan arahan, ejen
hendaklah mengikut adat biasa yang diamalkan oleh perniagaan jenis yang sama. Tetapi jika
berlaku kerugian kerana kegagalan ejen mematuhi arahan prinsipal, ejen berkewajiban untuk
membuat perkiraan mengenainya. Jadi tindakan tajol adalah bersesuaian dan tindakannya
bukan untuk kepentingannya. Merujuk kepada kes BOSTOCK VS BILTON, ejen telah gagal
mengambil insurance ke atas kapal seperti mana yang di arahkan oleh prinsipal. Kemudian
kapal tersebut hilang. Mahkamah memutuskan bahawa Ejen bertanggungjawab ke atas
kerugian yang di alami oleh prinsipal. Mengikut kes kabir pula, kabir sentiasa mengikut arahan
prinsipal tetapi bulan tersebut, kabir tidak mendapat sebarang arahan daripada Encik B.
Seterusnya beliau telah mengikut kelaziman yang selalunya beliau di arahkan iaitu seperti
yang diterangkan dalam seksyen 164.

KESIMPULAN :
Firma B & Rakan2 perlu bertanggungjawab di atas tindakan kabir, kerana kabir mengikut
kalaziman dan bukan untuk kepentingan dirinya dan bertindak mengikut suci hati.

- 13 -
TUTORIAL 12.
Soalan1
Puan dah telah berjanji secara bertulis untuk menyerahkan sebidang tanah yang
tertentu kepada anaknya secara percuma.
Berdasarkan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan, bincangkan
sama ada kontrak jenis ini mengikat atau tidak.

ISU :
Samaada Janji Puan Dah adalah sah di sisi undang2.

PRINSIP UNDANG2 :
26(a) perjanjian tanpa balasan yang melibatkan hubungan kasih sayang antara
hubungan karib.
Perlu memenuhi syarat yang ditetapkan :
1. perjanjian yg melibatkan kasih sayang dibut secara bertulis.
2. didaftarkan menurut undang2 ( jika ada )
3. dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi antara pihak2 yang mempunyai
hubungan karib.

KES RUJUKAN :
RE TAN SOH SIM
Tan sebelum mati telah menyatakan hastarnya untuk memberikan hartanya kepada 2
orang anak angkat perempuannya dan 2 orang anak angkat lelakinya. Waris yang
sebenarnya kepada harta tersebut adalah 3 orang kakaknya dan 7 orang kakak tiri.
Bagi menghormati hasrat si mati, waris- waris ini telah mengadakan perjanjian
bertulis, bersetuju untuk memberikan kesemua harta si mati kepada anak-anak
angkatnya. Persoalan yang perlu di putuskan oleh mahkamah ialah sama ada
perjanjian yang dibuat oleh waris2 itu merupakan perjanjian yang melibatkan kasih
sayang semula jadi antara pihak-pihak yang mempunyai hubungan yang karib.
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat itu tidak sah mengatakan
bahawa perkataan ’hubungan’ dan ’karib’ mestilah ditafsirkan berdasarkan
kepercayaan dan kebudayaan serta hal keadaan setiap kes yang terlibat.

HUBUNGKAIT :
Berhubung dengan kes di atas. Puan dah telah berjanji untuk menyerahkan sebidang
tanah kepada anak kandungnya secara percuma. Disini dilihat telah wujud hubungan
karib yang semula jadi antara mereka. Perjajian itu juga telah dibuat secara bertulis.
Perjanjian yang dibuat oleh puan dah memenuhi seksyen 26 (a) iaitu perjanjian tanpa
balasa perlu memenuhi : perjanjian dibuat secara bertulis dan dibuat atas dasar kasih
sayang semula jadi. Jadi ini membuktikan yang perjanjian yang dibuat oleh puan dah
adalah sah.

KESIMPULAN :

- 14 -
Janji Puan Dah Adalah Sah Disisi Undang2 Kerana Wujud Hubungan Kasih Sayang Dan
Ia Memenuhi Prinsip Pengecualian Perjanjian Tanpa Balasan.

SOALAN2
meng seorang peniaga yang buta huruf, telah menghadapi masalah kewangan dalam
pengendalikan perniagaannya. Dia gagal untuk mendapatkan pinjaman bank kerana
beberapa dokumen yang diperlukan gagal disediakan. Meng telah mengambil jalan
mudah dengan berjumpa dengan penberi pinjaman berlesen swasta iaitu Mudah
Enterprise untuk mendapatkan pinjaman. Proses peminjaman mengambil masa
selama 3 hari dan meng berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM30,000.00.
Mudah Enterprise telah mengenakan kadar faedah sebanyak 35% setahun ke atas
pinjaman tersebut. Meng yang tidak faham berkenaan faedah tersebut terus
menyerahkan geran tanah sebagai cagaran pinjaman. Apabila masuk tahun kedua
pembayaran pinjaman, Meng mendapati bayaran bulanan yang dibayar kepada Mudah
Enterprise agal timggi dan dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan
pembayaran. Nasihatkan meng.

Isu :
Samaada Meng bertanggungjawab untuk terus membayar bayaran bulanan kepada
Mudah Enterprise yang dikatakan agak tinggi.

Prinsip Undang2 :
S16(1)

S(20) : dimana kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah


disebabkan oleh pengaruh tidak berpatutan, maka perjanjian itu adalah
suatu kontrak boleh batal atas opsyen pihak yang kerelaannya
disebabkan sedemikian.

KES RUJUKAN :
CHAIT SINGH VS BUDIN ABDULLAH

HUBUNGKAIT :

- 15 -
KESIMPULAN :

SOALAN3.
Leman telah bersetuju untuk menjual satu lori buah tembikai kepada saleh. Lorry
tersebut akan bertolak dari bachok, kelantan pada sebelah pagi dan dijangka tiba di
tempat perniagaan saleh di pasar selayang, selangor pada pukul 5 petang. Tanpa
disedari oleh kedua-dua belah pihak, semasa mereka berkontrak, lorry berkenaan
telah mengalami kemalangan yang dahsyat yang mengakibatkan pemandu lorry
menjadi komas dan semua buah yang dibawa musnah.
Berdasarkan undang-undang kontrak, nasihatkan leman dan saleh sama ada mereka
masih terikat dengan kontrak tersebut.

Isu : sama ada perjanjian saleh dan leman masih terikat.

PRINSIP UNDANG2 :
S21 : perlu memenuhi 3 syarat :
1. kedua2 pihak kepada kontrak tersebut melakukan khilaf;
2. khilaf yang dibuat adalah khilaf fakta
3. fakta tersebut mestilah fakta yang mustahak untuk perjanjian.

KES RUJUKAN :
COUTURIER VS HASTIE.
Kontrak yang dibuat di london adalah untuk penjualan jagung yang dilayarkan dari salonika.
Tanpa diketahui oleh kedua-dua pihak, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, kargo
tersebut telah dijual oleh ketua kapal tesebut di tunis memandangkan jagung itu mula rosak.
Dalam penghakimannya, house of lords memutuskan bahawa pembeli adalah tidak terikat
untuk membayar kargo tersebut. Kontrak tersebut mengkontemplasikan kewujudan kargo, dan
memandangkan kargo tersebut tidak wujud, penjual tidak boleh diminta menghantar
barangan tersebut dan si pembeli membayarnya. Memetik penghakiman lord cranworth :
’ persoalan keseluruhannya terletak pada tafsiran kontrak....... melihat pada kontrak itu
sendiri, ia kelihatan pada saya jelas bahawa apa yang dikomtemplasikan oleh pihak2, mereka
yang membeli dan mereka yang menjual, bahawa wujudnya sesuatu untuk dijual semasa
kontrak, dan sesuatu untuk dibeli. Sesuatu itu tidak wujud...... harus diberikan penghakiman
kepada defenden...

HUBUNGKAIT :
Berhubung dengan kes leman dan saleh. Mereka telah berkontrak dan semasa berkontrak
mereka tidak mengetahui fakta tersebut. Prinsip 21 menjelaskan bahawa kedua2 pihak perlu
melakukan khilaf. Dan kes ini leman dan saleh telah melakukan khilaf. Dan memenuhi syarat
pertama. Syarat ke2,khilaf yang dibuat merupakan khilaf fakta dan fakta tersebut merupakan
fakta yang penting dalam perjanjian. Jadi kes leman dan salleh memenuhi 3 syarat khilaf
- 16 -
secara fakta dan seterusnya membawa kepada kontrak batal. Merujuk kepada kes COUTURIER
VS HASTIE, agak sama dengan kes leman dan salleh. Iaitu kedua2 pihak tidak mengetahui
jagung iaitu fakta yang penting dalam perjanjian telah rosak. Seterus mahkamah memutuskan
kontrak tersebut terbatal. Sama seperti kes leman dan salleh.

KESIMPULAN :
Perjanjian Antara Leman Dan Salleh Telah Terbatal Dengan Sendirinya Setelah Berlaku
Kemalangan Lorry Iaitu Merupakan Fakta Terpenting Antara Perjanjian Mereka.

- 17 -

You might also like