You are on page 1of 13

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

ZZZT2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Set 11

Tamadun Islam merupakan tamadun yang terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah masa kini. Perkembangannya berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri. Ianya dapat merubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanafaat. Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.

Bersifat Universal, tiada dibatasi geografi, sentiasa berkembang dan kekal tidak pupus.
Tamadun Islam ialah tamadun yang Universal (menyeluruh) dan Syumul (sempurna).

Universal bermaksud tidak merujuk kepada manamana bangsa tertentu tetapi menjadi milik semua umat Islam tidak kira dimana sahaja berada. Ianya dibangunkan oleh pelbagai bangsa dengan perbezaan bahasa. Manakala syumulnya pula meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan peringkat kehidupan serta lapangan hidup manusia, dahulu, kini dan selamanya.

Bersumberkan wahyu daripada Allah Taala.


Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat kewahyuan. Tamadun Islam bersumberkan anjuran-anjuran al-Quran dan bimbingan sunnah Rasul S.A.W. Ini bermaksud, tamadun Islam adalah tamadun yang terbentuk berdasarkan panduan dan prinsip yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang diutuskan oleh Allah taala. Ianya bukan tamadun yang lahir daripada akal atau nafsu manusia. Justeru prinsip dan dasar tamadun adalah bersifat tetap kerana penentu nilainya adalah al-Quran dan Sunnah Nabi. Allah adalah punca segala kuasa manakala manusia adalah kuasa yang bersifat amanah. Wahyu diberikan kepada mansia sebagai panduan dan bimbingan untuk menjalani kehidupan.

Tamadun Islam berorientasikan kemanusiaan.


Fokus utama yang diterapkan dalam ketamadunan Islam adalah pembinaan individu yang bersepadu dari segi roh, akal dan jasad yang akhirnya akan membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang sihat. Walaubagaimanapun nilaian aspek-aspek luaran tidak ditinggalkan malah juga dianggap penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia dan memenuhi fitrah manusia yang inginkan keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang digariskan oleh Islam.

Tamadun yang seimbang & sepadu.


Islam menghormati kecenderungan dan fitrah manusia. Anjuran ini jelas apabila Islam bukan hanya menekankan kerohanian semata-semata tetapi unsur kerohanian diambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan. Keseimbangan dan kesepaduannya dapat dilihat dari sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan kebendaan, individu dan masyarakat serta batas kebebasan individu. Keseimbangan rohani dan jasmani menjadi faktor penting pembinaan tamadun: manusia. Tamadun dicipta dari dua unsur yang berkait rapat iaitu rohani dan jasmani. Aspek kebendaan dan keduniaan tidak dihina tapi tidak pula dipuja.

Tamadun yang bermatlamat


Matlamat asas adalah untuk membawa manusia mencapai kejayaan bukan hanya di dunia tetapi lebih utama lagi di akhirat. Justeru itukemajuan dan pembangunan adalah bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya setiap insan menyedari, menghayati dan melaksanakan matlamat ini maka kita akan lihat hasilnya iaitu semakin tinggi tamadun itu dapat diwujudkan maka manusianya akan semakin tunduk kepada Allah.

Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun.


Bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari tamaduntamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan unsurusur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman

Suruhan Tidak membebankan.


Allah tidak menurunkan perintah yang sukar untuk manusia laksanakan. syariat islam: berkehendakkan kebaikan dan menghindari kerosakan Allah memberikan beberapa kelonggaran kepada manusia dalam keadaan tertentu yang menyukarkan Contohnya, keringanan berbuka puasa kepada orang tua yang sudah uzur.

Sesuai sepanjang zaman.


Prinsip Islam bersifat fleksibel dan khusus Bertujuan untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat Setiap ketetapan mengambil kira keadaan manusia. Tamadun Islam tidak menolak penciptaan baru asalkan tidak bertentangan dengan prinsip Islam

Sempurna dan menyeluruh.


tamadun Islam yang dibina atas al-din adalah lengkap dan merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Islam sesuai untuk seluruh dunia, semua peringkat manusia dan semua tempat dan masa. Islam merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.

Terbuka dan toleransi.


Tamadun Islam menggalakkan penerimaan unsur-unsur dari tamadun yang lain asalkan tidak bercanggah. Tamadun Islam dapat berkembang kerana Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, orang Islam dan yang bukan Islam. Toleransi dari sudut kebebasan beragama menjamin keharmonian dalam masyarakat.

Kesatuan dalam kepelbagaian.


o kewujudan pelbagai bahasa dan bangsa bukan penghalang kepada kesatuan manusia dalam tamadun Islam. o Interaksi antara satu sama lain menjamin kejayaan tamadun Islam.

You might also like