mengubah nasib diri dan keluarganya untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, dansejarahlah sebagai landasan untuk keluar dari hidup sengsara yang membelenggu. Sejarahdengan manusia sangat mempengaruhi antara satu sama lain, sehingga banyak skop yangdapat disentuh dan dikupas. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangatmenyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama.Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana Islam adalahtidak terpisah dengan kehidupan penganutnya, sedang orang sekular itu bukan sahajamemisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnahdan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akalfikiran mereka sendiri. Kita juga lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu satu kumpulanmasa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan keadaan yang sedang berlaku.Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta duniaakan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran serta kesan pergerakan dunia keatas kita. Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmuyang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan. Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpamempunyai motif yang lain, contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga darikalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan danmenmbulkan bahaya didalam politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itukerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telahdisalahgunakan,diselewengkan dan dipalsukan untuk mencapai tujuan tertentu bagigolongan yang berkepentingan tertentu. Membincangkan tentang sejarah yangdiselewengkan ini, terkenang pula cerita dari anak benua India, dimana didalam satu pilihanraya, kerajaan yang pro-Hindu telah menang besar dan cukup anti dan benciterhadap Islam, sama ada agama, bangunan bersejarah Islam, mahupun masyarakat Islamdi India itu sendiri. Kemuncak kebencian itu, dapat dilihat dengan keengganan kerajaanitu untuk mengiktiraf sumbangan dan mengakui pemerintahan Islam yang telah berlangsung selama beberapa abad yang lalu didalam buku teks sekolah di negara itu.
Leave a Comment
asmaliza zainal abidin means what???
asmaliza zainal abidin
automotif
thanks for information