You are on page 1of 4

Seri Menanti

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Seri Menanti merupakan Bandar DiRaja bagi Negeri


Sembilan. Terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri,
Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Seri
Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi
bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah
rakyat sederhana yang asalnya petani.
Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang
Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15.
Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di
situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau.
Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan
tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'.
Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna
padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang
berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan
penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri
itu jika dibuka.
Di sini terdapat Istana Seri Menanti yang merupakan Istana
yang bercirikan binaan Minangkabau.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Seri_Menanti

Terletaknya Istana
Seri Menanti, Negeri
Sembilan
ISTANA LAMA SERI MENANTI / MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI

Gambar 1: Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti


Nama : Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti
Lokasi : Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
No. Lot :
Hakmilik Bangunan / Tanah :
Tahun Dibina : 1902

Latar Belakang Sejarah :


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina
pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-
askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan
Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-
Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di
istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang
dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang
Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato\'
Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini
telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja
Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera
Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai,
Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan
istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat
daripada kayu yang dipanggil pasak.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun
sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut
hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk
dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964.
Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992.
Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana
ini dengan rasminya diwartakan sebagai \'Muzium Diraja\'. Perasmiannya telah
dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan
Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri
Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah
dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi
tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang
tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa
dengan kerjasama pihak istana.

Bahan Multimedia
• Imej Istana Lama Seri Menanti / Muzium Diraja Seri Menanti (0 imej)

Sumber: Jabatan Warisan Negara

You might also like