“ombak pembina”
terjadi, memendap pasir-pasir di tepi pantai lantas saiz pantai menjadisemakin lebar.
3.0 Pembangunan dan Peningkatan Kadar Hakisan di Zon PinggirPantai.
Sesebuah pantai yang cantik sebenarnya terbentuk hasil daripada kombinasi proses-proses geomorfologi yang telah dibincangkan di atas tadi. Pada asalnya jika zon pinggirpantai tidak diganggu gugat secara melampau oleh manusia maka sifat fizikal pantaiakan dapat dikekalkan. Ini kerana secara semulajadi segala proses geomorfologi yangbertindak akan sentiasa berada pada tahap keseimbangan
(equalibirium).
Tetapikerakusan manusia yang telah membangunkan kawasan pantai secara berlebihan tanpamelaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang sistematik telah menyebabkankeseimbangan proses-proses geomorfologi tergugat. Pantai semakin terhakis dan sempit.Manusialah sebenarnaya bertanggungjawab menjana dan mempercepatkan lagi kadarhakisan di zon pinggir pantai.Mengikut Prof. Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah
National Hydraulic ResearchInstitute of Malaysia
(NAHRIM),
kini terdapat sekurang-kurangnya 74 tempat disepanjang pantai di negara ini yang menghadapi resiko hakisan yang serius. Semuanyaberpunca daripada perbuatan manusia sendiri. 74 tempat ini, bila diambil kirakesemuanya merupakan satu pertiga daripada keseluruhan pantai negara ini iaitu lebihkurang 4800 kilometer. Hakisan yang paling teruk berlaku adalah di pantai timursemenanjung. Ada bahagian-bahagian jalan raya yang telah rosak di sebabkan hakisanpantai yang telah sekian lama berlarutan. Prof. Aziz menambah, ada dua bentuk hakisanpantai yang berlaku di negara ini. Pertama hakisan yang berlaku sedikit demi sedikit –hakisan biasa akibat fenomena semulajadi dan keduanya hakisan secara cepat, mendadak atau hakisan luar biasa akibat perbuatan manusia sendiri. Di antara contoh-contoh pantaiyang terhakis secara mendadak akibat pembangunan manusia ialah seperti di PantaiKelebang Melaka, Pantai Tanjung Karang Selangor yang berpunca daripada pemusnahanhutan bakau dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kelantan yang berpunca daripada kerja-kerja memperdalamkan muara di Pengkalan Datu semenjak pertengahan 80-an lagi.Kajian oleh
National Erosion Study 1985
, menunjukkan bahawa hakisansepanjang garis pantai Malaysia adalah meluas, giat dan serius sekali. Sekurang-kurangnya 1300 km (atau 27%) daripada 4800 km garis pantai Malaysia mengalamihakisan. Kadar hakisan pantai yang giat kebanyakannya menjejaskan kawasan-kawasanpertanian, perumahan, kemudahan pengangkutan, tempat-tempat pelancongan danreakreasi. Laporan ini juga menyebut bahawa kadar hakisan di kawasan-kawasan kritikaladalah di sekitar 3 – 4 meter setahun dan ada juga yang mencapai 100 meter setahunseperti di Balik Pulau, Pulau Pinang.
(Wan Ruslan Ismail, Majalah Akademik, Nurin Enterprise, K.L., Febuari 1990, m.s 43).
Di antara contoh-contoh pantai di Malaysia yanggiat terhakis ialah seperti Pantai Kuala Kedah dan Pantai Merdeka, Pantai Tanjung Dawaidan Batu Feringgi di Pulau Pinang, Pantai Morib di Selangor, Desaru dan Pantai Remis diJohor, Pantai Kuala Dungun, Kuala Kemaman, Kuala Terengganu hingga ke Kuala Ibai