Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengurusan Pantai JPS

Pengurusan Pantai JPS

Ratings: (0)|Views: 1,422 |Likes:
Published by adiefred
Artikel Pengurusan pantai yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan saliran Malaysia. (JPS)
Artikel Pengurusan pantai yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan saliran Malaysia. (JPS)

More info:

Categories:Types, Research
Published by: adiefred on Apr 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/01/2012

pdf

text

original

 
Pengurusan Pantai
http://www.water.gov.myEdited By: Fred Apat (mrfred85@gmail.com
 
)Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 21April2009)
1.0Pengenalan
Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat danmengancam penduduk pinggir laut serta mengakibatkan kerugiansepanjang garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian HakisanPinggir Laut Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulanJanuari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometermengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telahmenubuhkan Pusat Kejuruteraan Pinggir Laut dalam Jabatan Pengairandan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangankawalan hakisan pinggir laut di seluruh negara.Garis pinggir laut Malaysia adalah beraneka daripada telukberpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatusehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutanbakau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, hasil enapan yang tinggidaripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuatmewujudkan latar untuk garis pinggir laut teluk berpasir berbentukcangkuk. Sementara di pantai barat, iklim ombak Selat Melaka yangsederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan hutan pinggir laut yang kaya dengan biodiversiti. Bentuk-bentuk yang serupa mencirikanpantai-pantai di Sarawak dan Sabahwalaupun kawasan berpasir tertentu adalah sangat rata. Bahan-bahanpantai termasuklah campuran pasir, kelodak, malah kulitkerang dengan tompokan kerikil dan singkapan batuan di sana sini.
2.0Aktiviti Pembaikan Muara Sungai
Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannyamenghadapi masalah pengelodakan, yang mengurangkan kedalaman airuntuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepadapembangunan industri perikanan. Kerajaan telah menjalankan KajianMuara Kebangsaan pada tahun 1994 dan hasil kajian menunjukkan 35muara dihadapi pengelodakan yang kritikal. Pelan induk yang dibentukmenyarankan supaya kerja pembaikan dijalankan dalam masa 10 tahundan melibatkan kos berjumlah RM 330 juta. Berdasarkan pelan induk,program pembaikan muara sungai diluluskan di bawah RancanganMalaysia Ketujuh untuk melaksanakan pengorekan dan pembinaanstruktur pembaikan.
3.0Aktiviti Pengurusan Zon Pinggir Laut
Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan telah disiapkan padatahun 1986 dan dapatan kajian mendedahkan bahawa daripadasejumlah 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. IUntuk menanganimasalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Teknikal KejuruteraanPinggir Laut di dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut bagiseluruh negara. Rancangan ini melibatkan dua strategi, iaitu strategi jangka panjang dan juga jangka pendek. Strategi jangka pendekmelibatkan pembinaan projek kawalan hakisan dan strategi jangkapanjang melibatkan penambahbaikan pengurusan zon pinggir laut dalam
 
cara yang bersepadu supaya kejadian hakisan pinggir laut tidak akanbertambah. Rancangan ini dibentuk untuk melaksanakan tindakan yangakan diambil di bawah strategi-strategi ini.Kajian Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (dengan kenaikanaras laut)
Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (NCVI)
Kajian Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (NationalCoastal Vulnerability Index -NCVI) diperlukan untuk mengenal pastikawsan pinggir laut yang terdedah disebabkan oleh kesan kenaikanaras laut. Hasil kajian akan digunakan untuk menyediakan IndeksKerentanan Pinggir Laut dengan aras dedahan zon pinggir bagimengelakkan pembangunan di kawasan ini. Pada masa yang sama ia akanmenjadi asas untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan yangdisebabkan oleh kenaikan aras laut. Indeks ini akan menyediakanpenunjuk tentang bagaimana rentannya garis pinggir laut kepada kesankenaikan aras laut yang mendadak. Kerentanan terhadap kesan inimerangkumi faktor-faktor biogeofizikal, ekonomi, dan keinstitusiandan sosiobudaya. Pembangunan NCVI yang menyeluruh akandijalankan secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama kajian NCVItelah siap pada bulan Disember 2007. Ia meliputi dua (2) tapak rintis yakni Tg. Piai, Johor di Selatan, dan Pulau Langkawi, Kedah diutara.Berdasarkan rekod pasang surut 20 tahun di dua tapak rintis ini,kadar kenaikan aras laut tempatan atau relatif di kedua-dua tapak iniboleh dianggap lebih kecil daripada kadar purata sejagat-rendahsebanyak 2 –3 mm/tahun (iaitu SLR di Tg. Piai = 0.2 –1.3 mm/thn;SLR di Langkawi = 0.5 –1.0 mm/thn). Kenaikan aras banjir di kedua-dua tapak untuk senario SLR tempatan tidaklah terlalu ketara tinggi.
1.0Hakisan Pinggir Laut
Berdasarkan Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan 1986,garis pinggir laut Malaysia dikelaskan ke dalam tiga kategori hakisandan ancaman terhadap kemudahan berasaskan pesisir yang sedia adadengan nilai ekonomi besar ditakrifkan seperti berikut:
Kategori 1
Garis pesisir yang pada masa ini berada dalam keadaanhakisan dan tempat kemudahan atau infrastruktur berasaskan pesisirberada dalam bahaya keruntuhan atau kerosakan langsung.
Kategori 2: 
Garis pesisir yang terhakis pada kadar di mana hartabenda awam dan tanah pertanian yang bernilai akan menjadi terancamdalam tempoh 5 hingga 10 tahun melainkan tindakan pemulihan diambil;
Kategori 3: 
Garis pesisir yang belum dimajukan mengalami hakisantetapi dengan tiada akibat atau kerugian ekonomi yang kecil jikadibiarkan.Senarai Kawasan Hakisan Pinggir Laut:*angka sedang dikemas kini
1.1Punca Hakisan
Punca hakisan adalah semula jadi dan juga buatan manusia.Dalam keadaan semula jadi pantai mengalami kitaran dan pemendapantetapi dalam tempoh masa yang lama, pantai dianggap stabil jikakedudukan minnya kekal tidak berubah. Dalam kebanyakan kes, puncahakisan ialah aktiviti buatan orang yang mengakibatkan kesan langsungatau kesan sisa terhadap kawasan dekat pesisir dan pantai. Antarapunca-punca hakisan disenaraikan di bawah ini:a) Punca hakisan –semula jadia. Ribut utama semasa air pasangb) Punca hakisan –buatan manusiaa. Pelabuhanb. Marinasc. Jridge,d.Jambatan, etc
1.2Langkah-langkah Tebatan Hakisan Pinggir Laut
a) Kejuruteraan Kerasi. Lapis Lindungii. Benteng Hakisaniii. Pemecah Ombakiv. Blok Konkritv. Tembok Penahanb) Kejuruteraan Lembuti. Penyuburan pantaiii. Penanaman semula bakauiii. Pemecah ombak geotekstil isian endapaniv. Modul Penyamaan Tekanan
2.0Pelan Pengurusan Garis Pesisir Bersepadu (ISMP)
Program ISMP yang dijalankan oleh DID disesuaikanmengikut prinsip ICZM untuk memberi perhatian kepada isu-isu utamadan masalah yang dihadapi oleh garis pesisir kita. Ia merupakanpendekatan bersepadu yang mengambil kira semua aktiviti bersektor yang mempengaruhi kawasan pinggir laut dan memberikanpertimbangan yang wajar kepada isu ekonomi, sosial, alam sekitar danekologi. Matlamatnya adalah untuk membina alat pengurusan yangmengharmonikan semua aktiviti di kawasan pinggir laut untukmenyokong set objektif pengurusan yang lebih luas bagi kawasanpesisir.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Miz Nia liked this
shafanabilah liked this
Starz Blackzone liked this
Lily Megat Ahmad liked this
Miez Sally liked this
Hermanary David liked this
Asmadi Alias liked this
Momok Tomok liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->