Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
55Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Perkembangan Politik Malaysia 1978-1987

Sejarah Perkembangan Politik Malaysia 1978-1987

Ratings: (0)|Views: 3,337 |Likes:
Published by adiefred
membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.
membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.

More info:

Published by: adiefred on Apr 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK
(1957-1990)
1
Pengenalan
Menelusuri tulisan Ahmad Atony Hussain (1998), dalam bukunya yang bertajuk Dari BerantakanMenuju Pembangunan Politik Melayu mengemukakan konsep Demokrasi Ala-Malaysia atauModel Demokrasi Malaysia. Konsep ini dikira menarik untuk direnungi misalnya, kebebasanmenurut modul demokrasi Malaysia yang mana dalam perlembagaan Malaysia terdapatbeberapa fasa yang menyebut bahawa semua warga negara adalah bebas bercakap,berbahasa, berpersatuan, bebas mengamalkan agama, menulis, mengeluarkan akhbar,menggunakan bahasa dan bebas menjalankan apa sahaja aktivitimasyarakat. kebebasan initidaklah sama di negara barat dengan negara kita dan sering kali dinyatakan olehpembangkang sebagai menyekat kebebasan.Namun jika diberikan kebebasan mutlak seperti dibarat pastinya api perkauman akan merebak. Ini kerana bukan semua rakyat memahami ertikebebasan dan demokrasi.Satu lagi konsep politik Malaysia yang popular ialah Politik lalang atau Politik Pragmatik.Di kalangan orang kampung ada yang menggelarkan ”kura-kura”. Gaya politik ini dianggaplumrah diamalkan oleh ahli-ahli UMNO. Kebanyakan ahli-ahli UMNO dan masyarakat melayuamnya mengamalkan budaya ”biduk lalu kiambang bertaut” atau ”carek-carek bulu ayam, lama-lama bercantum juga”, ”air ditetak takkan putus”, ” kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek”,”pantang Melayu menderhaka” dan ”siapa kuat dia iradat”.Dengan kata lain, dalam amalan seharian orang Melayu, apa sahaja kata pemimpinutama (lazimnya Perdana Menteri), maka iitulah yang rakyat ikut. Barangsiapa tidak mematuhikata-katanya, ia dianggap orang serpihan dan tidak dikehendaki. Unsur-unsur ”keketuaan” itupenting. Siapa yang ditunjuk atau disinis atau diberi isyarat awal oleh Ketua (Perdana Menteri),maka ahli-ahli UMNO akan memberi sokongan walaupun sebelum itu mereka pernah tidak memberi sokongan. Beberapa contoh boleh kita ambil iktibariaitu pada tahun 19970, Tunku Abdul Rahman menunjukkan Tun Razak sebagai penggantinya, ahli-ahli UMNO mematuhikeputusan itu. Pada tahun 1973, Tun Razakpernah menunjukkan Tengku Razaleigh sebagaipemengku Naib Presiden UMNO apabila Tun Hussein Onn dilantik menjadi Timbalan PerdanaMenteri dan secara tidak langsung dilantik memegang jawata pemangku Timbalan Presiden,dan sekaligus pula jawatan yang disandang iaitu naib presiden menjadi kosong.Pada hal,
 
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK
(1957-1990)
2
dalam masa itu, Dr. Mahathir Mohamad adalah ahli Majlis Tertinggi yang paling popular danmendapat undi terbanyak sekali daripada ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO akur sahaja pilihanTun Razak tanpa bantahan.Begitu juga pada tahun 1977, apabila Tun Hussein Onn memberilampu hijau supaya Datuk Hraun Idris, Ketua Pemuda UMNO didakwa atas tuduhan rasuah,walaupun terdapat bantahan dari sesetengah pemuda UMNO, tetapi keputusan Perdana Menteriitu tetap dipatuhi. Begitu juga, semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi PerdanaMenteri, terdapat beberapa contoh betapa ahli-ahli UMNO mematuhi segala arahannya.Konsep Politik yang diamalkan di Malaysia dari dulu hingga kini banyak memberi kesankepada perkembanganpolitik negara ini samada memberi kesan positif ataupun kesan negatif.Kita boleh lihat semenjak dari zaman sebelum merdeka sehingga kini, ia membentuk sistemmasyarakat kita pada hari ini. Dengan ini juga pelbagai peristiwa sejarah yang bolehdibanggakandan juga tidak kurang mendukacitakan.
Melihat Perkembangan politik Sabah 1978
Semasa pemerintah Tunku Abdul Rahman, hubungan antara kerajaan negeri Sabah dengankerejaan Persekutuan amatlah baik. Namun apabila Tun Mustapha menjadi terlalu kuat danterlalu berkuasa, maka hubungan yang rapat dan erat itu mula regang. Tindak tanduk TunMustapha semakin sukar dikawal dan banyak bercanggah dengan kerajaan pusat pimpinan Tun Abd Razak. Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasamemburukan lagi keadaan (Hairi Abdullah
et al,
1986).Pada tahun 1971, berlaku pergeseran serius antara Tun Mustapha dengan kerajaanpusat terutamanya berkaitan dengan isu pengurusan ekonomi (hasil balak dan minyak) danautonomi Sabah. Bagi meredakan ketegangan, kerajaan pusat menawarkan jawatan MenteriPertahanan peringkat pusat kepada Tun Mustapha (Hairi Abdullah
et al,
1986). Namun tawarantersebut telah ditolak oleh Tun Mustapha. Hal ini telah menyebabkan kerajaan Persekutuansemakin memusuhi Tun Mustapha.Hasil galakan daripada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, naib presiden USNO iaituHarris Salleh dan Tun Fuad telah menubuhkan parti Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
 
TH30203 SEJARAH MALAYSIA PERKEMBANGAN POLITIK
(1957-1990)
3
(BERJAYA) pada 15 Julai 1975 (Hairi Abdullah
et al,
1986). Pada peringkat awal parti inidipimpin oleh Datuk Harris Mohd Salleh yang dibantu oleh Timbalan Presiden Datuk GanieGilong, Yeo Pao Tzu dan Haji Ampong Puyun. Tuan Haji Mohd Noor Mansur sebagai Setiausaha Agung, Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk PeterMojuntinsebagai Bendahari.Wujudnya sokongan daripada kerajaan Persekutuan terhadap parti BERJAYA menyebabkan Tun Mustapha tidak dapat membunuh kemunculan parti ini. Sepertimana yangbeliau lakukan terhadap parti-parti lain. Selain daripada ahli-ahli politik tempatan, penubuhanBERJAYA juga mendapat sokongan daripada ahli politik Persekutuan dan Sarawak. Antaranyaialah Abd Gapar Baba, Abd Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu TunFuad.Objektif penubuhan BERJAYA ialah:1. Untuk mengekalkan dan menjamin integrasi, kemerdekaan dan statusdemokrasi Malaysia serta perinsip-perinsip Rukun Negara.2. Untuk menjaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dalam Malaysia3. Untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat danuntuk rakyat yang asli, progresif dan demokrasi.4. Untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbangdaripada yang terdapat dalam sistem Sabah pada masa tersebut5. Untuk menjamin dan memajukan kedudukan istemewa penduduk tempaan sertahak-hak perlembagaan dan keistemewaan setiap warganegara di Sabah yangberbilang bangsa, budaya dan agamaKemunculan BERJAYA mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk tempatan. Hal ini terbukti semasa pilihanraya negeri bulan April 1976. Daripada 48 kerusi yangdipertandingkan, BERJAYA telah memenangi 28 kerusi (Hairi Abdullah
et al,
1986). ManakalaUSNO hanya mampu memenangi 20 kerusi yang kebanyakannya dimenangi di kawasanpenduduk beragama Islam. Sebaliknya, BERJAYA hanya mampu menawan tiga buah kawasanpenduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Kemenangan BERJAYA sebenarnyaterletak pada undian yang diperolei daripada orang KadazanDusun dan Cina. Kekalahan USNOadalah disebabkan oleh penyelewengan kerajaan USNO serta kebangkitan semangatnasionalisme penduduk tempatan.

Activity (55)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fadzila Imam liked this
ismailrich liked this
Gee Dixter liked this
Abdul Saman liked this
Faiz Othman liked this
snursyahidah liked this
Junhang Ho liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->