You are on page 1of 18

04-025 : Baca Bismillah Dalam Bilik Air

Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Assalamualaikum Kebanyakkan bilik air di zaman moden berserta dengan tandas. Setahu saya kita tidak boleh membaca bismillah atau menyebut nama ALLAH di dalam tandas. Jadi bagaimana niat mandi wajib yang perlu kita niat di dalam hati. Adakah sah jika kita tidak menyebut Bismillah dan kerana ALLAH Wassalam.

Jawapan:

- Menyebut zikir di tempat-tempat yang tidak layak disebut zikir seperti di tandas-tandas dan bilik air, adalah makruh di sisi kebanyakan ulama. Tetapi jika disebut zikir di dalam hati, ia bukan satu kesalahan. - Tidak disyaratkan ketika mandi wajib, menyebut Bismillah. Cukup dengan membaca doa ketika masuk dalam bilik air, dan mandi dengan berniat di dalam hati untuk mengangkat hadas. Tidak perlu melafazkan ungkapan niat dengan suara kerana ia tidak dilakuakan oleh para salaf. Wallahu Alam.

Masalah Gam Pada Tangan


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Assalamualaikum, Maafkan saya kerana banyak bertanya kepada panel al ahkam. Di sini saya ada dua soalan kepada panel al ahkam. Seorang kawan saya bekerja membaiki kasut. setiap kali hendak solat, dia akan berdepan masalah gam kasut yang melekat di tangan. dia mengikis gam tersebut namun masih lagi melekat ditangannya. persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini?adakah solatnya sah sekiranya gam tersebut masih ada ditangannya? kedua,masalah memberi salam dalam solat berjemaah.dalam solat berjemaah,sudah menjadi tradisi orang islam di kelantan akan memberi salam pertama sebaik sahaja imam baru melafazkan salam yang kedua. apakah hukumnya perbuatan tersebut? adakah makmun mendapat ganjaran 27 solat berjemaah?

saya mohon pencerahan kepada panel al ahkam. sekian terima kasih.

Jawapan:


1) Masalah gam.

- Syarak mewajibkan ketika berwudhuk hendaklah diratakan air pada keseluruhan anggota wudhuk. Gam pula adalah satu jirim yang tidak telus air. Maka wajiblah dihilangkan dahulu gam daripada anggotanya sebelum wudhuk. Dan tidak sah wudhuk jika masih ada gam di tangannya. Boleh dirujuk: http://alahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35626 - Mungkin boleh diatasi masalahnya dengan cara memakai sarung tangan ketika menggunakan gam. (Fatwa Lajnah Daemah: 12137) 2) Masalah memberi salam. - Ada kelonggaran, samada makmum memberi salam selepas imam memberi salam pertama, atau makmum memberi salam selepas imam selesai memberi salam kedua. Walaubagaimanapun, yang lebih aula ialah pendapat kedua. - Memilih salah satu pendapat ini tidak menyebabkan hilang pahala jemaah. Wallahu Alam

Sunat Mandi Sebelum Subuh?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Benarkah sunnah Rasulullah saw adalah mandi sebelum subuh?

Jawapan:


Soalan yang diajukan agak umum. Adakah yang dimaksudkan ialah mandi Junub, atau mandi sunat Jumaat, atau mandi hari raya, atau mandi biasa untuk kebersiahan dan kesegaran, atau lain-lain jenis mandi. Kerana dalam Islam, terdapat banyak jenis mandi yang masyruk yg diajar dalam sunnah Nabi SAW. Waktunya berbeza antara jenis-jenis mandi. Ada mandi junub, mandi hariraya, mandi Jumaat, mandi dari haidh dan nifas, mandi selepas memandikan mayat, mandi selepas selepas masuk Islam, mandi

selepas sedar dari pitam, mandi ihram, mandi untuk berubat, mandi masuk Mekah, mandi untuk wuquf, dan lain-lain. Waktunya adalah berbeza mengikut tuntutan keadaan. Selain itu ada juga mandi untuk kebersihan dan kesegaran, yang hukum asalnya adalah HARUS. Mandi seperti ini digalakkan apabila keperluan seperti ketika badan kotor atau berbau. Tidak ada waktu khas, contohnya sebelum Subuh atau lain-lain. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW mandi sebelum Subuh. Kecuali jika baginda berjunub pada waktu malam, maka sudah pasti baginda akan mandi sebelum menunaikan solat Subuh. Wallahu Alam.

Wudhuk Dengan Terjun Sungai


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: saya nak tanya adalah boleh kita terjun ke laut atau sungai dengan niat hendak berwuduk dan kita terus solat selepasnya..bukankah tertib merupakan rukun wuduk?adakah sah wuduk dalam keadaan tersebut?

Jawapan:

- Dalam mazhab Syafie, yang ditarjih oleh ahli tahqiq mereka, sah wudhu dengan cara menyelam ke dalam air samada dia berada di dalam air seketika supaya wujud tertib antara anggota, ataupun hanya menyelam dan terus keluar daripada air tanpa berada seketika di dalamnya. Kerana dalam keadaan ini, diandaikan berlaku tertib antara anggota wudhu walaupun dalam beberapa detik. (Majmuk Nawawi 1/448) - Dalam mazhab Hanbali pula, mereka tidak mengira tertib ketika seseorang menyelam dalam air. Yang dikira ialah ketika keluar daripada air mestilah keluar secara tertib. Jadi, jika dia menyelam, kemudian, mengeluarkan mukanya, kemudian tangannya, kemudian menyapu kepalanya, kemudian mengeluarkan kakinya daripada air, maka sah wudhunya. Ker ana mereka berpendapat hadas hanya terangkat setelah air berpisah daripada anggota. (Syarh Kabir oleh Ibn Qudamah 1/120). Wallahu Alam.

Minyak Rambut Menghalang Wudhuk


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum memakai minya k rambut jenis wax. Adakah sah jika mengambil wudhu ketika memakainya?? Saya juga agak keliru dengan hukum terhalang air dari terkena kulit dan rambut ketika mengambil wudhu misalnya jika tangan seseorang terkena dakwat pen atau gris. Saya berharap agar hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Sekian.

Jawapan:


1) Memakai minyak rambut, tidak menjejaskan wudhu kerana yang dituntut dalam berwudhu ialah menyapu kepala, bukannya membasuh kepala. Firman Allah: dan sapulah pada kepala kamu. (Al Maidah: 6). Dimaklumi dalam bahasa Arab, bahawa ada beza antara basuh dan sapu. Untuk sapuan, tidak disyaratkan meratakan air pada keseluruhan anggota. Tetapi memadai dengan menyapu anggota dengan tangan yang dibasahi air. 2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna. Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30). Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll. Wallahu Alam.

Cium Jenazah Membatalkan Wudhuk?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: saya dah cuba selak-selak dalam forum/soal jawab yang lepas tapi tak jumpa pulak persoalan saya ni, minta kelapangan sahabat untuk merungkaikan masalah saya. masalah: orang yang bukan muhram mencium mayat apakah membatalkan wudhuk mayat? dan

apakah sekian, wassalam.

yang

perlu

dilakukan

sebenarnya.

Jawapan:


ajnabi. kalau masa hidup pun tidak batal wudhuk, maka lepas mati pun lebih aula tidak batal.

- Jumhur ulama berpendapat tidak batal wudhuk dengan sebab sentuhan antara lelaki dan wanita

- Bagi yang berpegang hukum batal wudhuk jika bersentuhan lelaki dan wanita, seperti mazhab Syafie, maka pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah: tidak wajib diulangi wudhu s i mayat tersebut. Malahan, jika keluar najis daripada kemaluan mayat pun, tidak wajib diwudhukkan mayat itu, memadai dengan membasuhnya sahaja. rujukan: -Majmuk Nawawi 5/177. Wallahu Alam.

Keluar Sisa Mani Selepas Mandi Wajib


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: askum Saya remaja berumur 15 thn dan apabila air mani saya sudah terkeluar saya mesti mandi wajib. akan tetapi setelah saya mandi wajib saya mesti rasa ragu2 akan air mani itu terkeluar semula. dan apabila saya memeriksa semula tiba tiba ia terkeluar semula hampir 4 kali saya mandi wajib namun perkara sama berlaku.

Jawapan:


Ulama menyebut 2 pendapat; pertama: Wajib mandi janabah setiap kali keluar sisa2 mani dari zakarnya. (mazhab Syafie). Kerana hadis Air (yakni: kewajipan mandi) adalah disebabkan air (yakni: keluar mani). HR Muslim (no: 343) Hadis tidak membezakan antara keluar ketika syahwat, atau keluar sisa-sisa mani tanpa syahwat.

kedua: Tidak wajib mandi janabah dengan sebab keluar sisa mani. (mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali). Kerana yang dikira junub ialah bila keluar mani dalam keadaan syahwat. Punca khilaf: Adakah dianggap berjunub jika berlaku junub dalam keadaan luar kebiasaan? Kerana, kebiasaan dan uruf ialah: keluar mani dalam keadaan syahwat. Tetapi, jika keluar bukan dalam keadaan syahwat, adakah dipanggil berjunub juga? rujukan: -Majmuk 2/139-140 -Bidayatul Mujtahid 1/34.

Sental Daki Ketika Mandi Janabah


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Saya musykil apakah yg sebenar2nya dikehendaki dlm meratakan air ketika mandi wajib. Sebarang kotoran yg boleh menghalang air drpd mengenai kulit mestilah dibuang/bersihkan terlebih dahulu, tetapi juga diberitahu bahawa tak perlu kita sental daki di badan. Walhal, daki juga merupakan benda yg boleh menghalang air drpd membasahi kulit sepenuhnya sbb selagi ada jisim daki itu dikulit, selagi itulah ia air tak telus ke kulit. Masakan tak perlu disental?

Jawapan:


Mandi -niat, -meratakan air ke seluruh badan wajib cukup

dengan: dan

lihat: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33904 walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah malahan disunatkan untuk menyempurnakan lagi dengan cara menggosok2 dan menyental-nyental apa yang patut. Tetapi, jangan sampai berlaku waswas dalam mandi janabah. Apabila syarak senyap (tidak menyebut) permasalahan daki, sedangkan para sahabat Nabi tidak terlepas daripada badan berdaki, maka ini menunjukkan ia adalah kemaafan daripada syarak. Sabda Wallahu Alam. Nabi SAW:

Apa yang Dia (Allah) senyap, maka ia adalah dimaafkan. HR Abu Daud (no: 3802).

Kucing Najis? Dan Tangan Kena Liquid Paper


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: 1) Saya membela kucing. Saya selalu juga memegang/membelai kucing selepas mengambil wuduk dan terus solat. Adakah batal wuduk saya? Atau tidak langsung menjadi kesalahan? 2) Saya selalu menyedari di tangan saya terdapat kesan pen atau liquid paper semasa menadah tangan untuk berdoa selepas tahiyat akhir. Adakah batal solat sya ini? Dan perlukah mengambil wuduk lain atau sekadar mencuci kesan pen tadi dan meneruskan solat seperti biasa? Jawapan:


1) Kucing tidak najis, sebagaimana hadis Abu Qatadah r.a.

Maksudnya: Ia (kucing) bukanlah najis. Ia adalah haiwan yang berkeliaran di sekeliling kamu. Direkod oleh Abu Daud (no: 75), Tirmizi (no: 92) dan Nasaie (no: 68). Dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Al-Hakim dll. 2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan2 seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan2 itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, liquid paper, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan2 tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna. Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30). Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll. Wallahu Alam

Adakah Lipas, Tikus, dan Semut Najis?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan:

salam.. saya confius adakah lipas tikus dan semut itu najis? Bagaimana kalau ia semasa hidup jatuh ke dalam makanan kita? Adakah makanan kita najis? Jikalau ia sudah mati bagaimana pula jika ia jatuh ke dalam makanan yang berbentuk cecair, adakah najis? Jawapan:


1. Lipas, tikus dan semut adalah haiwan-haiwan yang suci pada zatnya. Jika ia terkena makanan, ia tidak menajiskannya. Kecuali jika kita melihat pada badan haiwan-haiwan itu terlekat najis lain, kemudian terkena pada makanan, barulah ia menajiskan. 2. Jika haiwan-haiwan ini mati, ia adalah najis kerana ia bangkai. Jika jatuh dalam makanan berbentuk cecair, hukumnya seperti berikut: i- jika ia serangga yang tidak berdarah seperti semut dan lipas, hukumnya dimaafkan kerana umum balwa. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Hajar, dan disokong oleh kalangan ulama terkemudian. Kerana, sabit Nabi SAW memerintahkan supaya apabila lalat jatuh ke dalam minuman seseorang, hendaklah diselam dan dibuang lalat, dan air itu boleh diminum. Hadis tersebut umum samada lalat itu masih hidup atau sudah mati. (Fathul Bari 10/251). ii- Manakala bangkai haiwan seperti tikus, jika terjatuh dalam makanan yang pejal atau bukan cecair, maka hanya dibuang bangkai dan kawasan sekelilingnya. Jika jatuh dalam makanan yang cecair, ia menajiskannya. Inilah pendapat jumhur ulama. Kerana sabit dalam hadis Maimunah r.a. Rasulullah SAW ditanya tentang bangkai tikus yang terdapat dalam minyak sapi, lalu baginda bersabda:


Maksudnya: Buangkan ia (tikus itu) dan apa yang di sekelilingnya, dan makanlah ia (minyak sapi itu). Direkod oleh Bukhari (no: 5218) Dan ada pendapat yang mengatakan selagi bangkai itu tidak mengubah sifat cecair, maka ia dihukum suci. Pendapat ini diriwayatkan daripada Imam Ahmad dan Imam Bukhari. (Fathul Bari 15/494). Wallahu Alam

Berkenaan Najis Pada Lampin


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan: Assalamualaikum Ana ada anak kecil yang biasanya kami pakaikan pampers. Suatu hari kami telah kesempitan wang dan tidak mampu membeli pampers. Kemudian kami gunakan kain kampin utk anak. Tiba-tiba timbul masalah bila anak kencing, maka kain lampin jadi basah dgn kencing. Sudah beberapa kali ditukar lampin, tapi bila kecing akan berlaku masalah sama, iaitu: anak saya pegang kain lampinnyajadi tangan anak bernajis. Saya tidak sempat menukar lampin, tetiba anak capai biskut lalu dimakannya. Soalan saya: apakah keadaan tersebut dimaafkan. Atau apakah anak2 tidak jatuh hukum najis ke atasnya maka dgn itu makanan yg dimakan mggunakan tangan yg terkena najis adalah dibenarkan? Pernah juga satu hari kami sudah kehabisan lampin (asyik tukar aje sebab selalu kencing hingga tak sempat basuh) maka anak pakai lampin yg basah dan tangannya terkena najis, lalu saya berikan biskut padanya tanpa membasuh tangannyaapakah hukumnya? Sekian Jawapan:


- Air kencing manusia adalah najis dengan sepakat seluruh ulama. Apabila sifatnya adalah najis, maka hukumnya haram ditelan. Kerana itu, sebahagian ulama mentakrifkan najis ialah: Setiap ain yang haram ditelan secara mutlak, dalam keadaan ada pilihan. - Jika pada tangan anak anda terdapat kesan najis air kencingnya, maka anda hendaklah menahannya daripada mencemarkan makanan. Kerana, makanan mempunyai kehormatan dan tidak boleh dikotorkan dan dibazirkan. - Sekiranya, pada tangan anak anda tidak ada kesan najis, iaitu tidak ada lagi sifat-sifat najis padanya melalui bau, warna dan rasa, maka jika dia menyentuh makanan, ia tidak menajiskannya. Wallahu Alam.

Was-Was Ketika Basuh Najis Anak


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Ketika mencebok (membasuh najis) anak, kadang-kadang terpaksa pegang najis yang melekat pada punggung misalnya. Selalu saya akan basuh berkali-kali, untuk pastikan bau hilang saya gunakan sabun cecair, kerana bau wanginya kuat. Masalahnya kadang-kadang bau masih tak hilang pada punggung, kadang-kadang pada tangan saya, dan sabun tu memang ada rasa lendir sedikit yang susah

untuk hilang kalau tak gosok berkali-kali. (Sabun buku pula mmg lagi susah nak hilangkan bau tahi anak yang dah melekat) Sesekali setelah angkat anak dan lap towel, terbau tangan sendiri spt masih busuk.wlaupun setelah berkali2 menggosok/sabun/meggosok balik (selalu sy buat 2-3 kali), masih berbau. Saya letakkan dahulu anak di luar bersama towel yang saya tak pasti sudah terkena tangan saya yang berbau dan semestinya basah tu untuk masuk balik tandas dan cuci tangan sekali lagi. Rupa-rupanya yang berbau bahagian atas jari-jari yang mungkin saya tak gosok betul2 bagi hilang sabun dan bau. Soalannya: Macam mana ya? Saya timbul rasa was-was, adakah apa-apa, seperti towel, badan anak saya, yang mungkin terkena bahagian atas jari-jari saya tu juga sekarang bernajis? Saya tahu bahagian atas jari-jari saya yang berbau, dan mungkin ada sedikit rasa sabun yang belum hilang. Itu pasti, tapi yang tak pasti samada badan dan towel anak terkena tangan sya yang basah dan berbau tu, walaupun secara `ainnya memang tak nampak bernajis. Mintak dijelaskan samada najis boleh berjangkit jika zat dan warna sudah hilang, tetapi bau masih ada. Perkara ini amat merungsing dan menyusahkan kerana saya rasa seperti semua yang dah terkena towel perlu dilap, semua towel perlu dibasuh walaupun tiada bau najis. Inikah najis hukmi? Juga adakah tindakan saya megelap segala-gala yang saya tahu telah terkena towel itu sikap berhatihati atau was-was? Ia menggangu fikiran dan mengambil masa saya. Tolonglah perjelaskan kepasa saya yang kurang berilmu ini agar tidak mudah diganggu syaitan. Jazaakimullahu khairan katheera Jawapan: Jika najis yang terkena tangan anda adalah najis yang kesannya (warna atau bau) PAYAH dihilangkan, maka sekiranya anda sudah membasuhnya secara bersungguh-sungguh, tetapi masih ada kesan bau, atau kesan warna, maka ia dimaafkan. Oleh itu, tangan anda dihukum suci setelah anda berusaha membersihkan najis itu, walaupun masih ada kesan bau. Apabila dihkum suci, maka tidak timbul lagi masalah adakah tangan anda akan menajiskan benda2 lain yg dipegang. Maka tidak perlu anda gusar lagi sehingga akhirnya jatuh dalam penyakit was-was yang tercela. Tetapi kalau najis itu boleh dihilangkan kesannya, maka anda perlu berusaha keras menghilangkannya, kerana sifat bermudah-mudah juga adalah suatu yang tercela. Wallahu Alam.

Haid 15 Hari, Adakah Suci Juga 15 Hari?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: asslamualaikum.

Tempoh haid saya pada urufnya adalah 15hari..kebiasaannya haid saya akan datang semula selepas 13 hari suci..adakalanya hari ke-12 dan ada juga pada hari ke-11. soalan saya disebabkan tempoh haid saya 15 hari adakah saya perlu mengira tempoh suci saya juga 15 hari? Bermakna haid saya yg datang sebelum tempoh suci hari yg ke-15 itu tidak dikira haid. Harap ustaz dapat menjawab beserta dalil. Terima kasih Jawapan: Pertama, berkenaan dengan sekurang-kurang tempoh haidh, sebanyak-banyak tempoh haidh, dan sekurang-kurang tempoh suci, semuanya tidak ada dalil daripada nas-nas yg sahih dan jelas. Yang dipelajari dalam mazhab Syafie (contohnya), iaitu sekurang-kurang tempoh suci adalah 15 hari dan sebanyak2 tempoh haidh adalah 15 hari, ia adalah berdasarkan kajian ulama terhadap kebiasaan wanita-wanita pada zaman mereka. Bukan diambil dari mana-mana nas yang sorih dan sahih. Oleh itu, kami melihat tidak boleh terlalu tasyaddud (berkeras) dalam perkara ini, dan wajar melihat juga kepada pendapat lain-lain ulama yang juga berdasarkan kepada istiqra (kajian). Kembali kepada masalah anda: Jika berlaku adat kebiasaan anda, dan berulang-ulang keadaan seperti itu, iaitu haidh berlaku 15 hari, dan suci selama 13 atau 12 hari atau 11 hari, maka kami melihat bahawa itulah adat untuk diri anda. Maka anda hendaklah berpegang kepada kebiasaan tersebut, dan tidak perlu kembali kepada masalah istihadhah. Pendapat ini -walaupun bukan pendapat rajih dalam mazhab Syafie- ia adalah pendapat sebahagian ulama mazhab Syafie. Imam Haramain berkata: Ia adalah pendapat beberapa golongan dari kalangan ahli tahqiq, antaranya Abu Ishaq al-Isfirayini, dan al-Qadhi Husain. Kata Imam Nawawi: Pendapat ini juga dipilih oleh Al-Darimi dalam Istizkar dan Pengarang kitab AlTatimmah. (Majmuk 2/381). Tambahan pula, tempoh 15 hari sebagai sekurang-kurang suci, bukanlah suatu yang disepakati. - Ibn Munzir (ulama tersohor mazhab Syafie) berkata: Ada segolongan berpendapat, tiada had dalam tempoh haidh. Jika keluar darah, maka ia haidh. jika tiada darah, ia dikira suci. - Berkata Ishaq: Menetapkan tempoh sekurang-kurang suci adalah 15 hari adalah batil. - Diriwayatkan Imam Ahmad juga berpendapat: Tiada had dalam sekurang-kurang suci. Selama mana tidak keluar darah, maka itulah tempohnya. Wallahu Alam

Pembahagian Air, Dari Mana Sumbernya?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan:

1. adakah pengkelasan jenis2 air yg dipelajari spt air mutlak,mustamal,musyammas dan mutannajis ada sandarannya pada Al-Quran atau hadis? 2. Atau adakah ia hanya pengkelasan oleh ulama feqh bg memudahkan umat Islam? 3. Jika ia adalah hanya dibuat oleh para ulama feqh, dari manakah mereka menyandarkan hal ini? terima kasih Jawapan: 1) Sebenarnya, pengkelasan air yg dibuat oleh ulama adalah dari sudut KESUCIANnya. Yang masyhurnya, ada dua cara pengkelasan iaitu; i- 2 bahagian; suci menyucikan, dan najis. ii- 3 bahagian; suci menyucikan, suci tidak menyucikan, dan najis (atau mutanajjis). Dan di sana ada beberapa lagi pembahagian lain, spt sesetengah ulama syafieiyyah menambah bahagian keempat; suci menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Jadi, air mutlaq, mustamal dan musyammas itu dimasukkan di bawah mana2 bahagian air yg diklasifikasikan tadi. Contoh: -air mutlaq termasuk air suci dan menyucikan. -Air mustamal dalam mazhab syafie termasuk dalam air yg suci tetapi tidak menyucikan. -Air musyammas (di sisi sesetengah ulama) suci, menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Pembahagian yg dibuat ulama adalah berdasarkan istiqra (kajian keseluruhan) terhadap nas -nas syarak daripada Quran dan sunnah berkaitan dengan air. Memang Nabi tak sebut Air terbahagi kepada 3 bahagian, atau empat bahagian. Sebagaimana Nabi SAW tak sebut Hukum-hakam terbahagi kepada lima; haram, makruh, harus, wajib dan sunat. Tetapi pembahagian ini diambil berdasarkan kajian keseluhan trhadap nas -nas syarak. 2. Pembahagiannya telah ada dalam syarak, cuma ulama yang mengeluarkannya dan membuat tajuk dalam kitab2 feqah: Bahagian-bahagian air. Untuk memudahkan memahami hukum hakam. 3. Telah dijelaskan tadi, iaitu dari istiqra (kajian keseluruhan) nas-nas berkaitan hukum hakam air. Wallahu Alam

Kuning, Keruh, Kelabu, Hijau: Warna Haid?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: asslamualaikum..saya ingin btanya dlm tempoh 15 hari(tempoh maksimum haid)..biasanya dari hari pertama saya haid hingga ke hari 10 darah haid saya bwarna merah..bila tiba hari ke 11 hingga ke 15 ada keluar cecair kuning, kadang2 hijau dan kadang2 kelabu@keruh..adakah itu masih dikira haid..

utk pengetahuan panel dlm waktu suci pun saya mmg ada keluar cecair seperti warna di atas(kuning,hijau,kelabu @ keruh) kerana saya mengalami keputihan utk pengetahuan panel juga saya sudah lama mengira uruf haid saya selama 15 hari kerana ada yg berkata jika keluar cecair kuning @ hijau @ keruh @ kelabu dlm tempoh 15 hari haid ia masih dikira haid..harap panel dapat menjawab berserta dalil.. Jawapan: Jika tempoh period anda adalah 15 hari, maka darah yg keluar pada tempoh itu adalah haidh walaupun warnanya kuning, atau kelabu. Atau sebahagiannya merah dan sebahagiannya adalah kelabu atau kuning. Dan jika warna kuning atau kelabu itu keluar bukan pada tempoh period, samada sebelum atau selepas, maka ia tidak dikira haidh. Dalilnya: Hadith Ummu Atiyyah r.a. katanya: Kamu tidak menganggap warna kelabu dan kuning selepas suci itu sesuatu pun (daripada haidh) HR: Abu Daud (no: 307). Di dalam Sahih Bukhari tiada lafaz (selepas suci). Mantuq hadis ini: Warna kelabu dan kuning yg keluar selepas tempoh suci tidak dikira haidh. Mafhum hadis ini: Warna kelabu dan kuning yg keluar pada waktu period adalah dikira haidh. Wallahu Alam.

Darah Tidak Hilang Pada Pakaian


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Adakah pakaian yg terkena darah dan tidak boleh ditanggalkan apabila dibasuh boleh dipakai untuk solat? Jawapan: Dalam hadis Asma, seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang pakaian yang terkena darah haidh, lalu sabdanya: Kikiskan ia, kemudian gosok2kan ia dengan air, kemudian percikkan air padanya, kemudian bersolatlah dengannya. HR Bukhari (no: 225) dan Muslim (no: 291). Jika dengan cara basuhan tidak hilang juga kesan darah, maka dimaafkan. Kerana hadith Abu Hurairah, bahawa Khaulah Binti Yasar bertanya Nabi SAW tentang darah yang tidak tanggal dengan basuhan. Lalu Nabi bersabda: Cukuplah basuhan air, dan tidak memudaratkan kesannya. HR: Abu Daud (no: 365). Dinilai sahih oleh Albani dalam Irwa 1/189 Wallahu Alam

Sewa Rumah Yang Diduduki Bukan Muslim


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Assalamualaikum ana nak tanya, katakan ana pindah kat sebuah rumah 3 hari lepas tinggal kat situ, ana baru dapat tahu yang penyewa sebelum ni bukan Islam dan membela anjing. apa yang harus ana buat? kena samak atau tidak? tolong bagi penjelasan termasuk dalil. Wassalam. Jawapan: Untuk menyelesaikan masalah di atas, hendaklah difahami beberapa asas dalam syarak; PERTAMA: Adakah seluruh badan anjing itu termasuk bulunya adalah najis (mazhab syafie)? Ataupun seluruh badan anjing itu hatta airliurnya adalah suci (mazhab Maliki)? ataupun seluruh tubuhnya najis kecuali airliur (mazhab hanafi dan hanbali)? Pendapat yg paling kuat dan dipilih oleh syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Anjing tidak najis melainkan airliurnya sahaja. Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/106 KEDUA: Kaedah dalam syarak ialah: Setiap tempat di atas muka bumi ini dihukumkan dengan suci melainkan ada dalil yg zahir menunjukkan ia pernah terkena najis. Kata syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Tidak digalakkan mencari2 najis yang tidka zahir kepada kita. Dan tidak digalakkan berjaga-jaga daripada sesuatu yang tidak ada petunjuk yg zahir berkenaan kenajisannya, hanya disebabkan KEMUNGKINAN ia bernajis. Kemudian, beliau membawa cerita Umar al-Khattab dan seorang sahabatnya melalui satu tempat, lalu ada air jatuh melalui dari sebuah rumah menimpa sahabatnya. Sahabatnya pun melaung: Hai tuan punya corong air ini!! Air kamu ini suci atau bernajis? Lalu Umar al-Khattab pula melaung: Hai tuan punya corong air!! Jangan bagitahu pada dia. Ini bukan tanggungjawab dia. Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/113. KETIGA: Jika anda memilih pendapat yg mengatakan seluruh badan anjing itu najis (kami tidak menggalakkan memilih pendapat ini kerana, dalilnya lemah dan memberatkan), maka ia hanya bernajis apabila berlaku sentuhan antara anjing dan tempat itu apabila salah satu itu BASAH. Apabila sentuhan itu berlaku dalam keadaan kering, maka tidak perlu dibasuh dengan tanah.

KEEMPAT: Sesuatu tempat yg bernajis apabila telah kering dan tidak meninggalkan kesan najis samda rasa, bau dan warna, maka ia dihukumkan sebagai SUCI. Kerana itu ada hadis menyebut: Dahulu, anjing-anjing kencing, masuk dan keluar masjid pada zaman Rasulullah SAW, dan mereka tidak menyimbah sesuatupun ke atasnya. HR Bukhari 1/75 (dengan sighah takliq). Abu Daud berdalilkan hadis ini mengatakan: Tanah apabila telah kering ia menjadi suci. wallahu alam

Sewa Rumah Yang Diduduki Bukan Muslim


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Assalamualaikum ana nak tanya, katakan ana pindah kat sebuah rumah 3 hari lepas tinggal kat situ, ana baru dapat tahu yang penyewa sebelum ni bukan Islam dan membela anjing. apa yang harus ana buat? kena samak atau tidak? tolong bagi penjelasan termasuk dalil. Wassalam. Jawapan: Untuk menyelesaikan masalah di atas, hendaklah difahami beberapa asas dalam syarak; PERTAMA: Adakah seluruh badan anjing itu termasuk bulunya adalah najis (mazhab syafie)? Ataupun seluruh badan anjing itu hatta airliurnya adalah suci (mazhab Maliki)? ataupun seluruh tubuhnya najis kecuali airliur (mazhab hanafi dan hanbali)? Pendapat yg paling kuat dan dipilih oleh syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Anjing tidak najis melainkan airliurnya sahaja. Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/106 KEDUA: Kaedah dalam syarak ialah: Setiap tempat di atas muka bumi ini dihukumkan dengan suci melainkan ada dalil yg zahir menunjukkan ia pernah terkena najis. Kata syeikhul Islam Ibn Taimiyyah: Tidak digalakkan mencari2 najis yang tidka zahir kepada kita. Dan tidak digalakkan berjaga-jaga daripada sesuatu yang tidak ada petunjuk yg zahir berkenaan kenajisannya, hanya disebabkan KEMUNGKINAN ia bernajis. Kemudian, beliau membawa cerita Umar al-Khattab dan seorang sahabatnya melalui satu tempat, lalu ada air jatuh melalui dari sebuah rumah menimpa sahabatnya. Sahabatnya pun melaung: Hai tuan

punya corong air ini!! Air kamu ini suci atau bernajis? Lalu Umar al-Khattab pula melaung: Hai tuan punya corong air!! Jangan bagitahu pada dia. Ini bukan tanggungjawab dia. Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 21/113. KETIGA: Jika anda memilih pendapat yg mengatakan seluruh badan anjing itu najis (kami tidak menggalakkan memilih pendapat ini kerana, dalilnya lemah dan memberatkan), maka ia hanya bernajis apabila berlaku sentuhan antara anjing dan tempat itu apabila salah satu itu BASAH. Apabila sentuhan itu berlaku dalam keadaan kering, maka tidak perlu dibasuh dengan tanah. KEEMPAT: Sesuatu tempat yg bernajis apabila telah kering dan tidak meninggalkan kesan najis samda rasa, bau dan warna, maka ia dihukumkan sebagai SUCI. Kerana itu ada hadis menyebut: Dahulu, anjing-anjing kencing, masuk dan keluar masjid pada zaman Rasulullah SAW, dan mereka tidak menyimbah sesuatupun ke atasnya. HR Bukhari 1/75 (dengan sighah takliq). Abu Daud berdalilkan hadis ini mengatakan: Tanah apabila telah kering ia menjadi suci. wallahu alam

Air Terpercik, Najiskah?


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: 1) adakah kita perlu mengambil kisah jika seseorang itu berwuduk kemudian air basuhannya terpercik kepada kita 2) cthnya jika seseorang memakai selipar membasuh kakinya/terkena lantai kemudian air itu terpercik kepada kita, boleh jadi di tapak selipar itu ada najis. adakah kita perlu membasuh pada anggota yg terkena percikan tersebut. 3) fenomena kedua jika seseorang membasuh apa2 yg terkena najis, kemudian air itu terpecik pada kita, adakah kita perlu membasuhnya? Jawapan: 1) Yang sahih ialah: Air basuhan wudhuk tidak najis, malahan suci. kerana sabit dalam hadis, Jabir bin Abdullah r.a. jatuh sakit, lalu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar dan Umar melawat beliau, ketika beliau pengsan. Nabi berwudhuk dan menyimbah air basuhan wudhuknya kepada Jabir, lalu Jabir tersedar. Riwayat: Tirmizi, katanya: hadis HASAN SAHIH. 4/417

2) Jika tempat tersebut bukan tempat yang bernajis, maka tidak syak air yg terpercik itu tidak menajiskan pakaian. Cuma, jika tempat itu secara ghalib dan zahirnya ialah tempat yg bernajis, contohnya berlaku percikan itu di dalam tandas. atau di dalam bilik air yg tidak dipisahkan dengan tandas. Maka, air percikan itu sekiranya berubah warna atau bau atau rasa, maka dihukum najis, kerana iktimad pada zahir tempat itu. Kalau air yg terpercik itu tidak berubah apa2 sifat, maka kembali kepada khilaf air yg terkena najis, dan tidak berubah sifat adakah dihukum najis? Dalam fatwa Lajnah Daemah: mereka memilih pendapat, percikan seperti itu TIDAK MENAJISKAN pakaian. rujuk: m/s 5/227 3) Secara asasnya, hukum air basuhan najis dihukum NAJIS, kecuali setelah tempat basuhan itu dihukum suci, maka air yg mengalir darinya barulah dihukum suci. Selagi tempat atau pakaian itu dihukum bernajis, maka percikannya pun dihukum najis. wallahu alam

Penyakit Kencing Tak Lawas


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: orang yang berpenyakit kencing tak lawas,dan keluar angin berterusan .jika sudah berwuduk,tapi dalam waktu menunggu imam untuk memulakan sembahyang,terasa terkencing atau keluar angin ,perlukah dia menukar seluar dalam dan berwuduk semula,begitu juga jika keluar angin,perlukah dia berwuduk sekali lagi? Jawapan: org yg berpenyakit salas bawl, hukumnya sama seperti wanita yg istihadhah. iaitu selepas bersuci hendaklah bersegera melakukan solat. Bagaimana kalau melewatkan sembahyang, sehingga boleh berlaku keluar angin atau kencing? Kalau melewatkan kerana urusan berkaitan dengan maslahat dan kepentingan sembahyang, maka diMAAFkan. contoh urusan melibatkan maslahat sembahyang ialah: -menunggu jemaah datang, atau tunggu tok imam -bersembahyang sunat qabliyyah tidak timbul persoalan dia terasa kencing keluar, angin keluar, sebab kita sudah menghukumkan bahawa dia berpenyakit salas. semua itu dimaafkan selepas dia menunaikan kewajipan dia iaitu bersuci apabila masuk waktu, dan menghalang ia keluar sedaya mungkin. rujukan: -kitab Minhaj Thalibin Imam Nawawi (mazhab syafie) m/s 87

-Kitab al-Insaf oleh Al-Mardawi (mazhab Hanbali) 1/377 -Umdatul Feqh oleh Ibn Taimiyyah

Hukum Telan Darah


Home - Soal Jawab Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi Soalan: Dahulu saya ada diberitahu bahawa menelan darah dalam mulut tidak mengapa, spt luka dalam. Kecuali sekiranya darah itu di luar seperti di bibir, maka haram menelannya, kononnya kerana telah menjadi najis. Sahihkah demikian? Jawapan: -Ijmak seluruh para ulama mengatakan darah yang mengalir adalah NAJIS dan wajib dijauhi berdasarkan ayat quran dan nas2 hadis. -Begitu juga darah manusia, yg keluar akibat luka, juga termasuk dalam umum darah, dan hukumnya adalah najis dan mesti dibersihkan. apatah lagi menelannya, hukumnya adalah haram. -Namun, syariat Islam yang besifat mudah ini, memberi kelonggaran dalam kes2 yang mendatangkan masyaqqah (kesusahan) untuk menjaganya. contohnya: darah yang keluar akibat luka di dalam mulut. jika mendatangkan kesusahan untuk menjaganya daripada tertelan, maka dimaafkan. kerana: Allah tidak membebankan seseorang jiwa melainkan dengan kemampuannya, (al Baqarah 286). Bertaqwalah kepada Allah setakat kemampuan kamu. (Al-Tagahbun 16). Tetapi, jika tiada kesulitan untuk menjaganya, maka WAJIB mengelakkan diri daripada menelan darah. seperti darah yg berada di luar bibir, yg mudah untuk dibersihkan. maka ketika itu, wajib dibersihkan. kerana kaedah: Perkara-perkara darurat hanya hanya dibataskan setakat darurat sahaja. Adapun, kisah-kisah ada sesetengah sahabat Nabi yang diriwayatkan meminum darah bekam atau darah luka Nabi seperti kisah Abdullah bin al-Zubair, Safinah Maula Nabi, Malik bin Sinan, Salim Abu Hind, -semua kisah2 ini tidak ada riwayat yang sabit, dan dipertikaikan kesahihannya. -jika dihukum sahih sekalipun, ia adalah khas bagi Nabi SAW. Wallahu Alam

You might also like