You are on page 1of 1

Tingkatan 5

Bab 8 Perbankan dan Institusi Kewangan

BAB 9 : INSURANS

Carta Konsep
Insurans

Insurans

Prinsip Insurans

Takaful

Jenis Insurans

Tuntutan Polisi

Kepentingan Boleh Diinsuranskan

Penuh Percaya

Ganti Rugi

Prinsip Takaful

Lain-Lain Insurans

Insurans Kemalangan

Insurans Kebakaran

Insurans Hayat

Insurans Perkapalan

Insurans Pernerbangan

9.1
A

INSURANS
Pengenalan Kepada Insurans 1. Risiko berlaku setiap hari. Antara risiko yang dihadapi ialah risiko kebakaran, kecurian dan kemalangan. 2. Bila risiko berlaku, kerugian mungkin besar sehingga individu atau peniaga tidak dapat meneruskan kehidupan atau perniagaannya. 3. Insurans dapat mengurangkan ataupun mengelakkan kerugian akibat berlakunya risiko. Istilah Dalam Insurans a) Insurer - Syarikat insurans yang memberi perlindungan b) Insured - Orang yang membili polisi insurans c) Premium - Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk dapatkan perlindungan. d) Nota Lindungan - Polisi sementara yang dikeluarkan untuk member perlindungan serta merta. e) Polisi - Perjanjian antara insurer dan insured. f) Lindungan - Had pampas an atau ganti rugi yang akan dibayar oleh insurer. g) Pampasan - Gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

B.

Konsep Insurans 1. Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko 2. Risiko yang dihadapi oleh individu disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh individu diminimumkan. 3. Perlindungan diperolehi dengan membeli polisi insurans. 4. Premium yang dibayar merupakan satu caruman ke dalam tabung (dana) umum. 5. Syarikat Insurans boleh bayar ganti rugi besar walaupun permium rendah kerana : a. Individu yang mungkin alami risiko adalah besar tetapi sebilangan kecil sahaja yang mengalami kerugian akibat daripada risiko itu. b. Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana dikeluarkan untuk bayar pampasan. c. Lebihan wang dana diguna dalam pelaburan. d. Insurans ialah satu cara orang bernasib baik membantu yang kurang nasib baik.

Patrck Chin - BSc(Hons), MBA(AUST), CIM(UK)

You might also like