Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri-Ciri Kepemimpinan Dalam Organisasi

Ciri-Ciri Kepemimpinan Dalam Organisasi

Ratings: (0)|Views: 101|Likes:
Published by Faizal Nasir

More info:

Published by: Faizal Nasir on Jun 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/12/2014

pdf

text

original

 
CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
1.
Pendahuluan
Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuhkehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakatprimitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasikuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.
Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahajauntuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyaipemimpin.
Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanandan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilahmaka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbezadengan yang lain".
Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernahmenulis:"I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a goodprincipal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and,regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise orfall could readily be traced to the quality of the principal".2.
Definisi Kepemimpinan
2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorangmempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi.2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorangke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyakpembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruhyang diperlukan.2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut takmungkin wujudnya pemimpin2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehipengaruhnya?3.
Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin
 
3.1Kuasa Sah (Legitimate Power)Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hakyang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untukmenerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantiksecara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.3.2Kuasa GanjaranKuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepadapengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikutmengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. MisalnyaPengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat guru-guru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar iniakan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.3.3Kuasa PaksaanKuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan.Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpinjika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahancuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman.Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagaisesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin.3.4 Kuasa PakarKuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatubidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percayabahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahirankonseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikutmemerlukan kepakarannya.3.4.1 Kemahiran KonseptualIaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalampengeluaran idea dan penyelesaian masalah.3.4.2 Kemahiran TeknikalIaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakanperalatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.3.4.3 Kemahiran perhubungan manusiaIaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubunganperorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehanberkomunikasi dengan jelas dan berkesan.3.5 Kuasa Rujukan (Referent Power)
 
Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasadengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat keranapemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginanuntuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginanuntuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan keranaapa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima olehpemimpin berkenaan.4.
Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan
1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuatdibandingkan dengan kuasa ganjaran.2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminatiberbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan.3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterimaitu berat.4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengankepuasan dan prestasi orang bawahan.5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyaikesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan.6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orangbawahan dan prestasi organisasi.7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitanganmenurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengankeberkesanan.8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengankepuasan dan prestasi orang bawahan.9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapatitidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebihkepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan.10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dankuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan.11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yangdigunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:Apabila staf mematuhi arahanPengetua/GB kerana:Kepuasan Kerja Prestasi KerjaKuasa Rujukan Tinggi TinggiKuasa Pakar Tinggi TinggiKuasa Ganjaran Dari sederhana kerendahDari tinggi kesederhanaKuasa Sah Dari sederhana kerendahTiada perbezaanKuasa Paksaan Rendah Tiada perbezaan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->