Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Cerpen: Ku Temui CahayaNya
"Papa tak setuju dengan hasrat kamu tu Jane!" Marah papa padaku."Tapi kenapa papa?" Soalku inginkan kepastian."Tindakan kamu tu membelakangi kepercayaan datuk nenek moyang kita." Jawab papa. Aku sangat tidak setuju dan tidak puas hati dengan jawapanyang diberikan papa itu."Kenapa masa Calvin nak memeluk Kristian papa tak pernah pun melarangdia?" Aku masih ingat lagi ketika abangku, Calvin menyatakan hasratnyauntuk menganut agama Kristian kepada papa. Papa tidak marah pun, malahdia merestui tindakan Calvin itu."Kamu jangan nak bandingkan antara Kristian dengan Islam!" Aku nampakada sedikit kemarahan dalam kata-kata papa itu."Kenapa,tindakan Calvin itu tidak membelakangi kepercayaan datuk nenekmoyang kita ke papa?" Aku memulangkan kembali kata-kata papa itu tadi."Aah,susah nak bercakap dengan kamu ni Jane!" Marah papa sambil bangunmeninggalkan aku terkebil-kebil di ruang tamu sendirian.Bermula pada hari itulah, hubungan antara aku dan keluargaku sedikitdingin. Terutamanya papa yang menentang keras hasratku untuk memelukIslam. Walaupun begitu, aku tetap cuba untuk memulihkan keadaan kepadasediakala sebelum krisis berlaku kerana mereka tetap ahli keluargaku dandarah dagingku.Walaupun aku dilahirkan sebagai berbangsa cina dan menganut agamaconfucius, namun begitu pegangan agamaku tidaklah begitu kuat. Akuberasal dari sebuah keluarga cina yang menetap di Kg. Pulau Melaka terletakdi pinggir Bandar Kota Bharu. Di kampungku itu, terdapat hanya sepuluhkeluarga cina yang dikelilingi oleh masyarakat melayu Islam. Tambahan pulaaku membesar bersama kawan-kawan kaum Melayu dan aku sudah biasadengan adat melayu. Banyak ajaran agama Islam yang aku tahu daripadakawan-kawan Melayuku.
 
Keinginanku untuk memeluk Islam mula timbul setelah terjadi satu peristiwayang hampir meragut nyawaku dua tahun lalu. Ketika itu aku dalamperjalanan pulang dari menghadiri parti untuk meraikan kegembiraanberjaya mendapat ijazah dari sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur.Aku dan sekumpulan kawan-kawan yang lain telah bersetuju untuk meraikankejayaan kami ini dirumah teman lelakiku Michael di Tumpat. Aku begitugembira kerana dapat mengumpulkan kawan-kawan bagi meraikan kejayaanbersama ini. Aku minum dengan banyak sekali dan membuatkan aku benar-benar mabuk. Dalam keadaan pening yang teramat sangat, denganpandangan yang samar-samar dan berbinar-binar aku lihat sudah ramaikawanku yang terkulai di ruang tamu. Ada juga pasangan yang berpapahanmasuk ke dalam bilik. Kepalaku makin berat dan pandanganku makin kabur,selepas itu aku tidak sedarkan diri.Aku tersedar apabila terdengar dentuman jam antik di ruang tamu rumahMicheal sebanyak tiga kali. Terasa sejuk menyucuk tulangku. Dalam keadaanmasih pening dan suram malam,aku melihat Micheal sedang nyenyak tiduratas katil di sisiku. Aku dapati tiada seurat benang pun pada diriku. Airmataku mula mengalir. Aku terasa sedikit ngilu pada kemaluanku. Akumencapai pakaianku yang berselerak atas lantai. Dengan tergesa-gesa akumengenakan tube dan mini skirtku. Dalam keadaan terhuyung-hayang, akubangun mencapai kunci keretaku. Air mata terus mengalir dalam kedinginanpagi itu.Aku memandu Satria Neo membelah kabus pagi. Jalan sunyi dan lengangsekali. Kepalaku masih lagi pening dan penglihatanku masih lagi kabur olehkerana kesan minuman keras yang masih lagi bersisa. Sewaktu aku sampaidi Simpang Tiga Morak, sawah padi yang luas di kiri dan kanan jalan, secaratiba-tiba ada sesuatu telah melintas dari kiri ke kanan jalan. Aku terusmemberek sambil mengelak ke kanan menyebabkan kereta yang kupanduitu terbabas dan terus melanggar sebatang pokok sena yang berada disebelah kanan jalan sebelum berpusing dan terhumban ke dalam sawah. Akuterus tidak sedarkan diri.
 
Bunyi deringan telefon menghentikan imbauan fikiranku. Tertera namapemanggil Ustazah Zuraihah pada skrin telefonku. Aku tersenyum sendiri."Hello ustazah." Jawabku."Hello Jane, apa khabar?" Soal satu suara dari corong telefon."Baik. Ustazah apa khabar?""Saya sihat walafiat.""Boleh tak akak nak jumpa Jane?" Soal Ustazah Zuraihah."Bila?" Tanyaku kembali."Pukul 5.30 petang esok di Taman Perbandaran Tengku Anis, boleh?""Saya akan cuba." Jawabku riang.Ustazah Zuraihah adalah antara orang yang bertanggungjawab dalammenyemaikan bibit keinginanku untuk memeluk Islam. Aku percaya bahawa Tuhan telah mentakdirkan dia dan suaminya Ustaz Syamsul untukmenyelamatkan nyawaku dan seterusnya menyelamatkan akidahku. Apabilaaku sedar setelah tiga hari pengsan di HUSM, antara orang yang pertamaaku lihat ialah Ustazah Zuraihah, suaminya Ustaz Syamsul dan mamaku.Pada mulanya aku agak hairan kerana seorang perempuan bertudung labuhdan seorang lelaki berkopiah datang melawatku. Padahal aku tidak pernahmengenali mereka sebelum ini apatah lagi mempunyai apa-apa hubungankekeluargaan."Jane!" Seru mama tatkala melihat aku membuka mata buat pertama kali.Ada aliran air mata pada bibir mata kedua-dua perempuan tersebut.Perempuan bertudung itu melihat kearahku dengan pandangan yangberkaca-kaca.Akibat kemalangan itu, aku mendapat cedera parah. Diagnosis awal doktormendapati aku mengalami
cerebral concussion, cerebral hematoma,closed fracture right radius ulna, closed fracture left tibia fibula, crack fracture left humerus
dan luka-luka di seluruh badan. Aku dimasukkan ke wad selamadua minggu sebelum dibenarkan keluar. Melalui cerita yang diberitahumama, perempuan bertudung tersebut bernama Ustazah Zuraihah. Dia dansuaminyalah orang yang pertama memberikan bantuan kepadaku selepas
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more