Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SUATU HIKAYAT BUAT RENUNGAN BERSAMA.docx

SUATU HIKAYAT BUAT RENUNGAN BERSAMA.docx

Ratings: (0)|Views: 4 |Likes:
Published by egahmulia
Sebuah rencana tulisan Dr Ahmad Zaki Ismail.
Sebuah rencana tulisan Dr Ahmad Zaki Ismail.

More info:

Published by: egahmulia on Jun 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2013

pdf

text

original

 
SUATU HIKAYAT BUAT RENUNGAN BERSAMA
Oleh DR. AHMAD ZAKI ISMAIL
BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala.Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminyakerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa.Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yangbegitu hebat susun aturnya. Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihathuru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempitaseantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bilaketikanya.Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimanakeadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberilaporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang,rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah,ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelaskekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaranitu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soalmemanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpangkasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turutserta.Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukanperhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segalabantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memangterkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga,tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagimereka mahu.Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamukita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang,campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hinggamenjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidakakan mati kehausan.Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteriterus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpadiminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja.Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permataberjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeridan juga pembesar negara apa makna ini semua.
 
Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberisama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh merekaberkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangankepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita.Makan bersama malah disuapkan pula adanya.Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa.Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanyasudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembungangin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupabagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segalabakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan padapembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentunanti dimurka.Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi.Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihatlagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya.Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yangsentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yangberlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan.Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibatterlalu senang hidup mereka.Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkanmusibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata,hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanyasampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yangberlubang.Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberibantuan duniawi.Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-ratasehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadapmemanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangansusu.Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnyapada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralahkalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dankurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitamseperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupanyang lebih baik.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->