)
3.0TEORI SAINS SOSIAL
Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaumkadazandusun.3.1Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dariketurunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R.Williams: 1965);3.2Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan"Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).3.3Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukankaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:192203.4Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalahketurunan orang purba Gua Madai.Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkanbahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini -"NUNUK RAGANG".Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuandua batang sungaiiaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan SungaiKawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang).Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk -penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke"kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar kearah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itukelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang.(Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragangadalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembagamerah) yang bersenda ria di sekitarkawasan Nunuk ini. Sebenarnya,manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihatdari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity"rakyat Sabah yang mempercayai bahawa"asal-usul" mereka adalahdari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai
Pomogunan Nunuk Ragang
, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokokNunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambanganmenunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.MasyarkatKadazandusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dantempat Nunuk Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untukmemelihara sejarah lisan kaum Kadazandusun" Persatuan KebudayaanKadazandusun Sabah (KDCA), pada tahun 1969 telah meminta bantuandaripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah TuguPeringatan Nunuk Ragang yang telahpun siap dibina pada 23September, 1995.Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini,terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itusangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannyacondong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai kesungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,bergayut, berteduh dan sebagainya. Penduduk di sini sangat ramai,ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk(tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turunbermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lainmemanjat,bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rendangNunuk tersebut.Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan padamasa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu inibanjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasanaseperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun darisebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. PokokNunuk kelihatan seolah-olah "aragang".
4.0KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG
Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghunitempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenisbekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutanmahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian.Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekelilingperkampungan Nunuk Ragang ini. Kehidupan mereka aman dan damai,bersatu padu,
mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan,orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong,obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu,obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau,opohawang, obulun om onitinginawo
. Hidup yang tenang dan tenteramitu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologibaru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusanserta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yangditerokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti
sinombiaka,tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot,
dll), peralatanpertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan,kisaran, tosung, rilibu/raya dll).Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala,tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ),peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus,ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll),peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali,bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produkekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin,bilis, tipun, paha, tusi dll).Legenda Nunuk Ragang turut memuatkan cerita berhubungdengan pengembara-pengembara China di kawasan Kinabatangan danLabuk, di mana mereka dikatakan mempunyai beberapa siri pertemuan yang terawal dengan penduduk-penduduk Nunuk Ragang. Ini diikuti