• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
1
PERUTUSANMENTERI PELAJARAN MALAYSIAsempenaMINGGU
“PENDIDIKAN UNTUK SEMUA”
 20-26 APRIL 2009Bismillah-ir Rahman-ir RahimAssalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian.
Pada minggu ini kita bersama-sama seluruh warga dunia menyambut
Minggu “
Pendidikan Untuk Semua
”.
Bersempena minggu ini terlebihdahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh wargaguru, tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi dan agensi latihandan kemahiran, dan pelajar yang dikasihi sekalian kerana telah berjayameningkatkan kedudukan Malaysia ke paras yang membanggakandalam ranking Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua 2009yang dilaporkan dalam
EFA 2009 
 
Global Monitoring Report (GMR)
terbitan
United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization 
 
(UNESCO).
 
GMR 
tersebut menempatkan Malaysia pada kedudukan 45dalam kategori indeks tertinggi berbanding kedudukan 54 pada kategoriindeks sederhana pada tahun 2008.Atas kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kementeriandan agensi yang menganggotai
Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan Untuk Semua 
kita juga telah berjayamenghasilkan Laporan Separuh Penggal Pendidikan Untuk Semua.Usaha penilaian separuh penggal ini adalah salah satu agendaantarabangsa UNESCO bagi pendidikan.Pada hari ini juga saya ingin mengambil kesempatan untukmengucapkan terima kasih kepada semua guru dan tenaga pengajarkerana tanpa usaha gigih mereka Malaysia pastinya tidak akanmempunyai sumber tenaga yang dapat menyumbang kepadapembangunan ilmu dan pembangunan negara kita yang dicintai ini.
 
2
Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian,
Setiap tahun seluruh dunia meraikan “Minggu Pendidikan UntukSemua”
. Acara antarabangsa ini yang dipelopori UNESCO adalahusaha ke arah memberikan kesedaran kepada warga dunia bahawasetiap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa berhak untuk mendapatpendidikan dan kemahiran hidup dan literasi. Pada tahun ini minggu
“Pendidikan Untuk Semua” atau dalam bahasa Inggerisnya “EducationFor All”
dengan singkatan EFA diraikan pada 20 hingga 26 April 2009.Pada tahun 2000, di
“Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan”
anjuranUNESCO yang diadakan di Dakar, Senegal, warga dunia telahdimaklumkan tentang kegagalan kebanyakan negara melaksanakanDeklarasi Jomtien yang telah dipersetujui pada tahun 1990, di Jomtien,Thailand.Untuk memastikan kegagalan Jomtien tidak berulang, maka wargadunia termasuk Malaysia yang hadir di persidangan Dakar, telah sekalilagi berikrar untuk meningkatkan usaha memberi peluang pendidikankepada semua kanak-kanak dan remaja, dan mengurangkan kadar butahuruf dalam kalangan orang dewasa serta menetapkan supaya semuanegara mencapai matlamat Dakar berkaitan Pendidikan Untuk Semuapada tahun 2015.Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian,Tema Minggu
„Pendidikan Untuk Semua‟ pada tahun ini adalah “LiterasiOrang Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Merujuk kepada
 GMR 2009, dianggarkan sebanyak 776 juta orang dewasa
 –
atau 16%populasi orang dewasa dunia
 –
kurang kemahiran asas literasi. Lebihkurang dua-pertiga daripadanya adalah perempuan. Di Malaysia, kadarliterasi orang dewasa (15 tahun ke atas) pada tahun 2007 adalah padakadar 92.3 peratus dan diunjurkan berada pada kadar 96 peratus padatahun 2015. Peningkatan literasi dalam kalangan masyarakat diMalaysia terutama dalam kalangan orang dewasa memberi kesan yangpositif terhadap pertumbuhan dan perkembangan generasi muda. Iniadalah kerana tahap literasi orang dewasa berkait rapat denganpertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kajian menunjukkanbahawa orang dewasa dan ibu bapa yang tinggi tahap literasi danpendidikannya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti,Kajian di Mexico, Nepal, Venezuela dan Zambia pula membuktikan
 
3
bahawa pendidikan dapat mengubah aspirasi kaum perempuanterhadap kemahiran dan pembelajaran dengan kesan yang positifterhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian,Pada tahun 2006, sebanyak 75 juta kanak-kanak seluruh dunia, 55%daripadanya kanak-kanak perempuan, tidak bersekolah. Jika trend iniberterusan, jutaan kanak-kanak akan tetap tidak bersekolah pada tahun2015
 –
tahun sasaran Dakar. Adalah diharapkan dengan meningkatnyakadar literasi orang dewasa, bilangan kanak-kanak, terutama kanak-kanak perempuan yang tidak bersekolah akan berkurangan. Namun,menurut GMR 2009, apabila kanak-kanak perempuan berpeluangmemasuki sekolah, kemajuan mereka biasanya terbatas oleh sikap gurudan buku teks yang berunsurkan gender yang tidak memihak kepadakanak-kanak perempuan. Oleh itu, untuk memastikan kanak-kanakperempuan juga dapat menamatkan pendidikan dengan jayanya, guru-guru dan penulis buku hendaklah peka terhadap isu gender dalampendidikan.Hadirin dan pelajar yang dihormati sekalian,Tahap pendidikan masyarakat akan menentukan pertumbuhan ekonominegara. Pertumbuhan ekonomi yang seimbang pula dapat mengurangdan membasmi kemiskinan. Terdapat bukti kukuh yang mengaitkanpendidikan dengan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti. Satu kajianke atas 50 negara menunjukkan bahawa tambahan satu tahunpersekolahan dapat meningkatkan kadar KNK sebanyak 0.37% danapabila digabung dengan penambahbaikan kemahiran kognitif iameningkat kepada 1%. Kajian lain pula mendapati tambahan satu tahunpersekolahan akan meningkatkan pendapatan individu sebanyak 10%.Oleh itu, anak-anak sekalian, tingkatkanlah usaha untuk memajukan dirisendiri kerana hasilnya adalah kemajuan yang luar biasa bagipembangunan negara. Dalam hal ini, marilah kita sebagai guru, ibubapa dan masyarakat umum menggembeling tenaga menyokong usahaanak-anak kita untuk maju dan berjaya dalam pelajaran.Pendidikan yang melengkapkan individu dengan literasi dan kemahiranlain akan membolehkan mereka memberi sumbangan kepadamasyarakat, dan memastikan kerajaan melaksanakan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...