P. 1
Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa Dengan Disiplin Pelajarbaru

Ratings:

4.67

(6)
|Views: 9,868 |Likes:
artikel mengenai hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan disiplin pelajar
artikel mengenai hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan disiplin pelajar

More info:

Published by: Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang on Apr 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/01/2013

pdf

text

original

 
HUBUNGAN ANTARA GAYA ASUHAN IBUBAPA DENGAN DISIPLINPELAJAR.BAB I1.1PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan kajian yang dijalankan dari segi latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka konseptual kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Bahagian tujuan kajian menjelaskan objektif dan persoalan kajian serta hipotesis-hipotesis kajian yang dibina untuk mencapai tujuankajian ini. Bahagian definisi istilah pula menjelaskan istilah-istilah penting yangdigunakan dalam kajian ini.
1.2LATAR BELAKANG KAJIAN
Ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, mendidik dan memberisegala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Amanah itu wajib dilaksanakan bagi memastikan perkembangan jiwa anak-anak  berada pada tahap yang paling baik sehingga mereka remaja dan meningkat dewasa.Unit keluarga didapati pada semua masyarakat dan remaja merupakan produk daripada persekitaran keluarga iaitu satu sumber primer dalam proses sosialisasi. Untuk itu segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang wujud dalam populasiremaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan oleh sesebuah keluarga dan persekitaran di mana mereka disosialisasikan. (White,1996)Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock (dalam Goode, 1982)mentakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor 1
 
kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkankehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkankepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormatimereka.Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiahanak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwaremaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasanaharmonis.
1.3PERNYATAAN MASALAH
Banyak gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, isu 'mat rempit',kemerosotan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya yang selalunya dikaitkan denganremaja. Lebih mengejutkan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),Kementerian Pelajaran, Datuk Abdullah Abdul Kadir bahawa purata kes ponteng di pedalaman cecah 40 peratus sehari. (Berita Harian, 17 Ogos 2005). Lebihmembimbangkan lagi, beliau berkata, kadar itu meningkat pada waktu tertentu, terutamaketika musim buah-buahan atau hujan. Apabila gejala-gejala seperti ini berlaku institusikeluarga sering dipersalahkan dan menjadi tempat tunding jari pihak-pihak tertentu.(Lim, 2005)Ini bertepatan dengan ulasan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalamisu kajian masalah sosial remaja di mana beliau menyarankan supaya berhentimenyalahkan remaja sahaja. Sebaliknya orang tua yang selalu menghukum remaja juga perlu menilai semula peranan mereka dalam hal ini. (Berita Harian, 1.3.2007)Sementara itu, lima aspek personaliti dikenal pasti punca utama jenayahmembabitkan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun yang semakin kerap berlaku.Kajian seorang pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian Psikologidan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun2
 
membabitkan kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara, mendapati limakelakuan itu dipengaruhi pelbagai konflik dalaman membabitkan institusi kekeluargaandan pendidikan. Kajian itu mendapati kebanyakan pelaku jenayah juvana itu mempunyai personaliti tidak matang yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yangkurang sempurna. Kepincangan institusi berkenaan menjadi salah satu faktor perlakuan jenayah terjadi di kalangan kanak-kanak.
 
(Berita Harian, 6.9.2005)Kajian itu juga mengesahkan kanak-kanak yang kerap melakukan jenayahseumpama itu hadir dari keluarga yang mempunyai masalah kendiri, tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai hubungan kemanusiaan yang lemah keranatidak cenderung berfikir secara kritikal serta berbual mengenai perkara yang sihat dengananak-anak.Berdasarkan kenyataan di atas maka pengkaji berminat untuk melihat kesan gayaasuhan dan kaitannya dengan disiplin pelajar di sekolah. Maksud Hadis, 'setiap anak yang lahir ke dunia fitrah semulajadinya suci dan bersih, ibu bapalah yang membentuk anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).Ertinya tanggungjawab dan kesan asuhan ibubapa ke atas anak-anak sangatlah besar kerana anak-anak kecil umpama kain putih yang sedia diberi apa saja corak yang disukaioleh ibubapanya.3

Activity (158)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Marlina Manap liked this
Maisarah Jaafar liked this
Nasuha Nurani liked this
Mohd Firdaus liked this
Biliey At-tajini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->